omniture

TAMAN-DALAM-HOTEL PERTAMA SINGAPURA, PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY, SINGAPORE TERIMA KELESTARIAN JANGKA PANJANG DENGAN INOVASI HIJAU

PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore
2022-04-12 15:00 44

SINGAPURA, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore, dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group, mengukuhkan kedudukannya sebagai 'Taman-dalam-Hotel' pertama Singapura dengan lebih 2,400 tumbuh-tumbuhan dan pokok terbentang di ruang berkeluasan 15,000 kaki persegi di hotel ini.

210 panel solar yang dipasang baru-baru ini di PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore
210 panel solar yang dipasang baru-baru ini di PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore

 

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya terhadap kelestarian dan pertumbuhan perniagaan, hotel ini dengan aktifnya menerima amalan lestari merentas spektrum operasinya dengan luas. Mengambil pendekatan 'rejuvenasi' untuk meningkatkan aset sedia ada dan bukannya meruntuhkan dan membina semula bangunan semasa transformasi $45juta dollar Singapura pada tahun 2020, hotel ini memelihara struktur ikonik, direka oleh Arkitek John Portman dan menghalang lebih 51,300 tan metrik karbon dioksida daripada dihasilkan, bersamaan dengan menebang 8.7 juta batang pokok.

Pengurusan Tenaga & Air - Bagi meningkatkan pengurusan tenaga, sensor gerakan di bilik tamu dan kawasan awam mematikan lampu dan penyaman udara apabila tiada tetamu. Baru-baru ini, hotel ini juga memasang 210 panel solar yang menjana lebih daripada 350kwj kuasa elektrik setiap hari, cukup untuk memberi kuasa 540 isi rumah biasa di Singapura dalam sehari. Penggunaan tenaga keseluruhan kini dikurangkan sebanyak 1.4%. Dengan jangkaan jangka hayat selama 25 tahun, panel solar diunjurkan untuk menjimatkan $450,000 dollar Singapura yang dapat membantu membiayai projek-projek kelestarian yang lain. Hotel ini turut memasang kepala pancuran aliran rendah yang dapat mengurangkan aliran air daripada 27 kepada sembilan 9 liter seminit.

Pengurusan Sisa Plastik - Sistem penapisan air dalam bilik telah menghapuskan keperluan terhadap air botol, menghapuskan impak karbon daripada pengeluaran dan akhirnya pemprosesan bahan buangan sebanyak lebih 360,000 botol plastik setiap tahun. Penyedut minuman, bekas dan kutleri yang digunakan untuk pesanan bawa pulang kini digantikan dengan alternatif bio-terbiodegradas.

Pengurusan Sisa Makanan - Perancangan makanan yang lebih baik berbulan-bulan lebih awal dapat membantu mengurangkan sisa makanan oleh hotel ini sebanyak hampir 72%. Hotel ini sentiasa cuba untuk menawarkan sayur-sayuran bermusim supaya sayur-sayuran dapat ditanam di Ladang Bandar atau sekurang-kurangnya diperoleh daripada para pembekal tempatan.

Sisa makanan biasanya dikitar semula atau penggunaan setiap bahagian makanan akan dimaksimumkan. Sebagai contoh, di restoran hotel ini, Peppermint, cef-cef menggunakan hiasan daging lembu daripada hidangan daging yang lain untuk menghasilkan Pasta 'Ragu' Daging. Satu lagi bahan yang dikitar semula oleh hotel ini ialah kulit buah tembikai – bahagian yang berwarna putih pada kulit itu digunakan seperti sayur untuk hidangan goreng kilas. Baru-baru ini, hotel ini juga memasang pencerna cekap tenaga yang menguraikan sisa makanan dengan cara mesra alam, kepada cecair yang selamat untuk dibuang ke dalam paip sisa.

Ladang Bandar - Hotel ini merupakan pusat kepada salah satu ladang bandar yang terbesar di Daerah Perniagaan Pusat dengan lebih 60 macam sayur-sayuran, herba serta bunga yang boleh dimakan, bagi membentuk tulang belakang konsep ladang-ke-meja-makan, ladang-ke-bar dan ladang-ke-spa hotel ini. Biji kopi terpakai diproses dan digunakan sebagai kompos di Ladang Bandar ini.

Sehingga kini, PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore telah diiktiraf di World Travel Mart World Responsible Tourism Awards 2021 menerusi anugerah perak dalam kategori "Pengurangan Sisa Plastik dalam Alam Sekitar" dan telah memenangi "Anugerah Hotel Lestari Terbaik 2021" oleh Savour BlackBookAsia Awards 2021.

En. Melvin Lim, Pengurus Besar, PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore, berkata, "Memandangkan isu perubahan iklim dan kesedaran tentang impak perniagaan ke atas alam sekitar telah meningkat, begitu juga dengan penerimaan dasar yang mempunyai kesan yang menggalakkan ke atas impak berkenaan. Kelestarian merupakan tanggungjawab semua dan penerimaan inovasi kehijauan merupakan teras bagi nilai-nilai mesra alam hotel kami. Kelestarian merupakan apa yang terbaik untuk planet ini dan tetamu kami semakin menuntut tahap komitmen ini daripada kami."

PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore, Inovasi dan Inisiatif Hijau Singapura boleh dimuat turun dari sini.

Pakej 'Club Indulgence'

Menyeru kesemua pengembara mesra alam, nikmati penjimatan 30% untuk bilik COLLECTION Club kami bagi penginapan hari bekerja. Terletak di tingkat atas hotel, bilik ini menawarkan pemandangan hebat bandar yang berkilauan atau Marina Bay. Tempah di https://panpacific.co/3pCJ711.

Klik di sini untuk imej.
Klik di sini untuk 'Himpunan Fakta Eklektik'.
Klik di sini untuk video Lawatan Maya.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1781658/PRSMB_Solar_Panels__updated.jpg  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1582998/PARKROYAL_COLLECTION_Marina_Bay_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapore
Keywords: Travel