omniture

Jenama Teknologi Pengguna UK Nothing Raikan Aidilfitri Melalui Sambungan Lancar

Nothing
2022-04-29 10:02 58

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, raikan perayaan anda bersama fon telinga tanpa wayar sebenar penampilan sulung Nothing, Nothing ear (1). Syarikat teknologi pengguna beribu pejabat di London ini bermatlamat untuk menghapuskan halangan antara manusia dan teknologi, menawarkan produk terhubung dengan lancar bagi membantu anda mengeratkan hubungan dengan insan tersayang, dekat mahupun jauh.

UK Consumer Tech Brand Nothing Celebrates Aidilfitri Through Seamless Connections
UK Consumer Tech Brand Nothing Celebrates Aidilfitri Through Seamless Connections

"Nothing ear (1) ialah satu perubahan baharu dalam pasaran yang sesak dengan produk dan amat luas, memberi persediaan untuk kemunculan dunia digital terhubung kami," kata Carl Pei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nothing. "Ia menggabungkan teknologi, kejuruteraan jitu dan reka bentuk perintis pada harga yang sukar dipercayai."

Pada Hari Raya Aidilfitri ini, Nothing memberi tumpuan untuk mencipta sambungan abadi melalui ikatan berkekalan. Bagi memastikan pengguna tidak ketinggalan walau sedikit pun, Nothing ear (1) membawakan:

  • Reka bentuk ikonik untuk memaparkan mekanismenya dalam dua pilihan warna; hitam asap dan putih asli
  • Audio ditala Teenage Engineering dengan bass, pertengahan dan trebel termaju
  • Tiga mikrofon berdefinisi tinggi dan tiga mod pembatalan hingar bagi menyampaikan audio jelas tanpa gangguan
  • Kalis peluh dan air
  • Sehingga 5.7 jam masa main berterusan

Reka Bentuk Ikonik 

Padankan ear (1) dengan sebarang pakaian. Kedua-dua warna hitam asap dan putih ringkas meraikan ketukangan yang dimulakan dengan mereka bentuk dengan teliti teknologi yang menonjolkan keindahan teknologi dan kejuruteraan yang bergaya dan moden. Ciri-ciri estetiknya memaparkan mekanismenya termasuk mikrofon, magnet dan papan litar di samping menawarkan keselesaan dengan lubang pelepas tekanan.

Bunyi tulen di dalam dan luar perayaan 

Nothing ear (1) ditalakan oleh pakar bunyi Teenage Engineering. Pemacu dinamik 11.6mm dan ruang udara yang luas memberi kesan bunyi bass, pertengahan dan trebel termaju, menghasilkan muzik perayaan anda yang amat fokus. Tiga mod pembatalan hingar membolehkan anda mendail masuk dan keluar daripada perayaan dengan mudah. Tambahan pula, fon telinga ini menggunakan mikrofon berdefinisi tinggi untuk menghasilkan audio yang amat fokus, bahkan turut mempunyai reka bentuk jaringan komposit yang membantu ciri kalis peluh dan air dengan penarafan IPX4.

Kuasa Baharu 

Bagi memastikan semangat Hari Raya Aidilfitri berterusan dengan pengguna dalam aktiviti yang biasa dilakukan, ear (1) didatangkan dengan sehingga 5.7 jam masa mendengar dan 34 jam dengan bekas pengecas. Selain daripada itu, pengecasan tanpa wayar amat pantas, serasi dengan semua pengecas Qi, selama 10 minit akan menyediakan sehingga 8 jam kuasa.

Direka bentuk untuk memenuhi keutamaan individu, pengguna boleh menyesuaikan tetapan termasuk mengupayakan Find My Earbud (Cari Fon Telinga Saya), penyama dan Gesture Control (Kawalan Gerak Isyarat) dengan aplikasi ear (1).

Nothing turut mempertingkatkannya dengan pelancaran Nothing phone (1) dalam separuh kedua tahun 2022 untuk membawa sambungan yang lancar dalam industri pelbagai aspek ini dengan teknologi dan reka bentuk yang canggih bagi menghapuskan halangan antara manusia dan teknologi.

Pada Hari Raya Aidilfitri ini, Nothing menawarkan diskaun 20% kepada pengguna untuk satu unit ear (1) dan 25% untuk dua unit hingga 9 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan untuk membeli, kunjungi
Gedung Rasmi Shopee Nothing - https://bit.ly/3kanjXp

Latar Belakang Nothing 
Nothing ialah sebuah syarikat teknologi pengguna berpangkalan di London yang membina dunia tanpa halangan antara manusia dan teknologi. Nothing mencipta ekosistem dengan produk dan perkhidmatan terhubung yang lancar yang membawa kembali kesenian dan minat kepada industri ini. Susulan kejayaan ear (1), produk telefon pintar phone (1) yang amat dinanti-nantikan daripada syarikat ini akan dilancarkan pada Musim Panas 2022.

Nothing ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan sokongan daripada GV (dahulunya Google Ventures), EQT Ventures, C Ventures dan pelabur-pelabur persendirian yang lain termasuk Tony Fadell (Prinsipal di Future Shape & pencipta iPod), Casey Neistat (personaliti YouTube dan Pengasas Bersama Beme), Kevin Lin (Pengasas Bersama Twitch) dan Steve Huffman (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Reddit).

Hubungi press@nothing.tech
Aset Jenama  
Aset Raya

 

 

Source: Nothing
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services