omniture

Music China 2022: untuk percepatkan perniagaan dengan pameran perdagangan alat muzik terbesar dunia

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2022-04-15 10:00 218

SHANGHAI, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Music China, dianjurkan secara bersama oleh CMIA, Shanghai INTEX dan Messe Frankfurt, kembali ke Shanghai, China, 26 - 29 Oktober 2022. Sebagai edisi ke-20, Music China pada tahun ini akan menjamu mata orang ramai bukan sahaja dengan produk yang canggih, bahkan pelbagai acara untuk menyambut ulang tahunnya.

Telahpun diadakan selama 20 tahun, Music China telah menyumbang untuk membina platform antarabangsa untuk pameran dan pertukaran alat muzik dalam pasaran global. Biarpun dengan pandemik COVID-19, Music China diadakan dengan jayanya pada tahun 2020, menjadi tuan rumah kepada 1,106 peserta pameran dari 15 negara dan wilayah serta menarik sejumlah 81,761 pengunjung di tapak pameran dan 1.62 juta penonton dalam talian. Pada tahun 2021, walaupun pameran ini terpaksa dihentikan ekoran pandemik, sebuah program dalam talian telah diadakan bagi memenuhi keperluan untuk pemadanan perniagaan, pelancaran produk baharu dan penjenamaan pempamer, menarik sejumlah 239,000 kunjungan dalam talian.

Menyambut ulang tahun ke-20nya pada tahun ini, Music China akan terus menaik taraf pamerannya dengan pembangunan selari pameran digital dan fizikal selain lanjutan kategori-kategori pameran dan ruang pameran kepada 115,000 m2. Sebagai perkhidmatan pelengkap, pameran dalam talian dan mesyuarat pemadanan perniagaan akan diadakan bagi memenuhi keperluan perdagangan antarabangsa semasa wabak ini.

Bagi mempromosikan perniagaan, pendidikan dan budaya muzik, Music China juga akan mengadakan beberapa acara serentak yang meliputi semua aspek muzik seperti Forum Industri, Pelancaran Global Produk Baharu, Persidangan Pendidikan Muzik Kebangsaan dan Festival Muzik Masa Depan. Acara-acara berkenaan bukan sahaja akan menarik pempamer untuk meneroka lebih banyak saluran untuk penjenamaan dan pemasaran produk mereka, tetapi juga menyampaikan kandungan berharga yang berkaitan dengan muzik kepada penonton daripada semua lapisan masyarakat.

Walaupun pandemik telah menjauhkan orang ramai daripada satu sama lain, Music China akan cuba membawa pengamal global bersama-sama melalui Internet dan meneruskan usahanya dalam mewujudkan peluang perniagaan untuk jenama dan pedagang pada platform fungsian ini dan menyumbang kepada kemakmuran industri muzik global. Music China tidak sabar-sabar untuk bertemu semua pada 26 - 29 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, berkongsi bersama orang ramai mengenai hasil sepanjang 20 tahun yang lalu dan melakukan permulaan yang serba baharu demi masa depan yang sejahtera.

Untuk maklumat lanjut mengenai Music China 2022, sila kunjungi laman sesawang rasmi: www.musicchina-expo.com

Hubungi:
Cik Sylvia Xue 
+86-21-6295-3159
xueaoshuang@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Music Trade show news