omniture

TopOn Beralih kepada Beta Terbuka Pembidaan Dalam-Aplikasi di Meta Audience Network

TopOn
2022-04-21 10:19 193

GUANGZHOU, China, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TopOn telah keluar daripada beta tertutup dan kini merupakan rakan kongsi pembidaan beta terbuka rasmi dengan Meta Audience Network! Dengan menjadikan pembidaan bersama Meta Audience Network tersedia dengan lebih meluas, penyepaduan ini kini tersedia untuk semua penerbit bagi menyertai sistem pembidaan Meta Audience Network dengan segera tanpa kelulusan manual, lalu menjadikannya lebih cepat dan lebih mudah untuk mengalami faedah penuh pembidaan dalam-aplikasi.

 

"Meta Audience Network menyokong peralihan ke ekosistem yang terbuka dan adil, menawarkan pelbagai pilihan penyepaduan pembidaan untuk membantu penerbit menerima pembidaan dengan cara terbaik yang sesuai untuk perniagaan mereka. Kami percaya perkongsian baharu ini akan menambah nilai selanjutnya baik kepada TopOn mahupun penerbit kami tatkala kami meluaskan sumber permintaan pembidaan kami dengan Meta Audience Network, rakan kongsi pembidaan terbesar dalam industri ini," kata Harry Yang, Ketua Pegawai Pemasaran TopOn. "Ini merupakan langkah penting ke hadapan bagi menjadikannya lancar untuk penerbit memaksimumkan hasil iklan dan meningkatkan kecekapan operasi."

Beberapa penerbit mengalami pertumbuhan hasil yang besar susulan pelaksanaan pembidaan, mencatatkan peningkatan antara 13% dan 27% dalam purata hasil setiap pengguna aktif harian (ARPDAU), menurut laporan The New Era in Ad Monetization: How App Bidding is Transforming Businesses oleh Meta. Selain itu, bertentangan dengan pendekatan pengewangan agregat air terjun, impak yang berpotensi daripada dunia pasca-IDFA dapat dihapuskan dengan sebaliknya membantu penerbit meningkatkan nilai impresi individu.

Di TopOn, pembangunan produk yang berterusan sentiasa menjadi tumpuan utama kami, dengan penyepaduan automatik kepada pembidaan ketika ini, apabila setiap sumber permintaan membida dalam lelongan waktu sebenar yang terbuka dan adil, anda melihat lebih persaingan untuk inventori anda yang bererti harga yang lebih baik untuk setiap impresi. Selain itu, dengan menghapuskan beban untuk mengekalkan air terjun yang rumit, pembidaan membantu anda memberi tumpuan untuk memacu lebih impak kepada perniagaan anda. Tambahan pula, pembidaan membolehkan anda menambah lebih banyak sumber permintaan dengan mudah, membantu anda meningkatkan persaingan untuk inventori anda dengan kesan minimum ke atas kependaman dan membebaskan sumber operasi.

Di samping itu, TopOn sentiasa menyediakan penyelesaian pembidaan dalam-aplikasi yang adil dan telus untuk pembangun dan penerbit. Berdasarkan kepada keadaan yang berbeza pada platform pengiklanan yang berbeza ke arah pembidaan, kami melancarkan penyelesaian Intelligent Hybrid-Sorting (Pengisihan-Hibrid Pintar) yang dapat memaksimumkan hasil setiap impresi melalui penetapan kefleksibelan strategi mengikut ciri-ciri dan komunikasi sebenar daripada setiap platform.

Ekosistem iklan Meta yang signifikan ini akan menyertai rakan kongsi pembidaan kami yang lain seperti Mintegral, myTarget, InMobi, Pangle, Tencent ads, Baidu dan sebagainya, bagi membantu mendorong lebih persaingan untuk inventori penerbit. Sekiranya anda berminat untuk memanfaatkan faedah-faedah Pembidaan Termaju, sila hubungi pasukan akaun anda atau business@toponad.com untuk memohon akses.


 

 

Source: TopOn
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Blockchain