omniture

Pengeluar Perkakas Rumah Cina Changhong Bawakan Barisan Penuh Produk ke Edisi Dalam Talian Pameran Canton ke-131

Changhong
2022-04-18 09:47 138

GUANGHZOU, China, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-131 membuka tirainya secara rasmi kepada orang ramai pada 15 April 2022. Pengeluar perkakas rumah Cina Changhong telah hadir di pameran tersebut dengan siri produk penuhnya, termasuk barisan perkakas rumah didayakan 5G yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta TV siri-M8, penyaman udara model Eva selain peti sejuk dan mesin basuh Space Pro.


Kunjungi Dewan Pameran Dalam Talian Changhong: https://www.cantonfair.org.cn/en-US/shops/451692550933632?keyword=&_t=T8x&_t=7jl#/

Changhong akan menganjurkan beberapa pelancaran produk baharu dan acara siaran langsung, selain memaparkan barisan produknya di beberapa dewan pameran VR dan tempat pameran maya, bagi membolehkan pembeli yang berminat mendapat gambaran yang menyeluruh dan terperinci terhadap setiap produk dan mengenai ciri-ciri produk. Sebagai acara dalam talian, semua barang pamer dan peserta pameran akan tersedia selama 24 jam setiap hari. Pembeli boleh melihat produk, terlibat dalam rundingan dan memesan produk pada bila-bila masa daripada sebarang zon waktu, menghapuskan sekatan masa dan juga geografi.

Changhong memanfaatkan pemahamannya tentang Internet Pelbagai Benda (IoT), data raya dan 5G hinggalah penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk untuk menghasilkan produk penetap trend yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna seperti TV pintar siri-M8, penyaman udara unik model Eva yang dapat bertindak balas kepada arahan suara dalam pelbagai bahasa tanpa perlu disambungkan ke peranti dalam talian selain peti sejuk dan mesin basuh Space Pro, kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi amat nipis yang terkemuka di dunia.

Biarpun dengan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia, perniagaan Changhong di luar pasaran asal Chinanya kekal berdaya tahan. Pada tahun 2021, perniagaan luar negara pengeluar ini memecahkan semua rekod terdahulu dengan hasil jualan perkakas rumah di luar China meningkat lebih daripada 10% berbanding tahun sebelumnya, manakala jualan produk berjenama CHiQ melonjak kira-kira 20%.

Changhong mengoptimumkan lagi saluran jualan dalam talian dan luar taliannya serta mempercepatkan pewujudan saluran tambahan dalam pasaran luar negara selain mencipta portfolio produk yang disesuaikan untuk demografi khalayak di platform e-dagang yang terkemuka di seluruh dunia.

Setakat penghujung tahun 2021, CHiQ Changhong, dengan barisan produk yang lebih beraneka dan lebih kompetitif, kini dibawakan di lebih 20 negara/wilayah serta 40 platform e-dagang. Perniagaan e-dagangnya mencatatkan peningkatan hasil jualan lebih daripada 40% berbanding tahun sebelumnya. TV dan peti sejuk jenama CHiQ telah menjadi peneraju antara produk-produk paling laris terjual di platform Eropah Amazon serta di platform Shopee dan Lazada Asia Tenggara.

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Trade show news