omniture

Pameran Canton ke-131 Tandatangani Perjanjian Kerjasama Global dengan Riyadh Chamber of Commerce

Pameran Canton
2022-04-22 01:51 111

GUANGZHOU, China, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-131 menganjurkan upacara penandatanganan maya bersama Riyadh Chamber of Commerce pada 14 April sebagai sebahagian daripada Program Perkongsian Kerjasama Global Pameran Canton untuk menjalin hubungan kerjasama secara rasmi, lalu menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara China dan Arab Saudi.

Arab Saudi ialah negara penting yang mengambil bahagian dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China serta sumber pembeli utama Pameran Canton. Riyadh Chamber of Commerce ditubuhkan pada tahun 1961 dan kini mempunyai lebih daripada 260,000 syarikat ahli. Ia menganjurkan lebih 1,000 acara setiap tahun dan merupakan dewan perniagaan yang terbesar dan paling berpengaruh di Arab Saudi.

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre mengulas di acara tersebut bahawa bagi memainkan peranan yang lebih baik sebagai sebuah platform untuk pembukaan yang komprehensif dan menggalakkan pencapaian bersama yang saling menguntungkan, Program Perkongsian Kerjasama Global Pameran Canton telah menjalin kerjasama berbilang peringkat, meluas dan menyeluruh dengan institusi-institusi perindustrian dan komersial luar negara, menyediakan perkhidmatan perdagangan yang komprehensif kepada syarikat-syarikat Cina dan asing bagi menyokong pembangunan ekonomi dan perdagangan dua hala.

131st Canton Fair Signs Global Cooperation Agreement with Riyadh Chamber Of Commerce
131st Canton Fair Signs Global Cooperation Agreement with Riyadh Chamber Of Commerce

"Kami gembira dapat menjalin perkongsian kerjasama bersama Riyadh Chamber of Commerce dan mengharapkan kerjasama yang saling memberi manfaat antara kedua-dua pihak yang akan memberi faedah kepada syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ini dan memperkasa pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Arab Saudi," kata Xu.

China dan Arab Saudi menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1990 dan hubungan dua hala tersebut telah berkembang dengan mantap dengan bidang kerjasama yang diperluas. Kedua-dua negara ini mengukuhkan pertukaran dan pakatan sebagai sebahagian daripada strategi Inisiatif Jalur dan Jalan serta "Visi 2030" Arab Saudi.

En. Naif A. Alrajhi, naib pengerusi Riyadh Chamber of Commerce menyatakan bahawa penandatanganan perjanjian kerjasama tersebut memperlihatkan kepentingan signifikan dalam membangunkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ini. Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Riyadh merupakan anggota Riyadh Chamber of Commerce dan ia bukan sahaja akan merangsang pembangunan ekonomi tempatan, bahkan turut menggalakkan kerjasama perdagangan dua hala.

"Diharapkan agar pada masa akan datang, kami akan dapat mengukuhkan perkongsian sumber dan pertukaran saluran bagi mencapai faedah bersama serta saling menguntungkan dan kerjasama dua hala ini akan menjadi bahagian yang penting dalam hubungan mendalam antara 'Visi 2030' Arab Saudi dan Inisiatif Jalur dan Jalan China," kata beliau.

Pameran Canton ke-131 akan meluaskan jaringan pemasaran antarabangsa dengan aktif dan menandatangani perjanjian kerjasama dengan 13 institusi perindustrian dan komersial luar negara dari 12 negara (termasuk Laos, Kuwait dan Albania). Program Perkongsian Kerjasama Global Pameran Canton kemudiannya akan mencapai liputan penuh antara negara-negara anggota RCEP.

Sehingga kini, China Foreign Trade Centre telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 157 institusi perindustrian dan komersial luar negara dari 83 negara dan wilayah di serata dunia, 67 daripadanya adalah dari 40 negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, menyumbang sebanyak 43 peratus daripada jumlah rakan kongsi keseluruhan.

Kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email untuk lebih banyak peluang.

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Contracts Licensing/marketing agreements