omniture

ADB Ventures ambil bahagian dalam penutupan kedua pusingan pendanaan benih syarikat perkakas suis nuventura

Nuventura
2022-04-12 11:00 185

Nuventura menyasarkan untuk membantu mengurangkan penggunaan gas rumah hijau yang sangat kuat, SF6, di tengah-tengah pertumbuhan global dan pencepatan tindakan iklim yang berterusan. 

SINGAPURA, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- Nuventura, pembangun teknologi perkakas suis berpangkalan di Berlin yang membantu menghapuskan Sulfur Heksafluorida (SF6) – gas rumah hijau yang paling kuat di dunia – dengan sukacitanya mendedahkan bahawa ADB Ventures (cabaran usaha niaga Asian Development Bank) mengambil bahagian dalam penutupan kedua pusingan pelaburan benih nuventura pada tahun 2021. ADB Ventures menyertai pelabur-pelabur sedia ada termasuk Cycle Group, Future Energy Ventures, Doen Participaties, IBB Ventures dan beberapa pelabur yang terkenal. Berkolaborasi dengan ADB akan membantu nuventura mengambil langkah-langkah yang penting ke arah industrialisasi produk dan pengembangan ke pasaran Asia.

Nuventura membangunkan perkakas suis bertebat gas (GIS) voltan sederhana (MV), menggantikan SF6 dengan udara kering. Melalui teknologi berpaten ini, matlamat syarikat ini adalah untuk membantu menangani emisi SF6 tahunan, bersamaan dengan emisi CO2 tahunan yang dihasilkan oleh kira-kira 100 juta buah kereta.

Daripada bertindak sebagai pengeluar, nuventura memungkinkan pengeluar perkakas suis yang mantap untuk meluaskan portfolio produk mereka sendiri dengan teknologi GIS bebas SF6. Syarikat ini menjayakan usaha ini sama ada dengan menjual komponen penting kepada pengeluar yang kemudiannya digabungkan ke dalam reka bentuk perkakas suis mereka sendiri atau melesenkan teknologi penuh. Model perniagaan yang berskala tinggi ini memastikan pelanggan nuventura mendapat akses kepada teknologi GIS yang canggih sekali gus mengelakkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat tinggi yang berkaitan dengan pembangunan teknologi GIS baharu mereka sendiri.

Mengulas tentang pelaburan daripada ADB Ventures, Manjunath Ramesh, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama nuventura berkata: "kami berbesar hati untuk mengalu-alukan ADB sebagai salah satu pelabur dan penyokong kuat kami. Kami percaya ADB akan menjadi rakan kongsi yang amat penting tatkala kami meluaskan fokus kami terhadap pasaran Asia dengan aktif. Asia merupakan persekitaran pasaran yang sangat menarik, menawarkan peluang yang besar untuk mencapai pertumbuhan dan menunjukkan keinginan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian lestari. Nuventura, menerusi sokongan daripada ADB akan berada di barisan hadapan bagi menjadikan peralihan tenaga Asia bebas SF6."

"Nuventura membangunkan penyelesaian pengubah keadaan dengan faedah-faedah yang jelas baik kepada pengendali grid mahupun iklim. Kami percaya bahawa teknologi proprietari dan model pelesenan unik syarikat ini akan meletakkannya di kedudukan yang amat kompetitif bagi mengembangkan pasaran bernilai $26 bilion dan dalam masa yang sama memimpin peralihan ke arah infrastruktur grid elektrik yang lebih lestari dari segi alam sekitar," kata Qiyong Cao, Pakar Pelaburan Kanan di ADB Ventures.

Hubungan Media
Nicholas Ottersbach, nicholas.ottersbach@nuventura.com

 

Source: Nuventura
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Mining/Metals Venture Capital