NINGBO, China, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar modul solar Cina Risen Energy Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini telah menandatangani kontrak untuk membekalkan 2GW modul solar siri 210 dengan kerangka keluli aloi berkekuatan tinggi untuk projek-projek di seluruh Sepanyol serta wilayah Hainan dan Guangxi susulan pelancaran modul ini pada bulan November 2021, dengan penghantaran setakat ini melebihi 300MW.
Penggunaan teknologi kerangka keluli aloi berkekuatan tinggi yang mengurangkan emisi karbon dan penggunaan tenaga ini memperlihatkan usaha Risen Energy untuk menyumbang kepada peralihan karbon-rendah dalam era keneutralan karbon. Ia turut menunjukkan pendekatan baharu firma ini dalam bertindak balas kepada seruan global untuk mencapai keneutralan karbon, mengoptimumkan emisi karbon dalam seluruh kitaran hayat produk, membangunkan teknologi inovatif yang mengurangkan penggunaan tenaga dalam pengeluaran dan menyumbang kepada matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan emisi sektor tenaga boleh diperbaharui. Khususnya, dengan kerangka keluli yang menawarkan rintangan lusuh yang unggul, kekuatan yang tinggi dan ketegaran yang tinggi, modul ini bukan sahaja meningkatkan kestabilan, tetapi turut memanfaatkan salutan aloi zink-aluminium-magnesium swasembuh yang menawarkan rintangan kakisan yang sangat baik dan membantu menyampaikan prestasi komprehensif yang luar biasa walaupun dalam persekitaran yang buruk. Ketika ini, modul kerangka keluli Risen Energy ini telah menjadi pilihan utama buat pelanggan syarikat ini.
Produk Risen Energy yang menggunakan teknologi kerangka keluli canggih kini melibatkan modul siri TITAN dan NewT@N serta produk heterosimpang yang digelar Hyper-ion yang dilancarkan pada penghujung bulan Mac. Menuju ke hadapan, syarikat ini merancang untuk terus mengoptimumkan jejak karbon modul berkecekapan tingginya, membawakan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan supaya mereka juga dapat mengambil bahagian dalam pengurangan emisi karbon.