omniture

CGTN: China sasarkan universiti bertaraf dunia dengan ciri-ciri Cina

CGTN
2022-04-27 11:13 113

BEIJING, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- China sedang menumpukan perhatian untuk membina universiti-universiti bertaraf dunia dengan ciri-ciri Cina.

Semasa lawatan Presiden Cina Xi Jinping ke Renmin University of China pada hari Isnin, beliau berkata bahawa universiti-universiti China haruslah bertapak kukuh di China dan mengelakkan daripada hanya meniru standard dan model asing.

Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), menegaskan agar mengikuti kepimpinan Parti dan mewariskan tradisi revolusioner dalam mengendalikan universiti.

Lawatan beliau ke universiti di Beijing itu dibuat menjelang Hari Belia negara yang jatuh tanggal 4 Mei. Bagi pihak Jawatankuasa Pusat CPC, Xi mengucapkan salam perayaan kepada anak muda daripada semua kumpulan etnik seluruh negara.

Xi menyeru lebih banyak kursus ideologi-politik untuk memupuk akhlak pelajar

Xi melawat bilik darjah pintar untuk kursus ideologi-politik, di mana beliau duduk bersama pelajar, mendengar dengan penuh perhatian dan menyertai perbincangan mereka.

Menegaskan bahawa kelas ideologi-politik haruslah memainkan peranan sewajarnya dalam memupuk akhlak, Xi menyeru agar menyesuaikan pendidikan berkenaan mengikut keperluan anak muda pada peringkat perkembangan yang berbeza.

Xi menyuarakan harapan agar semua anak muda di negara ini boleh mengingati arahan Parti, berjuang untuk mencapai penggiatan negara dan bekerja keras demi memperoleh hasil sebaik mungkin.

Xi turut menyeru untuk memperkukuh pembinaan tenaga pengajar.

Xi memberitahu pelajar kolej agar melakukan sehabis baik dalam kehidupan 

Ketika bercakap bersama pelajar, beliau memberitahu mereka agar melakukan sehabis baik dalam kehidupan dan mencapai "prestasi terbaik."

Xi membandingkan kehidupan dengan berlari, berkata bahawa beliau berharap agar pelajar boleh "berlari sekuat yang mungkin dalam jejak masa muda mereka" dan untuk "memenuhi jangkaan masa muda mereka, zaman dan manusia."

Renmin University of China merupakan antara 10 universiti terbaik di China, menurut kedudukan terkini oleh perkhidmatan universiti Cina bebas Cuaa.Net. Naib Perdana Menteri Cina Liu He merupakan antara alumni terkenal universiti berkenaan.

Sejarah Renmin University of China boleh disusur kembali ke Sekolah Awam Shanbei yang ditubuhkan pada tahun 1937. Universiti berkenaan berkembang maju selama berdekad-dekad, dengan tumpuan diberikan kepada kemanusiaan dan sains sosial selain pengajian Marxisme.

Semasa lawatan beliau, Xi turut mendapat tahu mengenai usaha untuk memperkukuh perlindungan dan penggunaan buku-buku kuno serta menggalakkan penerapan pencapaian penyelidikan teori.

https://news.cgtn.com/news/2022-04-25/Xi-Jinping-inspects-Renmin-University-of-China-19w3bavqqD6/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service