omniture

Laiye Peroleh Mindsay Terajui Peralihan Pasaran kepada Automasi Pintar

Laiye
2022-04-18 07:51 94

PARIS dan SINGAPURA, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju Automasi Pintar Global (IA) Laiye hari ini mengumumkan pemerolehan Mindsay olehnya, platform bot sembang (chatbot) dan bot suara (voicebot) perusahaan Eropah yang terkemuka. Penambahan kecerdasan buatan perbualan memajukan matlamat Laiye untuk menjadi penyedia utama bagi perisian IA generasi seterusnya di serata dunia. Laiye turut merancang untuk menubuhkan sebuah hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Paris.

"Laiye dan Mindsay ditubuhkan dengan visi yang sama untuk membantu syarikat-syarikat mencapai transformasi secara digital dan menjadi lebih berkesan, cekap dan berjaya. Pemerolehan ini berlaku susulan pelaburan sebanyak US$50 juta oleh Laiye di EMEA. Ia merupakan pencapaian yang penting dalam perjalanan kami untuk mencipta penyelesaian IA yang paling komprehensif, menjadikannya berpatutan dan boleh diakses untuk membantu perniagaan melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik," kata Guanchun Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye.

Pasaran IA berkembang pesat dengan Gartner meramalkan alat perisian agnostik-proses seperti RPA, AI, IDP dan Chatbot menyokong pasaran ini untuk mencecah hampir $46 bilion menjelang tahun 2025. Ini didorong oleh organisasi-organisasi yang mempercepatkan rancangan perniagaan digital mereka dengan pantas untuk menghadapi impak pandemik ini. Gartner turut meramalkan bahawa tenaga kerja digital akan memaksa perniagaan untuk mempercepatkan rancangan transformasi perniagaan digital mereka sekurang-kurangnya selama lima tahun sebagai cara untuk terus bertahan untuk beradaptasi dengan dunia pasca-pandemik.

"Pemerolehan Mindsay ini memberikan pelanggan kami dengan teknologi yang hebat, kod-rendah dan tanpa-kod untuk mengautomasikan khidmat pelanggan dan proses ruang peralatan (back-office). Gabungkannya dengan tawaran automasi proses robotik kami untuk memperkemas aliran kerja berulang dan antara muka perbualan yang memahami bahasa manusia dan anda memiliki platform canggih untuk mendigitalkan dan mengautomasikan bahagian penting dalam perniagaan anda," kata Ronen Lamdan, Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa Laiye.

Guillaume Laporte, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Mindsay berkata, "Semakin banyak syarikat menyedari peranan penting yang dimainkan oleh bot sembang, dikuasakan oleh AI perbualan dalam mengupayakan pengalaman layan diri yang hebat dan Mindsay telah menjadi kunci dalam memacu bidang ini. Kami berasa amat kagum dengan kualiti luar biasa pasukan dan teknologi Laiye. Kami akan bersama-sama berupaya memberi lebih nilai kepada pelanggan kami di serata dunia."

Laporte akan menjadi Pengurus Besar perniagaan bot sembang antarabangsa Laiye. Para pengasas bersama Mindsay, Ilias Hicham dan Pierre Pakey masing-masing akan menjadi Ketua Produk untuk perniagaan bot sembang antarabangsa Laiye dan Ketua Inovasi Produk untuk barisan produk Proses Dokumen Pintar.

Pejabat Akhbar Laiye: Sylvia McKiage sylvia.mckaige@salweengroup.com

Source: Laiye
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers