omniture

Jasmine Food Ganding Bahu dengan Nestle Maggi untuk KempenBubur Lambuk Nestlé

Jasmine Food
2022-04-27 09:00 70

Sumbangan 234 pek Jasmine Super Special Tempatan bagi pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan yang mulia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine Food), jenama beras yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan Nestle Maggi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat pada bulan Ramadhan.

Sumbangan 234 pek Jasmine Super Special Tempatan bagi pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan yang mulia
Sumbangan 234 pek Jasmine Super Special Tempatan bagi pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan yang mulia

Bagi menyokong kempen Bubur Lambuk Maggi, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd menaja 234 pek beras 10kg Jasmine Super Special Tempatan sebagai penyediaan bubur lambuk. Beras Super Special Tempatan ini adalah  beras putih tempatan yang mengandungi 5% tahap beras hancur, diproses daripada stok padi yang diperoleh daripada kilang milik Jasmine dan pengilang beras lain untuk hidangan kegemaran orang ramai seperti nasi lemak, nasi goreng dan bubur lambuk.

Kempen Bubur Lambuk Maggi bermula pada minggu pertama bulan April bersempena dengan bulan Ramadhan, menerusi pelbagai acara yang berlangsung di Semenanjung Malaysia termasuk di Sentral, Johor, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kelantan dan Prai. Kempen amal ini bertujuan untuk memperkukuh lagi nilai-nilai murni Jasmine Food bagi membantu komuniti dan memupuk semangat perkongsian dan amal sesama pengguna.

"Kami telah menjadi tonggak komuniti selama lebih 60 tahun dan mengambil peluang ini untuk menunjukkan usaha komuniti kami. Melalui kempen ini, kami berharap dapat menyumbang kembali kepada komuniti pada bulan yang mulia ini dan membantu mereka mengharungi kesusahan yang disebabkan oleh peristiwa baru-baru ini," kata En. Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food.

Ini bukanlah kali pertama Jasmine Food bekerjasama dengan syarikat Malaysia yang berpengaruh bagi membawa keriangan dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di negara ini. Kempen Maggi Bubur Lambuk menyusuli kempen Maggi Sah, dimana Jasmine Food turut membantu mengedarkan lebih 33,000 kit makanan kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan kesukaran ekonomi.

Jenama isi rumah ini akan terus mendorong kempen tanggungjawab sosial korporat dan menjunjung gelaran Anugerah Jenama Dipercayai yang mulia di Asia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.jasmine.com.my.

Latar Belakang Jasmine Food Corporation Sdn Bhd:

Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation, subsidiari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), merupakan peneraju bagi pengedaran dan pemasaran industri beras di Malaysia dengan pelbagai anugerah yang telah dicapai olehnya. Jasmine Food mengedarkan produk beras import dan tempatan melalui jaringan wakil penjual, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit.

Source: Jasmine Food
Keywords: Food/Beverages Organic Food Corporate Social Responsibility