omniture

Penghantaran Modul Global Trina Solar Ungguli 100GW Ketika Syarikat Sambut Ulang Tahun Perak

Trina Solar Co., Ltd
2022-04-14 09:23 104

CHANGZHOU, China, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah meraih pencapaian yang luar biasa dengan menghantar 100GW modul dalam tempoh 25 tahun sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1997.


100GW, bersamaan dengan menanam 7.2 bilion pokok 

Mendapat inspirasi daripada penandatanganan Protokol Kyoto pada tahun 1997, Trina Solar ditubuhkan pada tahun berkenaan dengan ibu pejabatnya terletak di bandar Changzhou, China, lalu menjadikannya salah sebuah syarikat fotovolta (PV) paling awal di dunia.

Sebagai sebuah syarikat PV yang terkemuka, Trina Solar mempelopori teknologi solar sejak 25 tahun yang lalu, sementara diameter wafer silikon bertambah daripada 125mm kepada 210mm dan kuasa modul meningkat daripada kurang 100W kepada 690W.

Penjanaan kuasa PV merupakan sumber tenaga bersih utama yang digunakan dalam banyak bidang bermula daripada projek utiliti kepada bumbung rumah, di serata dunia.

100GW modul PV Trina Solar telah dihantar ke lebih daripada 100 negara.

Secara kolektif, 100GW modul PV ini dapat menjana kira-kira 135 bilion kWj kuasa tenaga bersih, mengurangkan emisi CO2 global tahunan sebanyak 135 juta tan dan penggunaan arang batu standard sebanyak 54.54 juta tan, bersamaan dengan menanam 7.29 bilion pokok.

25 tahun, kualiti bertaraf tinggi untuk nilai pelanggan 

Dengan tempoh perkhidmatan produk yang paling panjang, Trina Solar turut meraikan 25 tahun keusahawanan dan 25 tahun jaminan kualiti.

Dari segi teknologi dan inovasi, Trina Solar telah mencatat sejumlah 23 rekod dunia untuk kecekapan penukaran sel PV dan kuasa output modul.

Berdasarkan kepada prestasi produknya yang cemerlang, Trina Solar ialah satu-satunya syarikat PV yang mendapat skor 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) Bloomberg New Energy Finance selama enam tahun berturut-turut sebagai pembekal modul menguntungkan utama. Syarikat ini juga mencapai keputusan ujian yang cemerlang dalam Program Kelayakan Produk PVEL selama tujuh tahun berturut-turut.

Mencipta dunia bebas karbon yang baharu bersama-sama 

Pembangunan tenaga bersih global kini berjalan sepantas yang mungkin dan International Renewable Energy Agency meramalkan bahawa pemasangan PV global akan melebihi 14,000GW menjelang tahun 2050 tatkala tenaga baharu, termasuk tenaga solar, menjadi sumber tenaga utama dan penggunaan kuasa elektrik. Modul teknologi 210 bernilai tinggi Trina Solar matang dalam kitaran penuh sementara modul kuasa-ultra-tinggi telah digunakan di seluruh dunia.

"Industri PV ialah ekosfera yang terbuka, inovatif dan kolaboratif," kata Gao Jifan, Pengerusi Trina Solar. "Hanya inovasi teknologi terbuka akan memperluas skop untuk pertumbuhan dan mencapai pembangunan mampan."

Era tenaga baharu dengan PV solar sebagai daya penggerak utama telahpun tiba, kata Gao.

Mencapai penghantaran 100GW sebagai permulaan kepada perjalanan yang baharu, Trina Solar akan terus berusaha untuk menjadi "penggerak hijau" bagi mengubah dunia dan menyumbang untuk membina sebuah dunia bebas karbon sebagai sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri ini.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities