omniture

Pencetak 3D 3-dalam-1 Snapmaker 2.0 Menang International iF Design Award 2022

Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2022-04-15 08:30 132

SHENZHEN, China, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 April 2022, pengeluar digital Snapmaker memenangi iF Design Award 2022 untuk produk unggulannya, Pencetak 3D 3-dalam-1 logam sepenuhnya Snapmaker.

Snapmaker 2.0 3D Printer Wins iF Design Award 2022 | Source: iF Design website
Snapmaker 2.0 3D Printer Wins iF Design Award 2022 | Source: iF Design website

Ditubuhkan pada tahun 1953, iF Design Award telah menjadi salah satu anugerah reka bentuk yang paling berprestij di seluruh dunia untuk menyampaikan anugerah kepada projek-projek dalam sembilan bidang: produk, pempakejan, komunikasi, seni bina dalaman, konsep profesional, reka bentuk perkhidmatan, UX dan seni bina. Tahun ini, panel yang terdiri daripada 75 pakar reka bentuk ternama berkumpul bersama-sama untuk mencari reka bentuk terbaik. Antara jumlah mencatat rekod lebih 10,000 penyertaan dari 49 negara, Snapmaker 2.0 menonjol dari segi pembezaan, fungsi dan idea untuk reka bentuk modular logam penuh yang rapi dan dipilih sebagai salah satu daripada 2,074 pemenang dalam kategori produk.

Pencetak 3D 3-dalam-1 Snapmaker 2.0

Snapmaker 2.0 ialah pencetak 3D atas meja modular yang mengintegrasikan pencetakan 3D, turisan laser dan pengukiran CNC. Diperkasa dengan Modul Putar, Snapmaker 2.0 mengambil langkah yang besar bermula daripada permukaan rata kepada permukaan melengkung, lalu mencapai pemesinan empat-paksi berkejituan tinggi. Perisian tegar sumber terbukanya dan perisian CAM Snapmaker Luban turut memenuhi standard tinggi pengguna serta keperluan diperibadikan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2019 di Kickstarter, Snapmaker mengekalkan rekod sebagai projek pencetakan 3D yang paling banyak dibiayai dan membawakan keupayaan untuk barisan Snapmaker 2.0 dan aplikasinya dalam kalangan peminat DIY, perniagaan kecil-kecilan, ruang pembuat dan pendidikan STEAM.

Latar Belakang Snapmaker

Ditubuhkan pada tahun 2016, Snapmaker ialah sebuah syarikat teknologi yang membangunkan, mengilangkan dan menjual pencetak 3D 3-dalam-1 atas meja yang mengintegrasikan pencetakan 3D, turisan & pemotongan laser serta pengukiran CNC. Produk unggulan kami pencetak 3D 3-dalam-1 Snapmaker 2.0 mencatat rekod pada tahun 2019 sebagai pencetak 3D paling ramai dibiayai oleh khalayak di Kickstarter dan memenangi Anugerah Inovasi CES 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai Snapmaker, sila kunjungi: https://snapmaker.com/ 

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi press@snapmaker.com 

Pencetak 3D Snapmaker 2.0 Menang iF Design Award 2022 | Sumber: laman sesawang iF Design

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)