omniture

CGTN: China bakal jadikan Hainan contoh reformasi, pembukaan dalam era baharu

CGTN
2022-04-15 09:33 121

BEIJING, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- China telah berikrar untuk membina wilayah pulau selatan Hainan menjadi pelabuhan perdagangan bebas dengan pengaruh global dan menjadikannya contoh reformasi dan pembukaan negara ini dalam era baharu ini.

Peranan unik Hainan dalam usaha reformasi dan pembukaan China telah dijadikan tumpuan ketika Presiden Xi Jinping meninjau pulau berkenaan mulai hari Ahad hingga Rabu.

Zon pembangunan ekonomi Yangpu  

Xi meninjau zon pembangunan ekonomi Yangpu di bandar Danzhou pada hari Selasa dan mempelajari mengenai pembangunan zon tersebut dan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri Cina.

Menggambarkan Yangpu sebagai zon perintis dan demonstrasi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, beliau menyeru inovasi yang berani dalam membina zon tersebut dan usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

Beliau mengunjungi sebuah pameran mengenai pencapaian Hainan dalam memperdalam reformasi dan pembukaan serta pembinaan pelabuhan perdagangan bebas pada hari Rabu.

Mempunyai pelabuhan air dalam dan kelebihan lokasi yang istimewa, Yangpu memainkan peranan penting dalam reformasi dan pembukaan Hainan serta penubuhan zon pembangunan peringkat negeri di sana pada tahun 1992.

Terletak di barat laut Hainan, Yangpu terletak berhampiran dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, dengan jarak garis lurus kurang daripada 500 batu nautika dari lebih 10 bandar pelabuhan utama di wilayah berkenaan.

Yangpu juga merupakan titik pertemuan bagi Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu – laluan perdagangan dan logistik yang dibina secara bersama oleh Singapura dan kawasan-kawasan peringkat wilayah barat China – dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21, sebahagian daripada BRI.

Daya pemprosesan kontena Pelabuhan Yangpu mencecah 403,300 unit setara (TEU) 20-kaki dalam suku pertama tahun ini, meningkat 61.84 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Langkah Hainan dalam menaik taraf pembukaan 

Semasa lawatan pemeriksaan beliau di Hainan, Xi turut melawat makmal benih dan sebuah institut penyelidikan Ocean University of China di bandar Sanya serta sebahagian daripada taman negara hutan hujan tropika dan juga sebuah kampung di bandar Wuzhishan.

Beliau menghadiri mesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan wilayah berkenaan pada penghujung lawatan tersebut, menyeru usaha untuk membina Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan menjadi "kad nama" China yang elegan.

Hainan harus memfokuskan usahanya kepada pembangunan pelancongan, perkhidmatan mode, industri berteknologi tinggi dan industri pertanian tropika serta mempercepatkan pembinaan sistem industri yang moden, kata beliau.

Beliau menyeru untuk menghapuskan kelemahan dalam sistem dan mekanisme serta memperdalam pembukaan dalam bidang-bidang yang lebih luas.

Ia merupakan lawatan pemeriksaan pertama Xi ke wilayah berkenaan sejak April 2018, ketika beliau menghadiri perhimpunan bagi menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan Wilayah Hainan dan Zon Ekonomi Khas Hainan. Beliau mengumumkan rancangan untuk membina zon perdagangan bebas perintis yang meliputi seluruh pulau tersebut dan meneroka penubuhan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri Cina semasa lawatan berkenaan.

Pada Jun 2020, pihak berkuasa Cina mengeluarkan rancangan induk untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, bermatlamat untuk membangunkan wilayah tersebut menjadi pelabuhan perdagangan bebas peringkat tinggi yang berpengaruh di seluruh dunia menjelang pertengahan abad ini.

Sistem pelabuhan perdagangan bebas yang memfokuskan kepada liberalisasi dan pemudahan perdagangan serta pelaburan akan "diwujudkan secara asas" di Hainan menjelang tahun 2025 dan menjadi "lebih matang" menjelang tahun 2035, menurut rancangan tersebut.

Pihak berkuasa berharap dapat menjadikan Hainan sebagai barisan hadapan penyepaduan China ke dalam sistem ekonomi global, katanya.

Setahun kemudian, China meluluskan undang-undang berhubung Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, melakukan susunan institusi untuk pembinaan pelabuhan tersebut di peringkat perundangan negara.

Undang-undang menjelaskan bahawa Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan meliputi seluruh pulau tersebut dan mewujudkan dasar serta sistem secara berperingkat-peringkat atau mengikut fasa untuk merealisasikan liberalisasi dan pemudahan perdagangan, pelaburan, aliran dana rentas sempadan, keluar dan masuk kakitangan serta pengangkutan dan memastikan aliran data yang selamat.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-13/China-to-make-Hainan-an-example-of-reform-opening-up-in-new-era-19cDYBYsRmo/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation