omniture

Global Esports Federation umum Kejohanan Esukan Amerika Selatan di Asunción, Paraguay

Global Esports Federation
2022-04-21 13:48 111

 

 GEFestival bersedia mengadakan Sukan Belia Amerika Selatan di Rosario, Argentina  

SINGAPURA, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Global Esports Federation bersedia untuk mengadakan Kejohanan Esukan Amerika Selatan yang pertama seumpamanya, selari dengan Sukan Amerika Selatan 2022, di Asunción, Paraguay pada 2-3 Oktober 2022.

 

The Global Esports Federation is set to stage the first-ever South American Esports Championships in parallel with the 2022 South American Games, in Asunción, Paraguay on October 2-3, 2022.
The Global Esports Federation is set to stage the first-ever South American Esports Championships in parallel with the 2022 South American Games, in Asunción, Paraguay on October 2-3, 2022.

"Kami sedang melakar kemajuan yang menarik tatkala kami terus membawa portfolio acara global kami ke benua yang berbeza di dunia. Kejohanan Esukan Amerika Selatan menyokong misi Global Esports Federation dan mengukuhkan komitmen kami untuk menggalakkan kolaborasi yang hebat dalam seluruh komuniti #worldconnected kami bagi memartabatkan esukan di persada sukan dan hiburan dunia," kata Chris Chan, Presiden GEF.

Sebagai pendahulu kepada acara esukan yang utama, GEF akan membawakan GEFestival – sambutan budaya esukan yang dinamik dan pengaktifan esukan komuniti – di Sukan Belia Amerika Selatan di Rosario, Argentina mulai 28 April – 8 Mei 2022.

"Kejohanan Esukan Amerika Selatan merupakan acara esukan pertama pada skala global yang akan diadakan di Amerika Selatan. Berserta Sukan Amerika Selatan 2022, acara ini menguatkan aspirasi Paraguay untuk lebih banyak acara antarabangsa yang utama," kata Camilo Pérez López Moreira, Presiden Organización Deportiva Suramericana (ODESUR). "Perkongsian bersama Global Esports Federation sedang terbentuk, menghimpunkan keupayaan dan infrastruktur yang diperlukan untuk memanfaatkan potensi esukan tanpa had di rantau ini."

In the lead-up to the South American Esports Championships, the Global Esports Federation will feature the GEFestival – a dynamic celebration of esports culture and community esports activation – at the South American Youth Games at Rosario, Argentina from April 28 – May 8, 2022.
In the lead-up to the South American Esports Championships, the Global Esports Federation will feature the GEFestival – a dynamic celebration of esports culture and community esports activation – at the South American Youth Games at Rosario, Argentina from April 28 – May 8, 2022.

Penganjuran Kejohanan Esukan Amerika Selatan dan GEFestival di Sukan Belia Amerika Selatan merupakan keputusan nyata daripada perkongsian strategik antara GEF dan ODESUR yang diumumkan pada Jun 2020; disokong oleh PanAm Esports Development Federation, ditubuhkan oleh GEF pada tahun 2021.

"Esukan mendapat kedudukan yang kukuh di Amerika Selatan. Kejohanan Esukan Amerika Selatan sulung ini akan meningkatkan pertumbuhan esukan di rantau ini melalui pengaktifan bertaraf dunia yang dipimpin oleh Global Esports Federation," kata Mario Cilenti, Presiden PanAm Esports Development Federation. "Sementara itu, GEFestival di Sukan Belia Amerika Selatan akan datang, menawarkan kepada komuniti esukan kami di sini dengan sekilas pandang yang pertama terhadap dunia GEF dan banyak acara globalnya yang menggalakkan keterangkuman untuk semua dalam esukan."

Untuk pertanyaan media, sila hubungi media@globalesports.org.

Source: Global Esports Federation
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Sports Corporate Expansion Future Events