QINGDAO, China, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka dan Paris Saint-Germain melangkah ke tahun kedua perkongsian mereka dan berganding bahu untuk melancarkan iklan kedua mereka hari ini.
Mengimbau ke tahun 2021, Hisense telah menyiarkan iklan mengagumkan yang menampilkan bintang-bintang bola sepak seperti Neymar Jr, Keylor Navas, Ángel Di Maria, Ander Herrera dan Presnel Kimpembe bagi menonjolkan kualiti cemerlang Hisense. Iklan pertama mendapat perhatian meluas dan dipuji secara dalam talian mahupun luar talian.
Hari ini, Hisense melancarkan iklan kolaboratif kedua bersama Paris Saint-Germain. Ángel Di María dan Presnel Kimpembe kembali untuk iklan ini manakala Leo Messi, Marquinhos, dan Idrissa Gueye menyertai kumpulan ini untuk iklan Hisense pertama mereka. Iklan tersebut memaparkan pelbagai perkakas rumah Hisense dalam persekitaran rumah yang selesa dan menonjolkan keunggulan teknologi produk Hisense melalui lensa kehidupan harian pemain bola sepak. Perkongsian berterusan dan tahap penglibatan yang tinggi daripada setiap pemain mencerminkan sokongan Paris Saint-Germain dan pengiktirafan terhadap Hisense dan menunjukkan bahawa jenama Hisense dihargai dan disokong secara meluas di seluruh dunia.
Hisense Menjadi "Rakan Kongsi Sempurna" Melalui Teknologi Hebat dan Produk Berkualiti Tinggi
Tema iklan ini ialah Perfect Partner (Rakan Kongsi Sempurna), menunjukkan perkongsian cemerlang antara Hisense dan Paris Saint-Germain sepanjang beberapa tahun ini; ia juga menandakan bahawa Hisense dijangka menjadi Rakan Kongsi Sempurna dalam kehidupan peminat sukan bola sepak dan pengguna hasil daripada produk dan teknologinya yang hebat. Iklan ini menampilkan lima bintang Paris Saint-Germain yang tinggal di bangunan yang sama, merakam interaksi bintang-bintang tersebut dalam kehidupan harian mereka sambil menggunakan produk Hisense.
Selama bertahun-tahun, Hisense terus memperkukuh teknologi paparan melalui inovasi teknologi bagi membawakan kualiti TV yang sempurna kepada pengguna. Dalam iklan ini, pemain menggunakan TV Hisense dan menikmati teknologi Mod Sukan, satu ciri luar biasa yang meningkatkan kelancaran sukan semasa menonton perlawanan yang bergerak pantas yang membolehkannya menikmati pengalaman menonton permainan yang terbaik dan imersif.
Hisense tekal menyasarkan penyampaian pengalaman menonton permainan yang lebih imersif dan realistik kepada peminat sukan bola sepak dan pengguna melalui teknologi yang hebat dan kualiti TV yang sempurna; mendapat faedah daripada teknologi dan kualiti yang cemerlang, TV Berkualiti Sederhana hingga Tinggi Hisense (A7/U6/U7/U8) amat dihargai oleh banyak rakan media dan pengguna. Maka, pada tahun 2021, hasil jualan global TV berkualiti sederhana hingga tinggi mencapai lebih 99% berbanding tahun sebelumnya, seterusnya memperlihatkan sepenuhnya reputasi tinggi dan pengiktirafan TV Hisense di seluruh dunia.
Sementara itu, sebagai rakan kongsi jangka panjang Paris Saint-Germain, Hisense mendapat sokongan daripada pengguna global melalui sokongan padunya daripada acara sukan dan produk teknologi yang hebat, baik dari segi reputasi produk mahupun jenama. Susulan penajaannya dengan Paris Saint-Germain dan beberapa acara sukan antarabangsa pada tahun 2021, Hisense meningkatkan hasil jualan luar negara sebanyak 43%, sementara kesedaran jenama luar negara meningkat 5pps.
Pada masa akan datang, Hisense akan terus memperkukuh pemasaran sukan dan membina hubungan yang lebih utuh bersama pengguna; selain turut menyediakan teknologi dan produk luar biasa demi menjadi jenama terkenal dan boleh dipercayai di seluruh dunia.