omniture

GCL-POLY ENERGY (03800.HK) Dinamakan Semula Secara Rasmi sebagai 'GCL TECH' Fokus kepada Inovasi Teknologi

GCL Technology Holdings Limited
2022-04-26 09:00 150

HONG KONG, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Sejurus selepas prestasi yang cemerlang menerusi keuntungan kira-kira USD 460 juta dalam suku pertama tahun 2022, GCL-POLY ENERGY (03800.HK), syarikat bahan PV yang terkemuka di seluruh dunia, membuat pengumuman pada [25 April 2022] bahawa syarikat ini telah mendapat kelulusan daripada Hong Kong Stock Exchange dan menukar nama ringkasnya kepada GCL TECH.

Ditubuhkan pada tahun 2006 dan disenaraikan dalam Hong Kong Stock Exchange pada November 2007, penukaran nama kepada GCL TECH ini adalah berdasarkan kepada sasaran strategik serba baharu itiu 'GCL Teknikal, GCL Digital, GCL Hijau' untuk memaparkan imej korporat yang baharu dan kekuatan penyelidikan yang hebat.

Sejak penubuhannya, hasil daripada inovasi teknologi dan pemupukan intensif dalam industri ini, GCL TECH telah mencapai kejayaan penting dalam teknologi silikon rod GCL, teknologi silikon butir FBR, teknologi CCZ dan sebagainya serta layak menjadi perusahaan yang terkemuka dalam industri PV global.

Syarikat ini, selepas kejayaan pemerolehan syarikat AS SunEdison bernilai USD 150 juta pada tahun 2017, dikenali sebagai pengeluar tenaga bersih pertama di dunia yang memiliki hak harta intelek bebas untuk silikon butir dan melaksanakan pengeluarannya secara besar-besaran. Produk berkenaan telah memperoleh Pensijilan Jejak Karbon pertama baik di China mahupun Perancis dan mencatat rekod global yang baharu bagi Rekod Jejak Karbon Terendah untuk Bahan Silikon. Pengaruh luas syarikat ini dalam industri PV telah menggamit perhatian pengusaha pasaran kepada rancangannya yang selanjutnya.

Memandangkan Keneutralan Karbon telah ditetapkan sebagai matlamat negara-negara utama di dunia, kerajaan Cina mencadangkan sasaran Mencapai Puncak Karbon pada tahun 2030 dan Merealisasikan Keneutralan Karbon pada tahun 2060. Syarikat ini menukar nama ringkasnya kepada GCL TECH ketika ini, berhasrat untuk memimpin pusingan pembaharuan yang baharu dalam industri PV dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan teknologi menerusi pembangunan bahan silikon sebagai teras dalam inovasi teknologinya.

GCL Technology Holdings Limited:

GCL TECH ialah pembangun dan pengeluar bahan PV berkecekapan tinggi yang terkemuka di dunia. Ia berpegang kukuh kepada hala tuju pembangunan teknologi bahan PV berkecekapan tinggi, tekal mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang produk polisilikon.

Source: GCL Technology Holdings Limited
Related Stocks:
HongKong:3800
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services