omniture

Berinovasi demi Masa Depan Lebih Baik: Zoomlion Sambut Hari Harta Intelek Sedunia

Zoomlion
2022-04-27 10:24 63

CHANGSHA, China, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Setiap tahun pada 26 April, dunia menyambut Hari Harta Intelek Sedunia, hari yang mengetengahkan keperluan perkhidmatan harta intelek ("IP") dalam memupuk inovasi dan kreativiti. Tahun ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang terkemuka, menggunakan sambutan tersebut untuk mencerminkan sejauh mana IP menyumbang kepada kemakmuran industri, memacu inovasi teknologi dan membantu mengubah dunia menjadi lebih baik.

Disokong oleh konsep unik bahawa "teknologi merupakan akarnya dan produk merupakan asas," Zoomlion mengekalkan secara konsisten pelaburan yang tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan meraikan inovasi bebas sebagai faktor peneraju dalam pembangunan perniagaan. Selama bertahun-tahun, Zoomlion telah menyepadukan pendigitalan produk, kecerdasan dan inovasi hijau bagi mencipta teknologi yang utama dalam industri dan produk berkualiti tinggi.

Prinsip "Wawasan Mencipta Masa Depan" ini mengupayakan Zoomlion untuk meningkatkan nilai jenamanya selama 18 tahun berturut-turut di samping turut meningkatkan hasil dan keuntungan bersih. Pada tahun 2021, jenama ini bernilai RMB 86.58 bilion, satu peningkatan sebanyak RMB 9.8 bilion berbanding tahun sebelumnya. Tambahan pula, Zoomlion menduduki tempat ke-120 dalam senarai 500 Jenama Asia Terbaik 2021 World Brand Lab.

Pertumbuhan Zoomlion disokong oleh kehebatan inovatif jenama ini dan kekuatan paten yang utama dalam industri. Pada tahun 2021, permohonan paten Zoomlion meningkat 62% berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, 727 paten telah diluluskan sepanjang tahun tersebut, satu peningkatan sebanyak 99.2% berbanding tahun sebelumnya. Setakat 31 Disember 2021, Zoomlion telah memohon sejumlah 12,278 paten, yang mana 9,407 telah diluluskan.

Selain daripada paten, Zoomlion menyumbang dengan aktif kepada pembangunan dan penyemakan piawaian industri. Syarikat ini telah merumuskan sembilan piawaian antarabangsa, 414 piawaian peringkat negara dan industri dan 22 piawaian kumpulan. Sebagai contoh, ISO 19720-1, piawaian global bagi jentera dan peralatan untuk kerja konkrit yang dipimpin oleh Zoomlion, merupakan piawaian jentera pembinaan global pertama yang diterbitkan oleh sebuah perusahaan Cina. Zoomlion turut menggaji 19 pakar pemiawaian antarabangsa berdaftar dan mempunyai tujuh platform inovasi negara bagi menyokong usaha R&D.

Di bawah strategi pembangunannya, Zoomlion membentuk sebuah ekosistem komprehensif dengan penciptaa, penggunaan, perlindungan dan pengurusan IP serta menghasilkan inovasi untuk barisan produk hijau dan pintar, pembuatan digital dan teknologi interaksi manusia-mesin. Syarikat ini mencapai hasil kendalian sebanyak RMB 67.131 bilion, meningkat 3.11% berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2021.

Dalam memupuk inovasi dan pembangunan, Zoomlion akan terus mendorong kemajuan teknologi dan perindustrian serta membentuk masa depan yang lebih baik buat semua.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Machinery Transportation