omniture

CATL Lancar Perkhidmatan Pertukaran Bateri EVOGO Pertamanya di Xiamen

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-04-20 05:49 101

NINGDE, China, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 18 April, CATL melancarkan secara rasmi perkhidmatan pertukaran bateri EVOGO di Xiamen, Wilayah Fujian, tenggara China, seterusnya menjadikannya bandar EVOGO yang pertama di dunia.


Empat stesen pertukaran bateri pantas pertama yang telah memulakan operasi terletak di Daerah Siming, Daerah Huli dan Daerah Haicang, Xiamen. Jumlah stesen pertukaran bateri pantas di Xiamen dijangka meningkat kepada 30 menjelang penghujung tahun ini, apabila pemandu di mana-mana tempat di Pulau Xiamen boleh menemui satu stesen sedemikian dalam lingkungan 3 kilometer. Penyelesaian pertukaran bateri kereta EVOGO akan membolehkan pengguna EV meninggalkan kesulitan dalam mengisi minyak dan membolehkan pengguna yang tidak mempunyai tempat meletak kereta bercas untuk turut menikmati keseronokan memandu EV.

Ketika ini, tawaran istimewa bagi menyewa satu blok Choco-SEB ialah RMB 399 sebulan, yang akan diselaraskan secara dinamik mengikut tahap penggunaan kuasa yang berbeza oleh pengguna. Bagi setiap perkhidmatan pertukaran bateri di stesen pertukaran, caj adalah hampir sama dengan perkhidmatan pengecasan pantas dan ia tertakluk kepada pelarasan dinamik mengikut lokasi stesen dan slot masa yang berbeza. Penyelesaian pertukaran bateri EVOGO CATL akan menyediakan kepada lebih ramai pengguna EV dengan akses kepada pengalaman isian semula yang mudah.

Contemporary Amperex Energy Service Technology Ltd. (CAES), subsidiari milik penuh CATL, telah menjalin kerjasama komprehensif yang saling menguntungkan bersama pelbagai rakan kongsi dengan melaksanakan rancangan rakan kongsi bandarnya. Semua pihak yang terlibat telah berganding bahu untuk bekerjasama dalam aspek teknologi, sumber dan perkhidmatan bagi memudahkan pembinaan jaringan pertukaran bateri dan mempromosikan model kenderaan EVOGO di Xiamen.

Pada masa akan datang, CATL akan berganding bahu dengan lebih banyak rakan kongsi untuk melancarkan lebih banyak model kenderaan EVOGO dan menyampaikan perkhidmatan EVOGO di lebih banyak bandar. Ayuh bersama EVOGO.

 

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities