omniture

Coway Menang 8 iF Design Awards 2022

Coway Co., Ltd.
2022-04-18 14:00 146
  • Rangkaian penuh NOBLE Coway iaitu penulen air, penyahlembap, alat pelembap dan tempat memasak induksi dinamakan pemenang di iF Design Awards
  • Tahun 2022 merupakan tahun ke-15 berturut-turut Coway menerima iF Design Awards

SEOUL, Korea Selatan, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Coway, "The Best Life Solution Company," hari ini mengumumkan bahawa ia menerima lapan pengiktirafan termasuk iF Gold Award berprestij, yang dimenangi oleh Penyahlembap NOBLE, di International Forum (iF) Design Award.

Coway Wins iF Design Awards 2022
Coway Wins iF Design Awards 2022

Ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai Die Gute Industrieform e.V., iF Design Award menilai impak produk, pembezaan dan sifat-sifat lain daripada sembilan kategori — Produk, Pempakejan, Komunikasi, Konsep Profesional, Seni Bina Dalaman, Seni Bina, Reka Bentuk Perkhidmatan, Pengalaman Pengguna (UX) dan Antara Muka Pengguna (UI).

Coway meraih sejumlah 8 anugerah di iF Design Awards 2022. Lima daripada anugerah ini adalah dalam kategori Produk, dengan satu anugerah merupakan anugerah Emas berprestij. Dua anugerah selanjutnya dimenangi dalam kategori Seni Bina Dalaman dan satu anugerah dimenangi dalam kategori Antara Muka Pengguna (UI).

Anugerah Emas dimenangi oleh Penyahlembap NOBLE Coway (AD-1221E) kerana meningkatkan nilai estetika ruangnya dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh seni bina premium. Menara khasnya dan lapisan mendatar membezakannya daripada penyahlembap tradisional yang perlu disembunyikan di bahagian sudut. Lebih daripada sekadar perkakas, pada masa yang sama ia merupakan unit hiasan rumah yang berpadu secara harmoni dalam bahagian dalaman. Produk ini juga dipuji untuk ciri penjagaan pembukaan automatiknya yang dapat mengesan tangki air penuh dan membuka bahagian bekas bagi memberi isyarat bahawa air harus ditukar.

Selain daripada Anugerah Emas Penyahlembap NOBLE, Alat Pelembap NOBLE, NOBLE Water Purifier Series, NOBLE Induction Freedom Series dan Air Cartridge Series turut memenangi anugerah dalam kategori Produk.

Dalam kategori Seni Bina Dalaman, ruang pengalaman jenama Coway Gallery diiktiraf atas keseniannya. Coway Gallery mempamerkan produk dalam persekitaran rumah bagi menunjukkan sejauh mana ia sesuai dengan gaya hidup pengguna yang berbeza-beza. Dengan lantai yang diperbuat daripada kaca dan plastik buangan daripada barisan pengeluaran Coway, ia menonjolkan secara halus nilai-nilai kelestarian syarikat ini.

"Kami berbesar hati apabila jenama NOBLE premium kami diiktiraf di iF Design Awards yang berprestij," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Reka Bentuk di Coway. "Ini mendorong kami untuk terus menginovasi produk baharu yang meningkatkan cara orang ramai menjalani kehidupan dan juga ruang di sekeliling mereka."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail Awards