omniture

S-Fetus 4.0 SonoScape Dilancar untuk Mempermudah Proses Sonografi

SonoScape Medical Corporation
2022-04-27 11:51 72

SHENZHEN, China, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, SonoScape Medical Corp. mengumumkan pelancaran S-Fetus 4.0, penaiktarafan perisian yang terkini daripada tawaran produk ultrabunyi unggulan syarikat ini. Pencapaian teknikal ini menjadikan S-Fetus 4.0 sebagai teknologi saringan obstetrik pintar pertama seluruh dunia yang berasaskan kepada pembelajaran mendalam.

Pembantu Saringan Obstetrik S-Fetus 4.0 SonoScape
Pembantu Saringan Obstetrik S-Fetus 4.0 SonoScape

Memanfaatkan teknik-teknik pembelajaran mendalam, Pembantu Saringan Obstetrik S-Fetus 4.0 membolehkan doktor untuk memperoleh satah standard secara automatik dan mengukur biometri fetus dengan prestasi pantas dan ketepatan. Tanpa memerlukan pengendalian peranti berulang secara manual, sistem ini dicipta dengan sentuhan ringkas satu-klik untuk memperkemas proses sonogram dan meningkatkan kecekapan pengimbasan. "Pembantu saringan obstetrik kami telah mencapai kejayaan dari segi prestasi dan kebolehskalaan dan kini ia dapat menawarkan kaedah diagnosis obstetrik pintar yang lebih cekap yang dapat membantu doktor menjalankan tugas dengan tepat demi memastikan hasil pesakit yang lebih baik," kata Zhou Guoyi, Ketua Pusat Penyelidikan Inovasi Perubatan SonoScape.

Bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan, SonoScape mengaplikasikan ciri yang baru dinaik taraf ini pada pelbagai peralatan ultrabunyi canggih. S-Fetus 4.0 akan beroperasi pada S60, P60, P60 Exp, S50 Elite, P50 Elite dan P40 Elite SonoScape, baik di Amerika Utara mahupun di seluruh pelosok dunia. "Menerusi komitmen kami terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas dan inovasi peralatan perubatan, teknologi canggih kami telah berupaya merealisasikan potensinya untuk menawarkan perkhidmatan kepada institusi-institusi perubatan di serata dunia," ulas Naizhang Feng, Naib Presiden Bahagian Ultrabunyi SonoScape.

Pembantu Saringan Obstetrik S-Fetus 4.0 dikuasakan oleh Set Alat oneAPI Intel®, untuk maklumat lanjut sila semak https://www.intel.com/content/www/us/en/healthcare-it/resources/sonoscape-oneapi-brief.html

Latar Belakang SonoScape 

Ditubuhkan pada tahun 2002 di Shenzhen, China, SonoScape komited untuk "Menjaga Kehidupan melalui Inovasi" dengan menyediakan penyelesaian ultrabunyi dan endoskopi. Dengan sokongan yang lancar, SonoScape menyediakan jualan dan perkhidmatan seluruh dunia di lebih daripada 130 negara, memberi manfaat kepada hospital dan doktor tempatan menerusi bukti diagnostik pengimejan yang komprehensif dan sokongan teknikal. Melabur sebanyak 20% daripada jumlah hasilnya ke dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap tahun, SonoScape menubuhkan tujuh pusat R&D di Shenzhen, Shanghai, Harbin, Wuhan, Tokyo, Seattle dan Silicon Valley, dengan lebih banyak produk canggih akan diperkenalkan ke dalam barisan produknya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di https://sonoscape.com/.

Source: SonoScape Medical Corporation
Related Stocks:
Shenzhen:300633
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services