omniture

CGTN: China tonjolkan Hainan dalam memajukan tamadun ekologi

CGTN
2022-04-15 08:20 137

BEIJING, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Bermula dengan sekumpulan gajah Asia yang berkeliaran di China hinggalah Persidangan ke-15 Pihak-pihak (COP15) Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi yang diadakan di Kunming, Wilayah Yunnan, barat daya China, topik-topik yang berkaitan dengan tamadun ekologi di negara ini semakin menarik perhatian.

Baru-baru ini, Presiden Cina Xi Jinping meninjau bandar Wuzhishan di Wilayah Hainan, selatan China.

Hainan ialah sebuah wilayah dengan sumber ekologi dan kerja-kerja pembinaan Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan menjadi keutamaan tertinggi, kata beliau apabila melawat sebahagian daripada taman tersebut pada hari Isnin.

Kepentingan strategik pembangunan taman negara

Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan mempunyai salah satu hutan hujan tropika berdampingan yang paling padat, paling terpelihara dan terbesar di China. Taman ini meliputi sembilan bandar dan daerah dengan jumlah kawasan berkeluasan 4,400 kilometer persegi atau kira-kira satu pertujuh daripada kawasan darat Pulau Hainan.

Ia merupakan bahagian yang penting daripada hutan hujan tropika dunia dan kawasan utama untuk pemuliharaan biodiversiti di negara ini.

Mempelajari tentang usaha untuk melindungi alam sekitar dan biodiversiti di taman tersebut, Xi mengetengahkan keperluan untuk memahami sepenuhnya kepentingan strategik pembangunan taman negara Hinan terhadap negara ini dan menggesa usaha yang berterusan dan padu berhubung hal ini.

Tahun lalu, pemimpin Cina ini mengumumkan designasi rasmi kumpulan pertama taman negara di negara ini apabila menyampaikan ucapan dasar melalui pautan video di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin COP15. Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan merupakan salah satu daripadanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hainan menggalakkan pembinaan taman tersebut, mengukuhkan pemulihan hutan hujan tropika dan menjalankan projek penempatan semula ekologi di kawasan terlindung teras.

Pada lewat bulan Mac, para penyelidik menemui lapan spesies makrofungi baharu di taman tersebut. Spesies ini boleh mengurai selulosa dan lignin serta memainkan peranan penguraian yang penting dalam ekosistem hutan hujan tropika.

Usaha berterusan dalam membina eko-tamadun

Selama bertahun-tahun, Xi telah berkali-kali menegaskan untuk memajukan tamadun ekologi. "Perairan jernih dan gunung-ganang yang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai," kata-kata yang sering dipetik oleh Xi, telah menjadi komponen utama pemikiran beliau tentang kemajuan ekologi.

Pada Mac tahun lalu, China menerima pakai pelan tindakan untuk pembangunan sosial dan ekonomi negara ini sepanjang lima hingga 15 tahun akan datang, menuntut transformasi hijau yang menyeluruh terhadap pembangunan sosial dan ekonomi serta pembinaan China yang Indah (Beautiful China).

Negara ini turut mengumumkan bahawa ia akan berusaha untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060, yang bererti ia akan melengkapkan pengurangan terbesar di dunia bagi intensiti emisi karbon dan merealisasikan keneutralan karbon daripada puncak karbon dalam tempoh paling singkat dalam sejarah global.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-14/China-highlights-Hainan-in-advancing-ecological-civilization-19dBdlLA880/index.html

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Animal Welfare Animals/Pets