omniture

Huawei: Berinovasi Tanpa Henti demi Dunia Pintar Lebih Hijau

Huawei
2022-04-28 10:02 174

SHENZHEN, China, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Huawei memulakan Sidang Kemuncak Penganalisis Global tahunan ke-19nya hari ini di Shenzhen. Sebuah acara hibrid, sidang kemuncak ini menghimpunkan penganalisis industri, penganalisis kewangan, pemimpin pendapat utama dan wakil media dari seluruh dunia untuk mempelajari lebih lanjut mengenai trend industri masa depan dan strategi pembangunan Huawei.

Di acara berkenaan, Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei menyampaikan ucapan dasar mengenai pendekatan Huawei terhadap inovasi dan pembinaan dunia pintar yang lebih hijau. "Kami akan memperkukuh pendekatan kami terhadap inovasi, melengkapkan semua industri untuk beralih ke arah digital dan pintar serta membantu membina dunia karbon-rendah," kata Hu. "Kesemua ini merupakan kunci terhadap pertumbuhan masa depan kami sebagai sebuah syarikat."

Berikut merupakan ringkasan daripada ketiga-tiga inisiatif ini.

Berinovasi tanpa henti dan memajukan industri:

  • Dari segi sambungan, Huawei terus memacu industri ini ke hadapan. Syarikat ini mengumumkan visinya untuk mengupayakan sambungan 10 Gbps di mana-mana dengan 5.5G dan F5.5G, evolusi seterusnya dalam rangkaian tanpa wayar dan tetap. Kesemua ini akan bersama-sama menyokong pelbagai jenis keperluan rangkaian khusus, termasuk pengalaman yang lebih imersif di rumah serta kependaman rendah dan keandalan tinggi yang diperlukan untuk senario kawalan industri.
  • Dari segi pengkomputeran, Huawei menakrifkan semula seni bina sistem untuk nod individu, perisian asas dan pusat data dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sistem dan kecekapan tenaga dengan ketara.
  • Dalam perkhidmatan awan, Huawei membangunkan MetaStudio, rancangan kandungan digital berasaskan awan, hujung ke hujung yang akan benar-benar mempercepatkan penghasilan kandungan digital.
  • Dari segi peranti, Huawei bermatlamat untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman pintar bertumpu pengguna dalam semua aspek kehidupan mereka - apa yang digelar oleh syarikat ini sebagai pengalaman Kehidupan AI Lancar (Seamless AI Life) - mempercepatkan pertemuan antara dunia fizikal dan dunia digital dengan berkesan.

Menyelami transformasi digital untuk mencipta nilai baharu buat pelanggan: 

  • Huawei menyesuaikan produk dan portfolio produknya kepada senario industri yang berbeza. Dalam masa yang sama, ia akan memulakan pra-penyepaduan dan pra-pengesahan produk, melakukan semua tugas yang rumit terlebih dahulu unutk menjadikan transformasi digital lebih mudah buat pelanggan dan rakan kongsinya. Dengan Huawei Cloud sebagai asas, Huawei bermatlamat untuk menyediakan "Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", menukar infrastruktur, teknologi dan kepakaran kepada perkhidmatan berasaskan awan dan menjadikan penghijrahan awan lebih mudah untuk pelanggan dalam industri-industri yang berbeza.
  • Huawei turut membina pasukan bersepadu yang memberi tumpuan kepada industri-industri tertentu, membawakan kumpulan pakar khusus lebih dekat dengan cabaran perniagaan pelanggan dan menggabungkan dengan lebih erat sumber mendatar, iaitu produk dan keupayaan daripada rakan kongsi. Matlamatnya adalah untuk menyediakan penyelesaian transformasi digital bersasar untuk setiap industri dan bertindak balas dengan lebih pantas kepada keperluan pelanggan.

Mengoptimumkan bekalan dan penggunaan kuasa dengan teknologi digital untuk mengupayakan pembangunan karbon-rendah:

  • Huawei menakrifkan semula sektor PV dengan AI, awan dan keupayaan lain bagi merangsang penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
  • Huawei turut membangunkan penyelesaian karbon-rendah peringkat-sistem untuk infrastruktur ICT hijau, memberi tumpuan kepada stesen utama tanpa wayar dan pusat data.

Melangkah ke hadapan, Huawei mengambil langkah-langkah yang aktif untuk meningkatkan kebingkasan perniagaannya dan memastikan pembangunan yang berterusan. "Kami perlu meneruskan usaha ini melalui inovasi tanpa henti, mencipta nilai untuk pelanggan dan masyarakat," kata Ken Hu. "Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membina dunia pintar yang lebih hijau."

Selain daripada strategi inovasinya, Huawei turut berkongsi wawasan berpandangan jauh untuk masa depan dan beberapa penerokaan yang dilakukannya untuk mencapai wawasan tersebut. Dalam ucapan dasar beliau, Dr. Zhou Hong, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Huawei, berkata bahawa "segala-gala yang kita bayangkan hari ini berkemungkinan besar terlalu konservatif - terlalu sedikit - untuk masa depan. Kita perlu berhadapan dengan masa depan menerusi hipotesis dan wawasan yang berani serta bertindak tanpa menghiraukan risikonya ketika kita berusaha untuk menerobos hambatan dalam teori dan teknologi. Inilah satu-satunya cara menuju ke hadapan."

Dalam ucapan beliau, Dr. Zhou menggariskan sepuluh cabaran yang diharapkan dapat Huawei tangani untuk melangkah ke hadapan.

Dua soalan saintifik: 

  • Bagaimana mesin menanggapi dunia dan bolehkah kita membina model yang mengajar mesin cara untuk memahami dunia?
  • Bagaimana boleh kita memahami dengan lebih baik mekanisme fisiologi tubuh manusia termasuk bagaimana lapan sistem dalam tubuh berfungsi serta niat dan kecerdasan manusia?

Lapan cabaran teknologi: 

  • Keupayaan penderiaan dan kawalan baharu, contohnya antara muka otak-komputer, antara muka otot-komputer, paparan 3D, sentuhan maya, bau maya dan rasa maya
  • Pemantauan tekanan darah, gula darah dan jantung masa sebenar tanpa ganggu serta penemuan terbantu AI yang mantap dalam farmaseutikal kimia, biofarmaseutikal dan vaksin
  • Perisian bertumpu aplikasi, cekap, automatik dan pintar untuk nilai lebih besar dan pengalaman lebih baik
  • Mencapai dan memintas had Shannon untuk mengupayakan sambungan cekap, berprestasi tinggi di peringkat serantau dan global
  • Model pengkomputeran adaptif dan cekap, seni bina bukan Von Neumann, komponen tidak konvensional dan AI boleh dijelaskan dan boleh dinyahpepijat
  • Mencipta molekul, pemangkin dan komponen baharu dengan pengkomputeran pintar
  • Membangunkan proses baharu yang melepasi CMOS, kos lebih rendah dan lebih cekap
  • Penukaran dan penyimpanan tenaga yang selamat, cekap serta perkhidmatan atas-permintaan

Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei mula diadakan pada tahun 2004 dan diteruskan setiap tahun selama 19 tahun. Acara tahun ini diadakan mulai 26 hingga 27 April dan ia melibatkan pelbagai sesi berasingan mengenai aspek-aspek yang berbeza dalam perniagaan Huawei.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news