omniture

Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) 2022 beri tumpuan pada ritual dalam persembahan

Arts House Limited (AHL)
2022-04-21 15:48 188

SINGAPURA, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA), iaitu festival seni persembahan kemuncak tahunan Singapura mempersembahkan karya yang menawan hati dan pelbagai merentas teater, muzik, tarian, filem dan seni visual, kembali mulai 20 Mei hingga 5 Jun 2022. Dianjurkan oleh Arts House Limited (AHL), SIFA 2022, berjudul The Anatomy of Performance – Ritual (Anatomi Persembahan – Ritual), menandakan permulaan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun Pengarah Festival baharu Natalie Hennedige.

Kembali mulai 20 Mei, Festival Seni Antarabangsa Singapura 2022 menampilkan program yang mencakupi ruang fizikal dan digital; dengan tempat maya baharu, Life Profusion.
Kembali mulai 20 Mei, Festival Seni Antarabangsa Singapura 2022 menampilkan program yang mencakupi ruang fizikal dan digital; dengan tempat maya baharu, Life Profusion.

SIFA 2022-2024 disatukan dengan tajuk berulang – The Anatomy of Performance – memberi penekanan ke atas kelancaran artistik, kolaborasi berbilang disiplin dan keantarabangsaan dalam karya dan persembahan festival baik dalam ruang fizikal mahupun dalam talian.

Penambahan Ritual dalam judul ini memberi tumpuan kepada kurasi untuk merangkumkan pengertian bernuansa Ritual - bermula daripada upacara adat dan ritual yang wujud dalam budaya Singapura yang pelbagai kepada artis-artis yang bereksperiman di persimpangan antara amalan berbilang disiplin dan teknologi yang bertindak balas kepada Ritual dalam nuansa bahasa digital dan keekspresian.

Natalie Hennedige berkata, "Seni persembahan kekal sebagai ruang yang penting untuk refleksi, artikulasi kreatif dan ekspresi bernuansa. Cadangan penciptaan persembahan SIFA daripada Singapura menawarkan ekspresi artistik yang diilhamkan, muncul dari dalam Asia ke arena antabangsa dengan menjadi platform untuk proses artistik yang sangat teliti dan kolaborasi antarangasa yang bermakna." 

SIFA 2022 bertujuan untuk mengekspresikan kelancaran dan persimpangan antara bentuk seni di peringkat tempatan dan antarabangsa serta sejauh mana secara praktis, ramai artis melampaui had konvensional genre artistik. Ini telah menghasilkan tiga lapisan pengaturcaraan festival:

  • Penciptaan - platform untuk tawaran utama SIFA mencakupi karya baharu, lelaran karya baharu dan persembahan oleh artis antarabangsa yang hebat.
  • Life Profusion - pentas maya SIFA yang berjalan selari dengan festival secara langsung. Mempersembahkan lima kategori kandungan unik: +DREAM, +EAT, +READ, +GROW, +DISCUSS, ia bertujuan untuk mengembangkan, menyusun dan memperdalam kelimpahan idea dan kesenian yang terpancar daripada festival tersebut.
  • SIFA X - menandakan tempat bagi tawaran persembahan alternatif, dengan edisi sulung oneirism diterajui oleh pengarah artistik SAtheCollective, Andy Chia.

Karya yang menjadi tumpuan di SIFA 2022 selari dengan komitmen festival untuk merangkumkan pelbagai perspektif yang menandakan interkulturalisme hari ini dan kesalinghubungan global, sebagai pemangkin untuk persimpangan yang kreatif dan inovasi artistik yang berani:

Life Profusion akan melancarkan tayangan perdana dunia bagi filem persembahan artis fiksyen sains yang terkenal di dunia, Lucy McRae, Delicate Spells of Mind, meneliti sistem operasi minda.

  • Karya pembukaan, MEPAAN mempersembahkan opus bertumpu alam semula jadi sonik dan visual yang sangat halus oleh Singapore Chinese Orchestra dan agensi kreatif berpangkalan di Malaysia, The Tuyang Initiative.
  • Holly Herndon: PROTO oleh Holly Herndon, konsert yang mengujakan daripada pemuzik di barisan hadapan revolusi teknologi hari ini, dengan bunyi disintesiskan oleh Herndon dan A.I. "baby" Spawn beliau.
  • The Once and Future mempersembahkan pengalaman pawagam yang diperluaskan oleh pembuat filem Singapura Yeo Siew Hua, digandingkan dengan muzik secara langsung daripada para pemuzik Berliner Philharmoniker.
  • Remotes X Quantum berasal daripada kolaborasi antara pengarang lakon Eleanor Wong dan John Torres yang berpangkalan di Filipina yang menggabungkan filem dan pemasangan.
  • The Neon Hieroglyph oleh artis British dan Pemenang Turner Prize 2019 Tai Shani menghasilkan lelaran baharu karya beliau yang dipersembahkan oleh pelakon Malaysia Jo Kukathas.
  • Pengarah Singapura yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Ong Keng Sen mempersembahkan project SALOME, dibintangi oleh pelakon Singapura Janice Koh dan artis persembahan berpangkalan di Berlin Michael(a) Daoud, menerima pakai pembikinan filem dokumentari sebagai satu pendekatan untuk mempersembahkan ritual penayangan dan mitologi kendiri (self-mythologising).
  • Ceremonial Enactments oleh MAX.TAN, Nadi Singapura dan Bhaskar's Arts Academy menggabungkan tiga lakonan semula adat dan upacara khusus budaya bermula sejak lahir hingga majlis perkahwinan.
  • Devil's Cherry oleh Paul Rae dan Kaylene Tan mempersembahkan kisah fantastik tentang keinginan biasa, pelepasan diri yang dijanjikan dan impian yang diselar, dipersembahkan di mana kehidupan bandar bertembung dengan Australian Bush.

Mengekalkan momentum festival diteruskan ialah karya digital atas-permintaan melalui SIFA on Demand, dengan empat karya penting yang akan disediakan secara digital hingga 10 Julai – MEPAAN, Ceremonial Enactments, Bangsawan Gemala Malam dan Delicate Spells of Mind. Tiket boleh dibeli pada harga S$15 bagi setiap persembahan atau S$25 untuk gabungan 4.

Untuk barisan festival penuh dan tiket, kunjungi sifa.sg https://bit.ly/sifa2022.

Laman Sesawang: https://sifa.sg 

Facebook: www.facebook.com/sifa.sg

Instagram: www.instagram.com/sifa_sg

Twitter: www.twitter.com/sifa_sg

YouTube: www.youtube.com/c/ArtsHouseLimited

Spotify: https://tinyurl.com/sifasgspotify

Hubungan Media:

Hilary Tan, hilary.tan@tateanzur.com, +65-8727 4845

 

Source: Arts House Limited (AHL)
Keywords: Art Entertainment Music