omniture

CGTN: Apa yang menjadi keutamaan bagi agenda pembangunan China?

CGTN
2022-04-14 10:04 126

BEIJING, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- China telah memasuki tahap pembangunan yang berkualiti tinggi dan wilayah selatan Hainan menerajui usaha negara ini untuk mengimbangi perlindungan dan pembangunan alam sekitar.

Presiden Cina Xi Jinping telah berada di Hainan sejak hari Ahad, menjadikan pemuliharaan ekologi, penggiatan semula luar bandar dan keselamatan makanan sebagai keutamaan tertinggi dalam agenda ini semasa lawatan pemeriksaan beliau.

Sistem taman negara 

Semasa meninjau sebahagian daripada Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan pada hari Isnin di bandar Wuzhishan, Presiden Xi menegaskan kepentingan untuk meningkatkan pembangunan taman negara di Hainan.

Beliau turut menekankan keperluan untuk memahami sepenuhnya kepentingan strategik pembangunan taman negara Hainan terhadap negara ini dan menggesa usaha yang berterusan dan padu berhubung hal ini.

Mengikuti prinsip "perlindungan ekologi diutamakan," pada tahun 2017, China memperkenalkan rancangan keseluruhan untuk menubuhkan sistem taman negara baharunya dalam usaha untuk menggalakkan keharmonian manusia-alam-semula-jadi, pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan mampan.

Tahun lalu, pemimpin Cina ini mengumumkan designasi rasmi untuk kumpulan pertama taman negara di negara ini apabila menyampaikan ucapan dasar melalui pautan video di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi (COP15). Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan ini merupakan salah satu daripadanya.

Taman negara ini mencakupi sembilan buah bandar dan daerah, meliputi kawasan keseluruhan seluas lebih 4,000 kilometer persegi. Ia merupakan pusat kepada hutan hujan tropika yang paling tertumpu dan dipelihara dengan baik di China dan satu-satunya habitat untuk ungka Hainan, primat yang paling sukar ditemui di dunia.

Tidak seperti taman negara biasa, taman negara yang ditetapkan ini merupakan sebahagian daripada strategi "garis merah" negara ini untuk pemuliharaan ekologi dan tertakluk kepada langkah-langkah perlindungan yang paling ketat.

Dengan tertubuhnya sistem taman negara di negara yang paling ramai penduduk di dunia ini, China mengambil langkah kukuh ke arah masa depan yang mana semua makhluk dapat hidup dalam harmoni dan berkembang maju melalui sistem kawasan terlindung dengan taman negara sebagai tulang belakang.

Penggiatan semula luar bandar sedang rancak berjalan 

Semasa lawatan pemeriksaan beliau di seluruh negara, presiden Cina sentiasa berhenti untuk berbual dengan keluarga luar bandar. Pada hari Isnin, beliau berjalan masuk ke rumah-rumah orang etnik Li tempatan di Maona, sebuah kampung di bandar Wuzhishan dan berbual mesra bersama pegawai dan penduduk kampung tempatan.

Di dataran awam Maona, penduduk tempatan memberi sambutan mesra kepada Xi.

"Kita telah mencapai masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek dan melangkah ke arah pemodenan dan penggalakan kemakmuran bersama," kata Xi, menggesa usaha padu untuk mengukuhkan pencapaian pembasmian kemiskinan dan menyelaraskannya dengan kemajuan penuh penggiatan semula luar bandar.

China meneruskan usaha terhadap pembangunan luar bandar, dengan Laporan mengenai Tugas Kerajaan dikeluarkan pada bulan Mac menegaskan peningkatan pengeluaran pertanian dan menggalakkan penggiatan semula luar bandar yang menyeluruh pada tahun 2022.

Xi turut menyeru pegawai-pegawai Parti untuk "berusaha sedaya upaya" bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang bahagia, berkata bahawa pegawai Parti tidak seharusnya menyimpan sebarang kepentingan untuk diri sendiri dan mereka harus menumpukan perhatian mereka kepada penambahbaikan kehidupan rakyat.

"Apa yang dititikberatkan oleh Parti Komunis China adalah bagaimana untuk memastikan kehidupan rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik menjadi lebih baik setiap hari."

'Benih Cina' 

Keselamatan makanan China hanya dapat dilindungi apabila sumber benih dipegang erat dalam genggaman tangan kita sendiri, kata Presiden Xi semasa meninjau bandar Sanya pada hari Ahad, menyeru usaha ke arah sara diri makanan dan memajukan sektor benih negara.

"Bagi memastikan sumber benih China ditanggung sendiri dan berada di bawah kawalan yang lebih baik, keandalan mandiri haruslah dicapai dalam teknologi benih," kata beliau.

Walau bagaimanapun, Xi mengakui bahawa proses tersebut akan mengambil masa. "10 tahun lamanya diperlukan untuk mengasah pedang," kata Xi, memetik pepatah Cina.

Menekankan kepentingan strategik terhadap usaha yang berkaitan, beliau menyeru untuk meneruskan semangat saintis dan penyelidik daripada generasi-generasi terdahulu termasuk Yuan Longping (1930-2021) yang terkenal kerana membangunkan varieti beras hibrid pertama pada tahun 1970-an dan mengelakkan kelaparan untuk berjuta-juta orang.

Dalam "Dokumen Pusat No. 1" yang diperkenalkan baru-baru ini, kenyataan dasar pertama yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat China pada tahun ini, negara ini menggariskan pembangunan industri benih sebagai salah satu keutamaan dasarnya, dengan langkah-langkah khusus seperti melaksanakan pelan tindakan ke atas industri benih, menggalakkan pengumpulan germplasma dan meningkatkan perlindungan harta intelek dalam sektor ini.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-12/Xi-inspects-Wuzhishan-in-Hainan-19aEjvCVVzG/index.html  

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service