omniture

Omnichat Kumpul 1.8 juta USD dalam Pendanaan Pusingan Pra-A dan Perluas Perniagaan ke Asia Tenggara

Omnichat Limited
2022-04-28 11:26 65

HONG KONG, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Omnichat, penyedia penyelesaian perdagangan sembang omnisaluran berpangkalan di Hong Kong telah mengumpul sebanyak 1.8 juta USD dalam pendanaan pusingan Pra-A dan mengumumkan rancangan pengembangan perniagaannya ke Asia Tenggara.

Mencapai pertumbuhan Hasil Berulang Tahunan (ARR) 4x dalam dua tahun lalu secara berturut-turut, Omnichat memperkasa lebih 5,000 syarikat di Asia termasuk Timberland, Lukfook Jewellery, Sa Sa, Tom Lee Music, Kipling, Logitech, Eu Yan Sang dan sebagainya untuk merebut peluang yang timbul daripada persekitaran peruncitan omnisaluran. Dana ini akan membiayai Omnichat untuk mengembangkan lagi perniagaan ke pasaran SEA. Hentian pertama ialah Singapura, Malaysia dan Thailand. Syarikat ini akan meluaskan jaringan perkongsiannya dengan berkolaborasi bersama lebih banyak platform perdagangan pintar SEA berhubung penyepaduan penyelesaian.

Omnichat memudahkan syarikat-syarikat untuk memusatkan sembang pelanggan daripada saluran pemesejan segera yang berbeza termasuk WhatsApp, Facebook Messenger, Instagram, WeChat, LINE, sembang langsung laman sesawang dan sebagainya ke dalam satu platform bagi tujuan peningkatan kecekapan. Ia turut merangkumi sektor jualan OMO (dalam talian-gabung-luar talian) yang menggandingkan penjejakan hasil daripada seluruh saluran dalam talian dan luar talian, lalu menyumbang kepada pengiktirafan hasil dan pengurusan berbilang kedai jenama-jenama.

Alan Chan, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Omnichat berkata, "Kami juga akan melabur lebih banyak modal untuk meningkatkan pembangunan teknologi dan produk pada platform pemesejan semua-dalam-satu kami terutamanya pemasaran semula dan ciri-ciri Sembang & Beli, seterusnya merealisasikan misi kami untuk menukarkan pengunjung kepada pelanggan melalui sembang."

Syarikat ini percaya peruncitan omnisaluran akan menjadi trend mega apabila penularan COVID-19 mempercepatkan kadar pendigitalisan di seluruh dunia. "Automasi pemasaran melalui robot sembang dan penyepaduan titik sentuh yang berbeza menjadi semakin penting untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pengguna," tambah Alan.

Omnichat pernah mengikuti program pemecut Asia Tenggara Raya AppWorks serta program inkubasi Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP).

Latar Belakang Omnichat 

Ditubuhkan pada tahun 2017, Omnichat ialah penyedia penyelesaian perdagangan sembang omnisaluran yang memusatkan perbualan pelanggan daripada WhatsApp Business Platform, Facebook Messenger, Instagram, LINE, WeChat dan sembang langsung laman sesawang ke dalam satu platform bagi meningkatkan kecekapan.

Memanfaatkan penyepaduan jualan dalam talian-gabung-luar talian (OMO), automasi pemasaran, robot sembang serta platform khidmat pelanggan kami, Omnichat komited untuk memperkasa jenama-jenama bagi menyediakan pengalaman membeli-belah diperibadikan dan memacu transformasi runcit pintar.

Laman Sesawang: https://www.omnichat.ai/
Facebook: https://www.facebook.com/OmnichatAI
LinkedIn: https://hk.linkedin.com/company/omnichat-easychat

Pertanyaan Media: 

Omnichat Limited
Lily Yeung
Pengurus Komunikasi
Tel: (852) 9803 5977
Emel: lily.yeung@omnichat.ai

Source: Omnichat Limited
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Social Media Corporate Expansion Venture Capital