omniture

SonoScape terima kelulusan FDA 510(k) untuk sistem Endoskopi HD-550

SonoScape Medical Corporation
2022-04-18 09:06 52

SHENZHEN, China, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 April, hari ini SonoScape mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. telah meluluskan sistem endoskopi video unggulannya HD-550 bagi tujuan diagnosis gastrousus, mencatatkan kejayaan utama dalam hala tuju produk Endoskopi SonoScape.

Sistem Endoskopi HD-550 SonoScape
Sistem Endoskopi HD-550 SonoScape

Digandingkan dengan sumber cahaya 4-LED yang menyokong definisi tinggi 1080P, sistem endoskopi HD-550 mengupayakan ciri berbilang-spektrum dan berbilang-mod. Menambah kepada mod cahaya-putih yang berprestasi tinggi, mod cahaya SFI (Pengimejan Berfokus Spektrum) kromoendoskopinya dan VIST (Teknologi Pewarnaan Pintar Versatil) meningkatkan kontras warna vaskular dan mukosa. Hasilnya, lebih banyak perincian dalam saluran GI dapat didedahkan, yang dapat membantu doktor dalam pengesanan, pembatasan dan pencirian lesi. Termasuk dalam kelulusan berkenaan ialah videoskop siri 550 yang mana ciri kebolehgerakannya telah diperakui oleh pakar-pakar endoskopi terulung di serata dunia.

Sistem endoskopi HD-550 telahpun tersedia di luar AS sejak tahun 2019. Menjelang tahun 2021, ciri-ciri dan kualiti terbaik HD550 digabungkan dengan keserbabolehannya menyaksikan ia dipasang hampir di 40 negara serata dunia dan menjadikan SonoScape sebagai jenama ketiga paling laris terjual di China.

"Kami telah berkembang menjadi nama yang dipercayai dalam industri endoskopi global dan kini kami bersedia untuk meluaskan tawaran kami kepada penyedia rawatan kesihatan AS." Steven He, Pengarah Jualan SonoScape Endoscopy mengulas, "Kelulusan FDA ini membuka peluang dalam salah satu pasaran endoskopi yang paling besar di dunia, sememangnya merupakan rangsangan yang hebat untuk pengiktirafan jenama kami dan fasa pembangunan perniagaan yang luar biasa penting dalam sejarah 20 tahun SonoScape."

Latar Belakang SonoScape 

Ditubuhkan pada tahun 2002 di Shenzhen China, SonoScape komited untuk "Menjaga Kehidupan melalui Inovasi" dengan menyediakan penyelesaian ultrabunyi dan endoskopi. Dengan sokongan yang lancar, SonoScape menyediakan jualan dan perkhidmatan seluruh dunia di lebih daripada 130 negara, memberi manfaat kepada hospital dan doktor tempatan dengan bukti diagnostik pengimejan yang komprehensif dan sokongan teknikal. Melabur 20% daripada jumlah hasilnya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap tahun, SonoScape menubuhkan tujuh pusat R&D di Shenzhen, Shanghai, Harbin, Wuhan, Tokyo, Seattle dan Silicon Valley dengan lebih banyak produk canggih akan diperkenalkan ke dalam barisan produknya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di https://sonoscape.com/.

Source: SonoScape Medical Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval