omniture

Laporan Tahunan 2021 XCMG: Pembangunan Berkualiti Tinggi Membawa kepada Hasil dan Pertumbuhan Keuntungan Bersih Rekod Tertinggi

XCMG
2022-04-24 09:02 177

XUZHOU, China, 24 April 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah mendedahkan laporan tahunan 2021nya pada 18 April, mencapai rekod tertinggi dari segi hasil dan juga keuntungan bersih.

Pada tahun 2021, XCMG melaporkan hasil kendalian sebanyak CNY84.328 bilion (US$13.2 bilion), pertumbuhan 14.01 peratus berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada syarikat induk sebanyak 5.615 bilion yuan (US$879.1 juta), meningkat 50.57 peratus berbanding tahun sebelumnya. Aliran tunai bersih yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti operasi XCMG mencecah 8.073 bilion yuan (US$1.26 bilion), melonjak 189.43 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi mencapai rekod tertinggi.

Laporan Tahunan 2021 XCMG: Pembangunan Berkualiti Tinggi Membawa kepada Hasil dan Pertumbuhan Keuntungan Bersih Rekod Tertinggi
Laporan Tahunan 2021 XCMG: Pembangunan Berkualiti Tinggi Membawa kepada Hasil dan Pertumbuhan Keuntungan Bersih Rekod Tertinggi

XCMG mengekalkan kedudukan teratas dalam industri jentera pembinaan domestik China selama 32 tahun berturut-turut dan buat kali pertama dalam sejarah, tersenarai antara tiga teratas di dunia.

Pada tahun 2021, jentera angkat XCMG disenaraikan di tempat pertama seluruh dunia buat julung kalinya. Kategori-kategori produk utamanya kesemuanya mencapai pertumbuhan yang positif dan sektor-sektor termasuk jentera tolak tanah, cerucuk dan jentera kerja udara turut berkembang pesat dengan peningkatan proposisi dalam hasil kendalian.

Tambahan pula, hasil luar negara XCMG juga meningkat sebanyak 111.81 peratus berbanding tahun sebelumnya untuk mencecah 12.94 bilion yuan (US$2.03 bilion). Biarpun dengan impak pandemik COVID-19, XCMG Brazil telah mencapai kejayaan penting dengan pertumbuhan 200 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam pengeluaran dan jualan serta peningkatan 198 peratus dalam skala operasi.

Industri-industri baru muncul ini juga menjadi semakin maju dengan pesat:

  • XCMG mengukuhkan kedudukan utamanya dalam trak bomba jenis angkat dan platform kerja udara jenis bum dengan keuntungan yang bertambah baik dengan signifikan;
  • Pendapatan yang dijana oleh jentera pembinaan kompak meningkat 50 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala pendapatan daripada forklift meningkat sebanyak 258 peratus yang luar biasa;
  • Tapak baharu untuk jentera penyelenggaraan XCMG mula beroperasi dan produk termasuk stesen asfalt dan penyelenggaraan casis tersenarai di kedudukan 2 teratas dalam industri ini;
  • Platform internet industri "Hanyun" XCMG menduduki kedudukan 3 teratas dalam senarai 2021 MIIT bagi platform internet industri rentas industri dan rentas domain.

"Sama ada keadaan baik atau buruk, XCMG berusaha tanpa henti untuk mencapai matlamat pembangunan 'kualiti, kecekapan, prestasi dan kemampanan termaju'. Kami sentiasa berpegang kepada visi dan hasrat asal kami dan memimpin syarikat-syarikat jentera pembinaan China untuk terus mencabar 'Gunung Everest' industri ini dan mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dalam pasaran antarabangsa," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Transportation