omniture

Yili Berkongsi Komitmennya terhadap Masa Depan Sifar-Bersih di Boao Forum for Asia

Yili Group
2022-04-26 22:30 260

QIONGHAI, China, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 20 April, Boao Forum for Asia (BFA) membuka Persidangan Tahunannya pada tahun 2022 dengan satu sesi yang diadakan di bawah tema "Menuju Keneutralan Karbon: Sektor Perniagaan Berkembang Maju" ("Towards Carbon Neutrality: Business Sector on the Move"). Yili menghadiri forum tersebut sebagai rakan kongsi eksklusif untuk produk tenusu dan merupakan satu-satunya syarikat tenusu Cina yang dijemput. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, mengambil bahagian dalam sesi berkenaan untuk membincangkan isu-isu berkisarkan keneutralan karbon bersama pakar-pakar dan para usahawan dari dalam dan luar negara. Di sesi berkenaan, beliau berkongsi pandangan mengenai strategi dan amalan Yili untuk melaksanakan keneutralan karbon merentas rantaian industri.

Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, berucap di sesi keneutralan karbon
Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, berucap di sesi keneutralan karbon

Matlamat untuk mencapai emisi karbon puncak dan keneutralan karbon telah mewujudkan cabaran dan peluang yang besar kepada dunia. Oleh yang demikian, Forum ini memberi perhatian khusus kepada pemulihan hijau dan pembangunan mampan dunia. En. Zhang menyatakan bahawa Yili telah membangunkan dan menaik taraf falsafah hijaunya selama bertahun-tahun dan tekal meningkatkan pengurusannya dan melanjutkan inisiatif untuk melaksanakan matlamat keneutralan karbonnya yang dapat membantu memacu dunia ke arah masa depan yang lebih cerah.

Menaik Taraf Falsafah Hijaunya 

Syarikat ini mula mengemukakan konsep "kepimpinan hijau" pada tahun 2007. Ini kemudiannya dinaik taraf kepada strategi rantaian industri hijau pada tahun 2009. Pada tahun 2021, Yili mengumumkan Visi Baharunya untuk Penciptaan NIlai. Pada 8 April, Yili menjadi peneraju dalam industri makanan China untuk melancarkan Rancangan untuk Masa Depan Karbon Sifar-Bersih dan Hala Tuju menuju Masa Depan Karbon Sifar-Bersih (Plan for a Net-Zero Carbon Future and Roadmap to a Net-Zero Carbon Future). Syarikat ini komited untuk mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2050 dalam seluruh rantaian industri.

Meningkatkan Pengurusan Hijau

Jawatankuasa Pembangunan Strategik dan Mampan ditubuhkan untuk menyelaraskan dan menggalakkan pembangunan mampan Kumpulan ini daripada peringkat strategik. Syarikat ini membangunkan sistem berorientasikan masa depan yang dinamakan World Integrally Sharing Health System (Sistem Kesihatan Berkongsi Secara Bersepadu Dunia, sistem WISH) dan melancarkan Garis Panduan Tindakan Pembangunan Mampannya agar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB. Selain itu, Yili berganding bahu dengan 43 rakan kongsi strategik dari serata dunia untuk melancarkan "Perikatan Karbon Sifar-Bersih" pertama China dalam industri makanan untuk berkongsi pengalaman pengurangan karbon bagi tujuan pembangunan hijau.

Melanjutkan Inisiatif Hijau 

Yili terus mengejar keneutralan karbon melalui inisiatif-inisiatif seperti melaksanakan perakaunan data yang betul dan membina platform pengurangan emisi. Yili juga terus menjalankan penilaian inventori karbon selama 12 tahun berturut-turut dan menubuhkan sistem perakaunan data tenaga komprehensif yang dijangka meliputi kesemua pembekal dalam rantaian industri menjelang tahun 2030. Di samping itu, Yili telah memulakan tiga platform yang memberi tumpuan kepada pengurangan emisi karbon termasuk Pusat Metrologi dan Pengujian Industri Tenusu Negara, Jaringan Global Rantaian Bekalan Mampan serta Sistem Maklumat Pengurusan EHSQ. Platform-platform ini membolehkan Yili mengumpulkan bakat, teknologi dan sumber-sumber lain dalam seluruh rantaian industri dan seterusnya menyumbang kepada masa depan sifar-bersih.

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages