omniture

Primer jalin kerjasama dengan hoolah bawakan penyelesaian 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' dorong pertumbuhan peniaga di seluruh Asia

hoolah
2022-04-21 14:30 144

SINGAPURA, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- hoolah, platform 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' (Buy Now Pay Later, BNPL) omnisaluran terkemuka Asia, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Primer, platform automasi tanpa-kod yang pertama di dunia untuk pembayaran dan perdagangan, membolehkan peniaga di Singapura, Malaysia dan Hong Kong mengintegrasikan penyelesaian BNPL hoolah, di samping menyediakan kefleksibelan pembayaran kepada pengguna dan pengalaman membeli-belah yang dioptimumkan dan lancar.

Inovasi yang belum pernah terjadi dalam industri pembayaran, Primer membolehkan peniaga benar-benar menggabungkan tindanan pembayaran mereka dan menambah sebarang API atau alatan dari seluruh dunia untuk membina aliran pembayaran yang dinamik, hujung-ke-hujung. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, Primer diagihkan sepenuhnya secara global, menawarkan perkhidmatan kepada peniaga di seluruh APAC, Eropah dan A.S., dengan lebih 70 perkhidmatan pembayaran dan perdagangan serta berpuluh-puluh lagi yang sedang dirancang. Menerusi perkongsian ini, peniaga akan dapat mengupayakan penyelesaian BNPL hoolah dengan lancar dalam beberapa minit melalui penyepaduan daftar keluar dan pembayaran seragam Primer—dengan beberapa klik, tanpa kod.

Zenyum, jenama rawatan kesihatan berfokus pengguna yang menawarkan pendakap gigi tak nampak cetakan 3D, menyepadukan hoolah melalui Primer pada tahun 2021, bagi membolehkan pengguna di Singapura, Malaysia dan Hong Kong membayar rawatan pergigian kosmetik mereka melalui tiga ansuran bulanan tanpa faedah.

Anupama Hoon, Ketua Pegawai Perolehan Zenyum berkata, "Kami kagum dengan kepantasan dan kemudahan penyepaduan bersama Primer dan dengan tawaran bersama hoolah, kami menyaksikan peningkatan stabil yang boleh dilihat dalam kalangan pelanggan dan kadar penukaran berbanding pembeli-belah yang menggunakan kaedah bayaran tradisional."

Kailash Madan, Ketua Jualan (APAC) di Primer berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan hoolah untuk membolehkan peniaga yang berkembang pantas seperti Zenyum mempercepatkan rancangan pengembangan serantau mereka. Melalui penyepaduan Primer ini, Zenyum berupaya memudahkan aliran pembayaran mereka dan menawarkan pelbagai kaedah bayaran hanya dengan beberapa klik."

Arvin Singh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama hoolah berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Primer untuk membantu peniaga menyerlahkan potensi penuh mereka dan meningkatkan pertumbuhan mereka di seluruh rantau ini. Perkongsian ini juga membolehkan kami terus berkembang bersama-sama pasukan di Zenyum, yang kami seronok bekerjasama sejak tahun 2019. Kami bersama-sama berharap dapat berkembang maju sebagai penjana serantau dalam domain masing-masing."

Latar Belakang hoolah 

Dilancarkan pada 1 Mac 2018, hoolah ialah platform Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) omnisaluran yang terkemuka di Asia. hoolah memperkasa pembeli-belah membeli barangan yang diperlukan oleh mereka hari ini dengan bertanggungjawab dan membayar kemudian melalui 3 ansuran bulanan tanpa faedah. Aktif di Singapura, Malaysia dan Hong Kong dengan lebih 2,000 rakan peniaga, hoolah menghubungkan peniaga dengan pembeli-belah di mana-mana mereka berada, menjanjikan pengalaman membeli-belah yang mudah, lancar dan sangat baik buat semua. Aplikasi hoolah sedia dimuat turutn melalui Apple Store dan Google Play.

hoolah.co .

Latar Belakang Primer 

Primer ialah platform automasi pertama dunia untuk pembayaran dan perdagangan, menawarkan infrastruktur dasar yang diperlukan kepada peniaga untuk membina pengalaman membeli yang lebih baik untuk pelanggan mereka.

Buat julung kalinya, peniaga boleh menyambungkan dan mengawal seluruh tindanan pembayaran dan perdagangan mereka serta membina aliran pembayaran ideal mereka secara berautonomi dari awal. Palamkan sebarang penyelesaian pembayaran dan perdagangan yang diingini dengan sambungan 1-klik, takrifkan logik dalam seluruh kitaran hayat perdagangan dengan editor aliran kerja tarik-dan-lepas serta cipta pengalaman daftar keluar yang lancar yang dapat memenuhi jangkaan pengguna hari ini.

Primer dilancarkan pada tahun 2020 oleh Paul Anthony dan Gabriel Le Roux, bekas rakan sekerja Braintree/PayPal. Syarikat jarak jauh sepenuhnya ini, yang kini beroperasi di lebih 30 negara, telah mengumpul lebih $74J dan disokong oleh Iconiq, Accel, Balderton, Seedcamp, Speedinvest dan RTP Global.

Kunjungi https://primer.io/ untuk butiran lanjut.

 

Source: hoolah
Keywords: Banking/Financial Service New products/services