omniture

Bakat muzik terbaik Asia Tenggara, dipimpin oleh 'F.HERO, VANNDA, SPRITE, 1MILL', mulakan perjalanan dengan rekod single "RUN THE TOWN"

High Cloud Entertainment
2022-04-27 12:37 115

BANGKOK, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Dengan persada muzik Asia Tenggara mencetuskan gelombang di pentas antarabangsa, masanya telah tiba untuk melancarkan projek muzik yang baharu dan mengujakan yang menampilkan bakat-bakat muzik terbaik Asia Tenggara. Projek ini dipimpin oleh artis hip-hop berpengaruh Thailand "F.HERO" daripada High Cloud Entertainment, yang berkolaborasi dengan ramai artis antarabangsa yang amat disegani. Gembar-gembur yang dapat dirasakan ini datangnya daripada kolaborasi mengujakan yang menghimpunkan "VANNDA", bintang hip-hop berbakat Kemboja dan "SPRITE", penyanyi lagu rap sangat berbakat yang melakar sejarah sebagai artis Thai pertama seumpamanya yang akan membuat penampilan sulung di Billboard Charts, untuk lagu single mereka "RUN THE TOWN". Rekod single penuh semangat ini turut menampilkan "1MILL", artis rap yang semakin meningkat naik yang menambah sesuatu yang istimewa kepada runut tersebut dengan aliran dan nada unik beliau. Kolaborasi antara artis-artis fenomena ini pasti akan memikat hati peminat dan menjadikan para pemuzik Asia Tenggara terkenal.

Bakat-bakat muzik terbaik Asia Tenggara, dipimpin oleh 'F.HERO, VANNDA, SPRITE, 1MILL', memulakan perjalanan dengan rekod single "RUN THE TOWN"
Bakat-bakat muzik terbaik Asia Tenggara, dipimpin oleh 'F.HERO, VANNDA, SPRITE, 1MILL', memulakan perjalanan dengan rekod single "RUN THE TOWN"

"RUN THE TOWN" ialah runut yang rancak dan mengujakan yang dijamin akan mengujakan peminat muzik Thai mahupun Kemboja. Usaha kolaboratif ini merangkumi muzik dan lirik yang mempersembahkan identiti unik Asia Tenggara melalui penggunaan alat muzik tradisional. Kebanggaan dapat dirasai melalui melodi indah yang dimainkan pada alat muzik tradisional. Resonansnya merapatkan jurang antara tradisi dan kemodenan, meletakkan asas untuk aliran dan rima yang meruntuhkan halangan bahasa dan memperkukuh semangat keakraban. F.HERO mempunyai pelan tindakan yang bukan sahaja bertindak sebagai orang tengah antara para artis, tetapi untuk menjadikan rekod single tersebut sebagai persembahan budaya ASEAN yang dibanggakan dan juga memberikan rekod single tersebut dengan pendedahan global yang diperlukannya.

Runut berkenaan merupakan bukti kolaborasi yang mesra dan berjaya antara dua buah negara jiran ini. Penerbit NINO, dari Thailand, berserta rakan sejawat Kemboja beliau Songha, Daniel Chea dan VanThan berminat dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi warisan muzik dan tradisi satu sama lain. AUTTA dan OG BOBBY saling bekerjasama untuk mencipta lirik yang dinamik, mengangkat komposisi lagu dan mengukuhkan kecemerlangan serta bakat baharu para artis Asia Tenggara.

Tempah tiket anda dan mulakan perjalanan tersebut bersama rekod single terbaharu kami "RUN THE TOWN" di YouTube: High Cloud Entertainment atau klik di sini (https://youtu.be/cdt7WfRVXVk).

 

 

 

 

Source: High Cloud Entertainment
Keywords: Art Entertainment Music New products/services