omniture

Zoomlion Lancar Kren Semua Rupa Bumi Hibrid Pertama Dunia, Pacu Revolusi Tenaga Baharu Industri

Zoomlion
2022-04-21 07:31 43

CHANGSHA, China, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) melancarkan kren semua rupa bumi hibrid pertama dunia ZAT2200VE863 pada 11 April, menandakan satu lagi pencapaian yang inovatif susulan pelancaran kren elektrik tulen pertama di dunia sebelum ini.

Dengan prestasi output hibrid yang unggul, ZAT2200VE863 telah mencapai kelebihan sistem dwi kuasa elektrik dan bahan api serta dipacu oleh dwi-enjin elektrik-gasolin, model ini malah lebih berkuasa dengan output maksimum 360kW.

"Dipacu oleh insentif dasar dan permintaan pasaran, industri jentera pembinaan ini bergerak pantas menuju era tenaga baharu dan ZAT2200VE863 merupakan pencapaian terkini daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk inovatif Zoomlion. Produk jentera hibrid adalah rendah dari segi penggunaan bahan api, pencemaran dan hingar dengan kecekapan tenaga yang tinggi dan ia kondusif untuk menggalakkan transformasi tenaga dan penaiktarafan teknologi dalam industri ini," kata Luo Kai, naib presiden Zoomlion dan pengurus besar cawangan kren kejuruteraan Zoomlion.

ZAT2200VE863 menawarkan tiga mod operasi mengangkat: elektrik tulen, pemalam dan kuasa bahan api untuk beradaptasi sepenuhnya kepada pelbagai keadaan dan senario kerja. Bagi mod operasi elektrik tulen, kren tersebut boleh beroperasi menggunakan bateri sahaja selama lapan jam. Ia juga boleh menyampaikan output yang sama dengan pemalam kuasa AC 380V luaran. Kedua-dua mod ini tidak menggunakan bahan api dan urea, lalu menjadikannya mesra alam dan mesra ekonomi. Di bawah mod kuasa bahan api, enjin petrol boleh beroperasi dalam julat penggunaan bahan api menjimatkan yang sepadan dengan motor, lalu menjimatkan 35 peratus bahan api berbanding dengan kren konvensional yang beroperasi menggunakan bahan api.

Berbanding kren sedia ada yang terdapat dalam pasaran, ZAT2200VE863 meningkatkan tanan sebanyak hampir 10 kali ganda untuk mencecah julat 220-tan dan dalam masa yang sama membawakan bum utama 85-meter dengan keupayaan mengangkat maksimum sebanyak 7.2 tan.

Hari ini, rangkaian produk tenaga baharu Zoomlion meliputi kren, trak pam, trak pencampur, platform kerja udara, peralatan kecemasan, jentera pengorek, mesin perlombongan, casis tugas berat dan banyak lagi, yang mengguna pakai pelbagai kombinasi tenaga baharu seperti elektrik tulen, sel bahan api hidrogen dan kuasa hibrid. Syarikat ini telah melancarkan siri produk yang inovatif dan berkualiti tinggi termasuk kren trak elektrik tulen yang pertama di dunia dan trak pam yang dibangunkan secara domestik yang pertama dalam industri ini dengan bum gentian karbon.

Latar Belakang Zoomlion

Zoomlion ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang mencakupi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Utilities New products/services