SINGAPURA, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus terhadap automasi industri dan transformasi digital, mengukuhkan rangkaian rakan kongsinya di rantau ini menerusi perkongsian terkininya dengan CAD-IT, penyedia teknologi Industri 4.0 terkemuka yang berpangkalan di Singapura.
Antara penyelesaian perisian maklumat yang lain, perkongsian ini akan menyaksikan CAD-IT menawarkan penyelesaian pembuatan dan automasi pintar Rockwell Automation: Plex Systems syarikat yang baru di ambil alih, platform pembuatan pintar natif-awan: dan Fiix, sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) berasaskan awan (lihat lampiran). Kedua-dua Plex dan Fiix dapat memenuhi keperluan industri makanan dan minuman, isi rumah dan penjagaan peribadi serta automotif di seluruh Asia Pasifik.
"Pengilangan atau Pembuatan global menerima kesan semasa permulaan pandemik. Perniagaan di Asia Tenggara mula menghadapi gangguan rantaian bekalan, produktiviti yang semakin menurun dan kos pembuatan yang semakin meningkat," kata Marcelo Tarkieltaub, Pengarah Serantau untuk Asia Tenggara, Rockwell Automation. "Dalam pemulihan daripada pandemik ini, perniagaan harus menangani isu-isu utama ini, meningkatkan keupayaan pembuatan mereka dan proses rantaian bekalan serta membina daya tahan untuk bertahan daripada gangguan yang tidak dijangkakan. Teknologi digital, pembuatan pintar, interaksi manusia-mesin dan analitik canggih dapat membantu pengeluar mengoptimumkan proses dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai 'kilang-kilang dunia.'"
"Asia Tenggara adalah salah satu sub-rantau yang paling pesat berkembang bagi kami. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CAD-IT yang amat memahami rantau ini. Dengan menggabungkan teknologi dan kepakaran kami dengan rangkaian serantau mereka yang mantap serta kecekapan pelaksanaan, kami dapat menjadikan pembuatan pintar dan penyelesaian transformasi digital lebih mudah di akses untuk perniagaan di Asia Tenggara," tambah Tarkieltaub.
CAD-IT: Keupayaan Industri 4.0 di Asia Pasifik
CAD-IT menyampaikan penyelesaian Industri 4.0 lengkap dari hujung-ke-hujung yang merangkumi pembuatan aditif, realiti imbuhan (AR), internet perindustrian pelbagai benda (IIoT), simulasi kejuruteraan dan banyak lagi. Dengan kepakaran pembuatan yang diperoleh melalui kemudahan pengeluarannya di China, syarikat ini telah menyerahkan pelbagai projek transformasi digital berbilang kilang dalam pelbagai vertikal di seluruh Asia Pasifik.
CAD-IT memiliki jaringan yang luas di Asia Tenggara dengan kehadiran di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1,000 pelanggan. Di luar sub-rantau ini, ia mempunyai pejabat di China, Korea Selatan dan Australia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan Asia Pasifik.
Permintaan semakin meningkat untuk penyelesaian automasi dan Industri 4.0
CAD-IT menyertai rakan kongsi saluran PartnerNetwork of Rockwell Automation yang semakin berkembang untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap automasi industri dan penyelesaian Industri 4.0 di Asia Tenggara dengan rancangan untuk meluaskan liputan ke seluruh pelosok Asia Pasifik dalam masa terdekat. Pasaran Automasi industri dan kawalan proses rantau ini dijangka bernilai US$4.97 bilion menjelang tahun 2025[1]. Permintaan ini didorong oleh kesedaran teknikal yang tinggi berkisarkan penggunaan robotik dan keupayaan pengeluaran mantap sektor pembuatan.
Di samping itu, permintaan terhadap penyelesaian Industri 4.0 semakin meningkat. Menurut Mordor Intelligence, pasaran Industri 4.0 Asia dijangka mencecah US$71.59 bilion menjelang tahun 2026.[2]
"Jalinan kerjasama dengan Rockwell Automation memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan dan membangunkan suit produk dan perkhidmatan penyelesaian Industri 4.0 kami. Selain pembuatan yang dipertingkat dan transformasi digital, perniagaan di rantau ini akan mendapat manfaat daripada kehadiran pasaran tempatan kami menerusi pelaksanaan, sokongan dan penyelenggaraan daripada pasukan pakar kami di seluruh rantau ini," kata Terence Chan, Ketua Pegawai Eksekutif CAD-IT.
Rockwell Automation telah berada di Asia Pasifik selama lebih 40 tahun dan terus melabur dalam visinya untuk memperluas kemungkinan yang boleh dicapai oleh manusia dan transformasi digital untuk pelanggannya di seluruh rantau ini. Dengan lebih 5,800 pekerja yang berdedikasi di rantau ini dan ekosistem rakan kongsi yang mantap bekerjasama ke arah menyampaikan nilai buat pelanggan kami, Rockwell Automation terus mentransformasikan industri ini, membuka potensi dan produktiviti melalui inovasi automatik dan terhubung.
[1] https://www.meticulousresearch.com/product/southeast-asia-industrial-automation-process-control-market-5073 |
Latar Belakang Rockwell Automation
Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 24,500 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.
Latar Belakang CAD-IT
Ditubuhkan pada tahun 1991 dan beribu pejabat di Singapura, CAD-IT menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan Industri 4.0 bagi membolehkan syarikat-syarikat dan rantaian bekalan mereka mencapai inovasi produk, kualiti dan produktiviti yang lebih tinggi dengan pengurangan masa ke pasaran dan kos operasi yang dikurangkan. CAD-IT berjaya menyiapkan pelbagai projek transformasi digital Industri 4.0 pelbagai berbilang kilang bermula daripada Aeroangkasa & Pertahanan, Automotif, Barangan Pengguna, Elektronik, Tenaga, Makanan & Minuman, Pembinaan Mesin, Perubatan, Minyak & Gas hinggalah Semikonduktor dengan kepakaran pembuatan diperoleh melalui kemudahan pembuatannya sendiri di China. Kunjungi www.caditglobal.com untuk berhubung dengan industri anda.
Lampiran
Diambil alih oleh Rockwell Automation pada September 2021, Plex Systems ialah peneraju bagi penyelesaian pembuatan pintar yang disampaikan oleh awan, memperkasa pengeluar dunia untuk menghasilkan produk hebat. Platform kami memberi keupayaan kepada pengeluar untuk menghubungkan, mengautomasikan, menjejak dan menganalisis setiap aspek dalam perniagaan mereka untuk mendorong transformasi. Plex Smart Manufacturing Platform melibatkan penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, pengurusan prestasi aset, pemantauan pengeluaran, automasi proses dan analitik untuk menghubungkan orang ramai, sistem, mesin dan rantaian bekalan, mengupayakan mereka untuk memimpin dengan jitu, cekap dan tangkas.
Fiix ialah sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer (CMMS) berasaskan awan, berkuasa AI yang membantu syarikat-syarikat mengurus semua penyelenggaraan mereka termasuk ribuan aset, pesanan kerja dan alat ganti, pada satu tempat. Ia membolehkan syarikat-syarikat mengekalkan kecekapan peralatan, menjejaki pesanan kerja dan mendapat pemahaman mengenai kos atau prestasi penyelenggaraan. Ini membolehkan mereka membuat perbelanjaan modal yang sedikit, menukarkan data operasi kepada tindakan dan mencapai sasaran pengeluaran. Ketika ini, terdapat lebih 3,000 syarikat menggunakan Fiix di seluruh dunia.