omniture

Plat Haus Keluli Hardox(R) HiAce Baharu Pengeluar Keluli SSAB Perkukuh Tumpuannya Sokong Industri Minyak Sawit

SSAB
2022-04-22 01:54 100

KUALA LUMPUR, Malaysia,  22 April 2022 /PRNewswire/ -- Dalam satu lagi langkah yang inovatif, pengeluar keluli global yang terkemuka SSAB telah memperluas aplikasi untuk rangkaian plat haus Hardox® standard industrinya, kali ini memberi tumpuan kepada penggunaan barisan Hardox® HiAce baharunya yang unik dalam industri minyak sawit.

Dibuat khusus untuk industri 

Plat haus keluli Hardox® HiAce baharu telah digunakan oleh pengeluar lori jongket yang terkemuka di Malaysia seperti GF Engineering dan Armstrong Tipper. Syarikat-syarikat ini turut mereka bentuk badan lori jongket yang ringan dan lasak untuk industri pertanian, perlombongan, pembinaan dan pengitaran semula.

Peralatan dalam industri minyak sawit seperti lori jongket buah kelapa sawit (didatangkan dengan penangkap), gerabak pensteril buah kelapa sawit dan pisau untuk proses penuaian buah dan peralatan operasi lain dalam pengeluaran sentiasa terdedah kepada asid, memerlukan peningkatan khas bagi memastikan jangka hayat yang panjang dan keandalan.

Rangkaian plat haus Hardox® HiAce amat sesuai untuk senario ini. Ia mencegah haus lelas dan kakisan kepada peralatan ini dengan mempunyai kekerasan Brinell 425-475 HBW dan nilai ujian impak Charpy minimum 27 J pada suhu -20 darjah Celsius.

Jaminan Hardox

Walaupun ia sememangnya mempunyai ciri-ciri khas yang menjadikannya pilihan utama untuk industri-industri seperti penuaian buah kelapa sawit hinggalah proses pengeluaran, ia juga masih mempunyai ciri-ciri sama yang melaluinya barisan plat haus keluli Hardox® telah menjadi terkenal seperti berciri tahan lama, lebih ringan, lebih selamat dan rintang kakisan untuk alam sekitar.

Ini menjadikan Hardox® HiAce juga boleh digunakan untuk pelbagai industri seperti kilang kertas dan pulpa, operasi perlombongan dan kuari, aplikasi pertanian serta kilang kitar semula dan sisa-kepada-tenaga.

Industri global yang semakin berkembang

Walau bagaimanapun, aplikasinya dalam industri minyak sawit merupakan langkah yang besar menuju ke hadapan memandangkan industri ini mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan merupakan sektor yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia yang merupakan pengeluar minyak sawit yang utama di dunia.

Bahkan, dalam satu laporan berdasarkan kepada data Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terkini, Indonesia menyumbang sebanyak 57% daripada pengeluaran minyak sawit global keseluruhan pada tahun 2018, manakala Malaysia mengeluarkan 27%. Ini merupakan hal yang besar memandangkan minyak sawit digunakan dalam pelbagai industri bermula daripada makanan kepada produk industri hinggalah sektor biotenaga.

Bahagian pasaran yang begitu besar itu bukan sahaja memerlukan kecekapan dan keberkesanan kos, tetapi juga proses yang lebih mampan agar tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar, sesuatu yang benar-benar selari dengan ciri-ciri barisan Hardox serta hala tuju SSAB secara keseluruhan.

"Keberkesanan Hardox® HiAce bukan sahaja dalam industri minyak sawit, tetapi juga dalam sektor-sektor lain yang beroperasi dalam persekitaran yang sukar merupakan bukti kepada kajian dan komitmen mendalam yang dimiliki oleh SSAB bagi menyediakan produk berkualiti tertinggi untuk pelanggan kami. Namun begitu, lebih penting lagi ialah kami berupaya melakukan hal ini sambil mematuhi mantera kemampanan kami dan mengubah industri keluli menjadi sekutu ke arah persekitaran yang lebih selamat," kata John Kuan, Pengurus Jualan Kawasan, Asia Tenggara, SSAB.

Latar Belakang SSAB 

SSAB ialah sebuah syarikat keluli yang berpangkalan di Nordic dan AS. SSAB menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang dibangunkan menerusi kerjasama erat dengan pelanggannya bagi mewujudkan dunia yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih lestari. SSAB mempunyai pekerja di lebih 50 negara dan mempunyai kemudahan pengeluaran di Sweden, Finland serta AS. SSAB disenaraikan dalam Nasdaq Stockholm dan mempunyai senaraian sekunder dalam Nasdaq Helsinki.  

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ssab.com. Anda juga boleh menyertai kami di akaun media sosial rasmi kami: Facebook, Instagram, LinkedIn, Twitter dan YouTube.

 

 

Source: SSAB
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals