omniture

Pakar Rantaian Bekalan, FLS Group, Hantar Kad Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif Ke Pinggir Angkasa Lepas

FLS Group, Thailand
2022-04-18 17:25 152

CHONBURI, Thailand, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember 2021, FLS Group bersiap sedia untuk identiti jenama baharunya dengan penghantaran sekali beri yang epik. Sebagai pakar rantaian bekalan yang meliputi seluruh dunia dengan penyelesaian logistik yang lancar, FLS melancarkan kad perniagaan Ketua Pegawai Eksekutifnya tinggi melepasi bumi – ke pinggir angkasa lepas. Dipercayai merupakan aksi pertama seumpamanya, kad tersebut dilancarkan dari lapangan terbang Bad Pyrmont di Jerman sebelum melakukan perjalanan sejumlah 128.68 kilometer dan mencapai altitud maksimum 124,356 kaki. Di titik tertinggi perjalanannya, kad tersebut berpusing untuk mendedahkan logo dan slogan baharu syarikat: "Tailor-Made Global Solutions" ("Penyelesaian Global Buatan Khas")

Evolusi kejayaan 

Sebagai kemuncak kepada usaha penjenamaan semula sepanjang tahun yang melibatkan kajian pasaran yang ekstensif, analisis jenama dalaman dan luaran, penempatan semula yang strategik, logo & slogan yang dikemas kini, aksi yang luar biasa ini dirancang untuk meraikan evolusi kejayaan berterusan syarikat ini dan caranya yang unik dalam mengatasi jangkaan pelanggan.

Tonton video untuk menyaksikan bagaimana ia berlaku:  

 

Diabadikan dengan video dan sijil, dianugerahkan oleh Stratoflights, pencapaian bersejarah ini memperlihatkan komitmen FLS terhadap inovasi, pemperibadian dan inspirasi - ciri-ciri yang telah dijunjung tinggi dengan bangganya oleh syarikat ini selama hampir tiga dekad menawarkan perkhidmatan kepada industri logistik. Penghantaran di-luar-dunia ini turut mengetengahkan sejauh mana kepakaran rantaian bekalan FLS menggerakkan dunia dengan penyelesaian di-luar-kotak yang ditempah khas.

Penjenamaan FLS baharu mencapai pinggir angkasa lepas 


"Hari ini, kami berbangga untuk mendemonstrasikan janji baharu kami iaitu 'Penyelesaian Global Buatan Khas' dan evolusi jenama melalui penghantaran sekali beri yang epik ini. Dengan mencapai pinggir angkasa lepas dengan penjenamaan baharu kami ini, kami ingin menegaskan misi kami untuk meliputi dunia dengan penyelesaian unik yang memastikan dunia terus bergerak," kata Torbjörn Larisch, Ketua Pegawai Eksekutif, FLS Group. 

Penyelesaian saling berhubung untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar, secara global 

Sebelum ini hanya memberi tumpuan kepada kargo projek, FLS Group meluaskan tawarannya melalui unit perniagaan yang baru ditambah. Pertumbuhan ini membolehkan FLS Group untuk mencipta penyelesaian perniagaan yang disesuaikan dan saling berhubung kepada pelanggan melalui FLS Projects, FLS Logistics, FLS Warehousing dan FLS Trading. Menerusi 13 pejabat di serata dunia, FLS Group memenuhi keperluan pelbagai sektor industri bermula daripada perlombongan, makanan dan infrastruktur kepada minyak dan gas, tenaga, automotif serta barangan pengguna.

Latar Belakang FLS Group 

Ditubuhkan pada tahun 1993, FLS Group telah menjadi sebuah syarikat logistik Projek yang benar-benar global. Sebagai penyedia perkhidmatan logistik hujung-ke-hujung yang terkemuka, pasukan FLS mencipta dan menyampaikan penyelesaian di-luar-kotak untuk logistik yang paling mencabar dalam setiap rantaian bekalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai FLS Group, kunjungi laman sesawang di: https://fls-group.com.

Source: FLS Group, Thailand
Keywords: Computer/Electronics Transportation New products/services