SINGAPURA, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak HUAWEI Ads APAC 2022 yang diadakan di Singapura menyaksikan perbincangan yang bernas mengenai topik-topik utama dalam pemasaran digital oleh pakar-pakar industri. Agenda mantap acara sehari memperkenalkan dan berkongsi pandangan tentang data pihak pertama dalam dunia pengiklanan mudah alih berakhir dengan jayanya, yang mana rakan niaga mempelajari lebih lanjut tentang pelbagai penggunaan data pihak pertama serta sorotan mengenai faedah dan penggunaan HUAWEI Ads — platform iklan digital oleh Huawei.
Sidang Kemuncak HUAWEI Ads APAC diadakan di Singapura menghimpunkan pakar pemasaran digital untuk berkongsi pandangan tentang topik pengiklanan terkemuka seperti strategi pemasaran data pihak pertama. Pengiklan boleh menantikan sidang kemuncak Ads HUAWEI di Malaysia, Filipina dan Thailand untuk memperoleh pandangan dan pengetahuan pasaran secara langsung.
Memfokuskan kepada topik untuk memanfaatkan data pihak pertama dalam dunia pengiklanan yang mengutamakan mudah alih, Sidang Kemuncak HUAWEI Ads APAC 2022 menampilkan panel pemimpin perniagaan yang dihormati dalam bidang teknologi dan pemasaran digital, termasuk Malcolm Wong, Naib Presiden Huawei Produk Iklan APAC, Chris Packman, Ketua Strategi Audiens GroupM APAC, Vaibhav Chopra, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Singapura ADA dan Cheryl Wang, Ketua Pegawai Pemasaran Nestia. Sesi berkenaan dikendalikan oleh Rezwana Manjur, Ketua Sidang Pengarang Marketing Interactive.
Topik tentang cara untuk membina strategi pemasaran data pihak pertama yang berkesan merupakan topik yang penting dengan pengiklan digital dalam dunia bertumpukan data hari ini. Dengan adanya data pihak pertama dapat memberi ketepatan yang lebih baik kepada pemasar untuk memperibadikan usaha iklan mereka dan akhirnya meningkatkan advokasi jenama dan memupuk pelanggan yang setia.
HUAWEI Ads membolehkan pengiklan dan jenama membentuk strategi pemasaran data pihak pertama mereka untuk mendekati dan berhubung dengan pengguna peranti dan aplikasi Huawei dengan lebih baik. Dengan bergantung kepada ekosistem mudah alih Huawei, HUAWEI Ads berinteraksi dengan algoritma dan seni bina peranti Huawei, menjadikannya platform yang paling berkesan untuk pengiklan mencapai lebih 730 juta pengguna peranti Huawei global merentas telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet. Selain itu, melalui aplikasi natif Huawei yang komprehensif dan lebih 36,000 rakan kongsi penerbit pihak ketiga, HUAWEI Ads dapat membantu pengiklan memperluas mesej perniagaan, produk dan perkhidmatan mereka daripada titik sentuh aplikasi berbilang digital.
Di samping itu, Platform Pengurusan Data (DMP) HUAWEI Ads dapat memberi pemahaman yang mendalam mengenai audiens sasaran pada peringkat peranti dan aplikasi. Ini dapat dicapai dengan menggabungkan data pihak pertama seperti pendaftaran aplikasi, pembayaran dan pengekalan, dan data sistem pemasangan aplikasi, penggunaan dan perkhidmatan berasaskan lokasi, untuk pengiklan mendapatkan sekilas gambaran tentang corak penggunaan oleh pengguna secara ringkas.
Prestasi iklan tinggi dicapai pada platform HUAWEI Ads
Tiger Brokers, platform perdagangan dalam talian global yang terkemuka, berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan HUAWEI Ads sejak Oktober 2021. Kempen iklan bersama HUAWEI Ads telah membantu mereka mencapai peningkatan yang stabil dan ketara dalam memperoleh pengguna baharu daripada ekosistem mudah alih HUAWEI, dengan kenaikan terbesarnya dapat dilihat pada Mac 2022.
Iklan Tiger Trading telah menyaksikan penyampaian iklan yang berterusan dengan penukaran tinggi iaitu 2.5%-3.5% kadar klikan, 10%-12% kadar klik-untuk-muat-turun dan kos setiap muat turun yang lebih rendah daripada yang dijangkakan. Ini dapat dicapai dengan bantuan penggunaan DMP HUAWEI Ads yang menyasarkan segmen-segmen pengguna yang tepat.
HUAWEI Ads menyertai senarai CMP IAB Europe bagi meningkatkan pematuhan iklan
Di sidang kemuncak tersebut, HUAWEI Ads turut mengumumkan bahawa kini ia menjadi Platform Pengurusan Persetujuan (CMP ID: 386) yang disenaraikan bersama IAB Europe pada Mac 2022 yang memberi pengiktirafan lanjutan penglibatannya yang aktif dalam penyeragaman bagi ekosistem pengiklanan digital.
Pada tahun 2020, Huawei Ads didaftarkan sebagai vendor global dengan Kerangka Ketelusan dan Persetujuan (TCF) IAB Europe v2.0. Pengiktirafan baru-baru ini sebagai CMP yang disenaraikan memberi dorongan selanjutnya visi HUAWEI Ads untuk meningkatkan pematuhan perkhidmatan iklan, meningkatkan kecekapan operasi dan menggalakkan pembangunan yang baik dalam industri pengiklanan. Kini, semua aplikasi milik Huawei dan media pengiklanan telahpun disepadukan dengan CMP dan akan dibuka secara berperingkat-peringkat untuk rakan kongsi penerbit untuk menyertai penyepaduan tersebut.
Melangkah ke hadapan, HUAWEI Ads akan terus meluaskan keupayaan dan penyelesaian iklannya bagi memperkasa rakan kongsi iklan untuk membuka banyak peluang dalam persekitaran pengiklanan digital.
HUAWEI Ads akan menganjurkan siri sidang kemuncak iklan di Malaysia, Philippines dan Thailand dengan kerjasama pakar-pakar industri. Para pengiklan yang ingin mendapatkan pandangan dan pengetahuan secara langsung atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan HUAWEI Ads boleh mendaftarkan minat mereka di huaweiadsapac@huawei.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Ads, sila kunjungi: https://ads.huawei.com/