GUANGZHOU, China, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-131 (Pameran Canton) yang akan datang akan membawakan lebih daripada 2.9 juta produk yang meliputi lapan sektor utama, antaranya zon pameran elektronik dan perkakas rumah akan menampilkan hampir 2,600 syarikat dengan 140,000 produk.
Zon pameran perkakas rumah akan menghimpunkan jenama-jenama terkemuka China seperti Haier, Hisense, Gree, Midea, Changhong, TCL berserta pengeluar dan pengeksport bersaiz kecil dan sederhana untuk meneroka selanjutnya pasaran yang pelbagai ini.
"Perhimpunan jelas yang melibatkan seluruh rantaian industri bagi pembuatan pintar China di Pameran Canton akan mengupayakan persembahan komprehensif teknologi canggih daripada sektor ini selain mempromosikan perniagaan rentas sempadan yang cekap," kata Alan Liu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton.
Pameran Canton membawakan perniagaan duduk-di-rumah baharu
Sejak tahun 2021, perniagaan bertapak di rumah dan dalam talian memainkan peranan penting dalam ekonomi utama, lalu merangsang pasaran perkakas rumah global. Menurut GFK, mulai Januari hingga November 2021, jualan runcit global bagi perkakas putih mengekalkan pertumbuhan yang stabil dengan jualan meningkat sebanyak 14.8 peratus manakala perkakas rumah kecil meningkat sebanyak 11.1 peratus.
Industri perkakas rumah China, dengan rantaian bekalan yang stabil dan kemudahan industrinya, membangunkan lagi pasarannya melalui Pameran Canton.
Syarikat-syarikat dapur dan mesin merokok selain pengeluar perkakas dapur kecil, menaik taraf produknya bagi mengupayakan kehidupan duduk-di-rumah yang lebih sihat. Hud dapur berkapasiti besar, dapur gas berkecekapan haba yang tinggi dan pemanas gas tanpa air sejuk meningkatkan lagi popularitinya dalam pasaran ini termasuk hud dapur sedutan besar Sky AI Schindler yang dapat memantau kuasa api pada waktu sebenar dan melaraskan secara automatik kuasa sedutan semasa memasak.
Syarikat-syarikat terkemuka seperti Midea, Haier, Vatti dan Sacon turut memfokuskan untuk membangunkan sistem pintar kepada perkakas dapur yang dapat menghubungkan pelbagai peranti terpencil ke satu terminal super bagi mendayakan pengalaman yang lebih pintar melalui rangkaian pengedarannya, pemasangan tanpa-aplikasi dan perkhidmatan sokongan langsung.
Pameran Canton membawakan teknologi baharu untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi
Menurut Dewan Perniagaan Perkakasan dan Elektromekanik China, jumlah eksport perkakas elektrik rumah China mencapai 118.45 bilion USD pada tahun 2021, satu peningkatan sebanyak 26.4 peratus berbanding tahun 2020.
Dengan skala eksport rekod tertinggi dan kadar pertumbuhan sektor ini sejak sepuluh tahun yang lalu, kawasan pameran perkakas rumah Pameran Canton membangun dengan pesat untuk menonjolkan inovasi pintar dalam industri ini, membawakan pelbagai produk dengan teknologi penyelidikan dan pembangunan bebas kepada pembeli global.
Produk unggulan di Pameran ini akan melibatkan televisyen dengan teknologi paparan dan skrin besar baharu seperti televisyen OLED boleh ubah dengan skrin fleksibel yang dibawakan oleh Skyworth.
Perkakas mencuci juga menjadi lebih pintar. Ecovacs akan mempamerkan vakum robot menyapu dan mengemop pelbagai guna dan stesen pembersihan yang mempunyai fungsi cuci sendiri mop dan pengeringan udara panas, pengumpulan habuk automatik, pensterilan anion dan fungsi pengisian sendiri tangki air. Robot menyapu mengupayakan kawalan suara dengan 12 mod pembersihan menyapu dan mengemop.
Sila daftar https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email untuk lebih banyak peluang perniagaan.