omniture

Firma Teknologi Laiye Tutup Siri C pada nilai $160 Juta Percepatkan Pelancaran Global Automasi Pintar

Laiye
2022-04-27 20:32 133

BEIJING, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Laiye, sebuah syarikat automasi pintar global yang terkemuka, terus menarik minat pelabur ketika ia berusaha untuk mempercepatkan pengembangan antarabangsa dan mengembangkan pasukannya. Syarikat ini mengumumkan penyempurnaan pusingan pendanaan Siri C bernilai $160 juta dengan tranche terkini mencecah $70 juta yang dipimpin oleh HOPU Magnolia, sebuah firma pelaburan berfokus teknologi perusahaan yang mencapai pertumbuhan tinggi. Pelabur-pelabur lain termasuk VMS Group dan Youshan Capital, dengan pelabur-pelabur sedia ada seperti Lightspeed China Partners dan Lightspeed Venture Partners berpangkalan di AS turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

Guanchun Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye berkata: "Laiye telah mengorak langkah yang besar dalam meluaskan kejayaannya di China ke Asia Pasifik, benua Amerika dan EMEA. Kami membayangkan masa depan di mana semua organisasi dan orang ramai mengalami transformasi, diperkuatkan dan menjadi lebih baik oleh kuasa automasi pintar. Tenaga kerja digital didayakan AI yang dibangunkan daripada platform automasi pintar bersepadu Laiye akan membantu pelanggan kami mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka. Pusingan pendanaan yang baharu ini akan terus mendorong inovasi produk kami yang tidak henti-henti dan pertumbuhan hasil berbanding tahun sebelumnya (YoY) tiga angka dalam tahun-tahun akan datang."

Pusingan pendanaan ini dibuat susulan pemerolehan terkini Mindsay berpangkalan di Paris oleh Laiye, sebuah firma AI perbualan perusahaan Eropah yang terkemuka dan penubuhan hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Paris. Laiye merancang untuk menggunakan modal baharu bagi mempercepatkan pengembangan di APAC, benua Amerika dan EMEA. Wilayah-wilayah ini menonjolkan peluang pertumbuhan terbesar Laiye, yang mana sistem Automasi Proses Robotik legasi sering menyebabkan perniagaan bergelut untuk mentransformasikan proses yang rumit.

Sepanjang 12 bulan yang lalu, Laiye menambah pasukannya lebih dua kali ganda di luar China kepada lebih 100 pekerja, kira-kira 15% daripada tenaga kerja keseluruhan, mengembangkan jaringan rakan kongsinya kepada lebih 600 yang kukuh dan memupuk komuniti pembangun automasi pintar yang terbesar di dunia mencakupi lebih daripada 600,000 pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Gunther Hamm, Ketua Bersama HOPU Magnolia, berkata: "HOPU Magnolia teruja untuk bekerjasama dengan Laiye, peneraju bagi Automasi Pintar. Kami telah mengetahui dan menjejaki perkembangan Laiye dengan teliti sejak ia ditubuhkan dan telah melihatnya berkembang lebih maju dengan menawarkan perkhidmatan untuk pasaran pertengahan dan perusahaan global. Ia telah memantapkan sepenuhnya model perniagaannya dan meningkatkan hasil dan kumpulan pelanggannya dengan pesat."

Laiye memfokuskan kepada pelanggan perusahaan dalam industri insurans, komunikasi, kuasa elektrik, kewangan, peruncitan dan rawatan kesihatan untuk membangunkan penyelesaian Automasi Pintar hujung ke hujung. Pelanggan global terdiri daripada Porsche, LVMH, AstraZeneca, Johnson & Johnson Medical dan Roche Pharmaceuticals. Sudahpun menjadi peneraju pasaran di China, pelanggan Laiye di China melibatkan PetroChina, Bank of China, China Construction Bank, China Unicom, China Mobile dan China Telecom.

Ronen Lamdan, Ketua Pegawai Eksekutif Laiye International, berkata: "Di Laiye, kami berusaha untuk memenuhi misi kami bagi memanfaatkan teknologi automasi pintar bagi membebaskan pekerja daripada tugas biasa, meningkatkan kecekapan tempat kerja dan mentransformasikan perniagaan dengan pantas dan meluas. Pusingan pembiayaan yang terkini ini akan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan kami dan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih banyak perusahaan, pertubuhan kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di serata dunia."

Pejabat Akhbar: Hubungi Sylvia McKaige sylvia.mckaige@salweengroup.com

Source: Laiye
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Corporate Expansion