omniture

UniPin Ladies Series MYSG Kembali ke Malaysia Dengan Menawarkan Tiga Kali Ganda Hadiah Pemenang!

UniPin
2022-04-28 15:22 38

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 28, 2022 /PRNewswire/ -- UniPin, pemboleh hiburan digital terkemuka di Asia Tenggara merupakan perintis platform esukan yang meningkatkan martabat wanita ke darjat yang lebih tinggi. Bertujuan untuk mewujudkan satu komuniti yang mengalu-alukan lebih ramai wanita mengambil bahagian dalam kejohanan esukan di setiap peringkat, UniPin menawarkan suatu arena yang kompetitif dimana kekuatan dan ketinggian fizikal tidak mempengaruhi strategi dan kemahiran yang diperlukan untuk menangi pertandingan.

Pertandingan Ladies Series MYSG oleh UniPin kembali di Malaysia dan Singapura setelah kejohanan pertama berjaya dilangsungkan pada Oktober 2021.
Pertandingan Ladies Series MYSG oleh UniPin kembali di Malaysia dan Singapura setelah kejohanan pertama berjaya dilangsungkan pada Oktober 2021.

Pertandingan Ladies Series MYSG 2022 akan menjadi kejohanan kedua yang dilangsungkan di Malaysia dan Singapura oleh UniPin, setelah kejohanan pertama berjaya dilangsungkan  pada Oktober (2021) tahun lepas.

Debora Imanuella, SVP Komuniti UniPin, menerangkan bahawa UniPin Ladies Series MYSG akan membuka laluan untuk lebih banyak kumpulan wanita esukan untuk bertanding dalam arena esukan Malaysia.

"Kami sangat gembira kerana dapat mempersembahkan peluang bagi semua pemain wanita di Malaysia untuk bertanding dan menunjukkan kebolehan mereka dengan yakin. UniPin Ladies Series bukan sekadar kejohanan esukan, malah merupakan pentas yang sesuai bagi pemain wanita di Malaysia untuk memasuki arena pertandingan dan bertindak sebagai batu loncatan bagi pemain wanita professional agar mencapai keterampilan baharu di Asia Tenggara. Pertandingan ini pastinya akan menggalakan pertumbuhan komuniti pemain wanita dan juga ekosistem esukan Malaysia secara keseluruhan," kata Debora.

Pendaftaran bagi kejohanan ini akan dibuka dari 21 April hingga 10 Mei 2022 dan boleh diakses melalui https://www.seaca.gg/. Peringkat kelayakan akan berlangsung bermula 12 Mei hingga 14 Mei 2022. Manakala, musim biasa dijadualkan bermula 19 Mei hingga 4 Jun, diikuti peringkat play-off dari 10 hingga 19 Jun.

Kesemua kumpulan peserta akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM7,500, lebih tiga kali ganda tahun sebelumnya, iaitu RM2,000 hadiah kejohanan. Tambahan pula, kumpulan terbaik daripada UniPin Ladies Series MYSG di Malaysia dan Singapura akan menjadi wakil negara masing-masing dalam UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

Oleh kerana wabak pandemik yang masih berterusan, kejohanan ini akan dilangsungkan secara atas talian, dan akan disiarkan menerusi akaun YouTube, laman FB di  https://www.facebook.com/OfficialUniPinMalaysia/ dan platform TikTok UniPin Malaysia www.tiktok.com/@unipingamingmy . Semua perlawanan UniPin Ladies Series MYSG 2022 boleh diakses melalui www.youtube.com/UniPinGaming. Butiran dan maklumat lanjut boleh didapati di www.seaca.gg ataupun di Instagram @unipin_malaysia, @unipincommunity, dan @unipinladiesseries.

UniPin Ladies Series MYSG 2022 ditaja oleh Game Connect sebagai Game Store rasmi. Pertandingan ini juga disokong oleh TikTok, rakan kongsi penstriman rasmi serta eGG Network, mStar and Tech Storm, sebagai rakan media sokongan.

Untuk pertanyaan media
Kezia Maharani
Media Relations
pr@unipin.com

Source: UniPin
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services Women-related news