omniture

Kejayaan Saling Sambungan Unit 4 Hualong One, Projek Kuasa Nuklear Shanghai Electric

Shanghai Electric
2022-04-14 10:03 113

SHANGHAI, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 25 Mac, Unit 6 Kuasa Nuklear Fuqing, yang dibantu pembinaannya oleh Shanghai Electric, menyelesaikan 168 jam operasi percubaan, menjadikannya bersedia untuk operasi komersial. Unit 6 Kuasa Nuklear Fuqing ialah unit kedua projek demonstrasi Hualong One daripada loji janakuasa nuklear generasi ketiga yang dibangunkan secara asalnya di China. Penyiapan dan pentauliahan penuh projek demonstrasi Hualong One ini menandakan kemajuan China ke peringkat pertama global bagi teknologi dan keupayaan kuasa nuklear dan menyokong transformasi China bagi menjadi penggiat utama dalam sektor kuasa nuklear.


Kedua-dua unit K-2 dan K-3 daripada Loji Janakuasa Nuklear Karachi dikontrak oleh China National Nuclear Corp (CNNC), dengan Shanghai Electric berperanan sebagai salah satu pembekal peralatan utama, membawakan banyak teknologi nuklear canggih buatan sendiri oleh China. Loji janakuasa ini menandakan salah satu pencapaian yang paling penting dalam kerjasama tenaga China-Pakistan, memainkan peranan penting dalam membantu Pakistan mewujudkan ekonomi karbon-rendah serta menyuntik dorongan baharu ke dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China.


"Sebagai projek mercu tanda di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan serta Inisiatif Jalur dan Jalan, penyiapan dan operasi K-2 dan K-3 Kuasa Nuklear Karachi menandakan langkah yang penting untuk syarikat-syarikat tenaga Cina tatkala mereka terus meluaskan kehadiran pasaran antarabangsa mereka. Ia turut menandakan era baharu untuk kerjasama antara China dan Pakistan yang mana kedua-dua negara ini mensinergikan lagi perkongsian strategik mereka yang komprehensif menerusi kekuatan bersama untuk mendorong pembangunan hijau dan mencapai matlamat puncak karbon serta keneutralan karbon," kata Shanghai Electric dalam satu kenyataan.


Shanghai No.1 Machine Tools Plant Limited Company, subsidiari Shanghai Electric Nuclear Power Group, ditugaskan untuk mengilangkan peralatan utama bahagian dalaman reaktor yang digunakan di pulau nuklear, mesin pengecas dan nyahcas bahan api peralatan PMC dan juga peranti pengangkutan bahan api. Syarikat ini memulakan projek tersebut untuk membangunkan bahagian dalaman reaktor untuk Hualong One dari tahun 2015 dan ia berjaya menangani tujuh puluh satu kesukaran termasuk cabaran teknikal dan ujian. Semasa proses berkenaan, syarikat ini menyempurnakan inovasi teknologi dalam 2 penyetempatan bahan, 5 teknologi kimpalan, 4 teknologi ujian dan 7 teknologi proses. Ia juga memperoleh 10 paten ciptaan pembuatan.

Dalam proses untuk mencipta reaktor nuklear China yang paling canggih, beberapa subsidiari Shanghai Electric, termasuk Shanghai Electric Power Station Equipment Co., Ltd., turut mengambil bahagian dalam pembuatan peralatan teras pulau konvensional seperti turbin stim, penjana kuasa dan pemisah wap-air serta reka bentuk set penjana turbin stim.

Unit K-2 loji janakuasa berkenaan memulakan operasi komersial pada tahun 2021 dan menyiapkan ujian operasi berterusan selama 100 jam yang dijalankan dengan kuasa penuh, dengan semua penunjuk prestasi mencapai tahap standard dan unit beroperasi dalam keadaan yang baik. Setiap unit Hualong One dijangka menjana kira-kira 9 bilion kWj kuasa elektrik setiap tahun yang dapat memenuhi permintaan bekalan elektrik tahunan lebih daripada 4 juta isi rumah di Pakistan, yang bersamaan dengan kuasa yang dihasilkan oleh 3.12 juta tan arang batu standard, 8.16 juta emisi karbon dioksida setiap tahun serta penanaman lebih daripada 70 juta pokok.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Machinery Oil/Energy Utilities