omniture

Seminar Global berhubung Kemudahan Pusat Data Generasi Seterusnya

Huawei
2022-04-14 10:00 178

 

 

SHENZHEN, China, 14 April 2022  /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power mengadakan Seminar Kemudahan Pusat Data Generasi Seterusnya pada 12 April 2022. Acara ini menghimpunkan hampir 200 pakar teknikal daripada Colo, perusahaan besar, pembawa, firma perunding dan institusi penyelidikan dari serata dunia untuk bertukar-tukar idea berhubung tiga topik penting seperti definisi pusat data generasi seterusnya, penyelesaian kuasa dan penyejukan inovatif dan cara untuk mencapai automasi kemudahan pusat data.

Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Data Center Facility, berkata dalam ucapan perasmian beliau, "Tatkala keneutralan karbon menjadi konsensus global dan ekonomi digital berkembang, industri pusat data menghadapi cabaran penggunaan tenaga yang tinggi, jejak karbon yang sangat besar, operasi dan penyelenggaraan yang sukar dan keandalan yang rendah. Sebagai respons kepada cabaran ini, pusat data akan perlu menerima perubahan dalam bentuk perkhidmatan, peranannya dalam bekalan tenaga serta model operasi dan penyelenggaraan. Huawei akan melakukan perbincangan yang mendalam bersama pelanggan dan pengusaha industri bagi memahami trend pasaran tepat pada masanya dan menggalakkan pembangunan hijau dan mampan industri ini secara bersama melalui inovasi dan pelaburan yang berterusan."

Topik 1: Bagaimana mentakrifkan kemudahan pusat data generasi seterusnya

Sanjay Kumar Sainani, Naib Presiden Kanan Global dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei Data Center Business, mencadangkan bahawa dengan pertumbuhan jumlah data dan kuasa pengkomputeran yang melonjak, pusat data generasi seterusnya akan berkembang ke arah reka bentuk hijau dan karbon-rendah, pengembangan kapasiti yang elastik, pelaksanaan yang pantas, seni bina modular, dipermudah dan kemampanan.

Pakar-pakar industri di acara berkenaan mencapai kata sepakat berhubung penunjuk prestasi utama untuk pusat data pada masa depan: Selain daripada Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) yang digunakan dengan meluas, metrik utama yang lain termasuk Keberkesanan Penggunaan Karbon (CUE), Keberkesanan Penggunaan Air (WUE), Keberkesanan Penggunaan Ruang (SUE), Keberkesanan Penggunaan Grid (GUE) serta emisi bahan pencemar kitaran hayat lebih rendah akan turut mempengaruhi masa depan industri ini. Kemudahan pusat data generasi seterusnya membawakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang tinggi, kecekapan tenaga yang tinggi, keandalan tinggi serta pengurusan yang amat pintar.

Topik 2: Inovasi teknologi kuasa dan penyejukan untuk kemudahan pusat data generasi seterusnya

Bekalan kuasa dan sistem penyejukan merupakan bahagian yang penting dalam kemudahan pusat data. Pakar-pakar di mesyuarat tersebut percaya bahawa kemudahan pusat data generasi seterusnya akan menerima pakai seni bina bekalan kuasa yang amat dipermudah, bateri ion-litium, penyejukan semula jadi dan penyejukan cecair. Melihatkan bahawa tenaga boleh diperbaharui akan menjadi sumber tenaga yang dominan, pembangunan pusat data karbon rendah dengan Sinergi "Penjanaan-Grid-Beban-Storan" ("Generation-Grid-Load-Storage") akan menjadi hala tuju arus perdana. Di samping itu, dengan pembangunan teknologi dan dasar pemulihan haba, pusat data dijangka mengalami transformasi daripada pusat penggunaan tenaga kepada pusat bekalan tenaga.

Topik 3: Bagaimana mencapai automasi kemudahan pusat data

Akhir sekali, apabila melibatkan pengurusan kemudahan pusat data, pakar-pakar berkata teknologi digital akan disepadukan selanjutnya dengan bekalan kuasa dan sistem penyejukan bagi memudahkan penyelenggaraan prediktif, lalu menghasilkan keandalan sistem yang lebih baik. Teknologi pintar turut dimanfaatkan bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga untuk PUE terbaik. Dalam era peraturan karbon, teknologi kembar digital akan membantu pusat data mencapai pengurusan karbon divisualisasikan dan tepat dalam seluruh kitaran hayatnya.

Kecerdasan kolektif dikumpul untuk menerangi masa depan kemudahan pusat data. Fei Zhenfu, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Data Center Facility, menyimpulkan bahawa Huawei akan terus membuat penemuan ulung dalam penyelesaian kemudahan pusat data, berganding bahu dengan rakan kongsi bagi membina ekosistem yang terbuka dan saling menguntungkan serta bersama-sama membawa generasi kemudahan pusat data yang seterusnya.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Utilities Data Analytics