omniture

UJIAN BETA TERTUTUP OVERPRIME KINI TERSEDIA

Netmarble
2022-04-30 04:14 134

Sertai Pertempuran di Steam Hari Ini dan jangan ketinggalan acara yang eksklusif untuk CBT 

LOS ANGELES, 30 April 2022 /PRNewswire/ -- Netmarble mengumumkan ujian beta tertutup (CBT) kedua untuk Overprime, 3D TPS MOBA aksi strategik akan datang untuk Steam, kini tersedia. Walaupun CBT kedua akan berlangsung hingga 9 Mei pada jam 6 pagi ET/3 pagi PT, semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ujian ini melalui platform Steam.

Overprime Second CBT Begins
Overprime Second CBT Begins

Pemain dari serata dunia akan mempunyai selama 11 hari untuk bertempur di 7 wilayah pelayan: Seoul, Frankfurt, Virginia, Singapura, San Paulo, Hong Kong dan Bahrain. CBT ini akan menawarkan 25 bahasa sokongan Steam berserta Bahasa Arab, Bahasa Indonesia dan Bahasa Hindi.

Sebelum pelancaran CBT kedua Overprime, Netmarble telah merekrut beberapa Pencipta Rakan Kongsi di seluruh dunia termasuk Korea, Jepun dan A.S. bagi meningkatkan pengalaman CBT dan memaparkan permainan bersama penonton mereka.

Pemain boleh mengharapkan beberapa kemas kini baharu termasuk:

  • Pengoptimuman Permainan - pelbagai jenis tetapan permainan akan membolehkan semakin ramai pemain menikmati Overprime seperti keupayaan untuk pengguna kad grafik dengan spesifikasi lebih rendah untuk terus bermain
  • Antara Muka Pengguna Termaju - beberapa penambahbaikan visual telah ditambah termasuk peta mini baharu serta gedung dan barangan dalam permainan
  • Tutorial Lebih Baik - panduan yang baharu telah ditambah untuk pemain MOBA baharu memaparkan mekanik permainan unik Overprime termasuk Guardian dan Dunk System

Bagi meraikan momentum tersebut, beberapa acara menggamit perhatian peminat.

  • Acara Detik Terbaik Overprime: Jangan biarkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan berlalu semasa CBT. Pemain yang berkongsi pautan klik detik-detik istimewa untuk Discord layak menyertai cabutan bertuah bagi memenangi cenderamata Overprime yang eksklusif.
  • Acara Pemberian Kupon Potret: Bagi pemain yang menilai CBT atau mencapai peringkat 7 akan memperoleh Kupon Potret yang boleh digunakan untuk menghiasi gambar profil dalam-permainan. Kupon tersebut akan diberi pada momentum Akses Awal.

Meskipun acara tersebut hanya tersedia semasa tempoh CBT, maklumat terperinci boleh ditemui di Saluran Discord dan Steam.

Overprime ialah permainan PC genre TPS MOBA yang meraikan aksi strategik dan pertempuran yang pantas oleh dua pasukan yang bermatlamat untuk menghapuskan wilayah pihak lawan. Pengguna terlibat dalam permainan 5:5 dengan memilih salah satu daripada pelbagai gaya - Warrior, Support, ranger, Caster, tank, Assassin.

Untuk maklumat lanjut mengenai CBT kedua, sila kunjungi laman sesawang Overprime serba baharu dan saluran Discord termasuk akses kepada butiran baharu, klip panduan video rasmi dan banyak lagi.

Latar Belakang Netmarble Corporation 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit terunggul yang menerobos sempadan pengalaman permainan mudah alih dengan permainan yang sangat inovatif termasuk Marvel Future Revolution, Ni no Kuni: Cross Worlds, Lineage 2: Revolution, The Seven Deadly Sins: Grand Cross, Blade & Soul Revolution dan Marvel Future Fight. Sebagai syarikat induk Kabam dan pemegang saham utama Jam City dan HYBE (dahulunya Big Hit Entertainment), Netmarble berusaha untuk menghiburkan penonton di seluruh dunia dengan pelbagai permainan mudah alih berdasarkan francais dan kolaborasi yang hebat dengan pemegang IP di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com

 

Source: Netmarble
Related Stocks:
Korea:251270
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services