omniture

Aura Blockchain Consortium Ganding Bahu dengan Sarine Tetapkan Standard Baharu dalam Kebolehkesanan Berlian

Sarine Technologies Ltd.
2022-05-02 14:51 198

HOD-HASHARON, Israel dan GENEVA, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sarine Technologies Ltd (U77:SI; SARN.TA), peneraju seluruh dunia bagi pembangunan, pembuatan, pemasaran dan penjualan produk teknologi jitu untuk penilaian, perancangan, pemprosesan, pengurusan dan penggredan dan perdagangan berlian, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Aura Blockchain Consortium ("AURA"), ditubuhkan oleh LVMH, Prada Group, Cartier, sebahagian daripada Richemont dan OTB Group, telah memilih untuk bekerjasama dengan Sarine berhubung penyelesaian dan data kebolehkesanan Diamond JourneyTM Sarine untuk platform AURA. Melalui perkongsian unik untuk kebolehkesanan berlian ini, Konsortium berbilang pihak berkepentingan ini meletakkan asas yang pertama sekali untuk standard kebolehkesanan produk yang terbaik dalam kelas bermula daripada bahan mentah hinggalah produk siap yang digunakan dalam sektor mewah.

Sarine & AURA
Sarine & AURA

Sarine telah dipilih oleh AURA untuk menyediakan penyelesaian kebolehkesanan berlian penuh dalam seluruh rantaian bekalan, bermula daripada pengekstrakan hinggalah penggilapan dan penetapan. Penyelesaian kebolehkesanan Sarine adalah berdasarkan kepada data yang terhasil secara bebas dan automatik oleh sistem didayakan IOTnya yang digunakan dalam seluruh saluran oleh banyak pengeluar utama dalam industri dan penggilap pertengahan tanpa menggunakan input perisytiharan yang tidak dapat disahkan.

Menyokong perkongsian global untuk pembangunan mampan (SDG 17), AURA ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan dengan visi bahawa kolaborasi yang didorong oleh objektif-objektif bersama untuk kebaikan yang lebih besar dapat wujud bersama dalam persekitaran yang kompetitif. Menyediakan alatan untuk meningkatkan ketelusan dan kepercayaan, cita-cita Konsortium ini adalah untuk membangunkan penyelesaian dan teknologi rantaian blok mampan yang ditempah kkhas untuk setiap sektor. Dengan menghubungkan aliran fizikal kepada data transaksi dan maklumat yang dikumpul dalam rantaian blok, Konsortium ini berusaha untuk mencapai tahap kebolehkesanan tertinggi sekali gus menjadikan aksesnya tersedia dengan mudah kepada semua pengusaha tanpa mengira saiz dan lokasinya. Ditubuhkan oleh jenama-jenama mewah dan bergantung kepada prasyarat kebolehkesanan yang penting, Konsortium ini menyokong dan mengupayakan inovasi, ketulenan dan amalan yang bertanggungjawab merentas seluruh rantaian nilai dalam sektor mewah.

Daniela Ott, Ketua Setiausaha AURA berkata: "Terdapat sinergi yang sempurna antara AURA dan Sarine. Dengan bekerjasama bersama Sarine berhubung teknologi kebolehkesanan komprehensif Sarine, kami mewujudkan penyelesaian teknologi unik dengan nilai tambahan yang ketara baik untuk jenama mewah mahupun pelanggan mereka. Penyelesaian yang baharu ini akan memberi ketelusan yang lengkap kepada sejarah penyumberan produk dan dokumentasi ketulenan yang boleh disahkan, yang penting untuk mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap jenama-jenama dan memupuk perkongsian dalam tempoh jangka panjang yang kritikal dalam landskap runcit yang berkembang semakin pesat pada hari ini. Kami menjangkakan jenama-jenama mewah terkemuka tambahan akan menyertai konsortium unik kami ini dalam masa terdekat."

David Block, Ketua Pegawai Eksekutif Sarine, mengulas: "Kami berbesar hati kerana terpilih untuk bekerjasama dengan Aura Blockchain Consortium disegani yang terdiri daripada jenama-jenama mewah yang terkenal. Usaha yang baharu ini akan membolehkan jenama-jenama mewah global mendapat manfaat daripada penyelesaian kebolehkesanan kami yang komprehensif lagi unik serta faktual bagi meningkatkan ketelusan rantaian bekalan, seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna. Penyelesaian kami membolehkan syarikat-syarikat barang kemas berupaya melaksanakan penyelesaian kebolehkesanan berdasarkan kepada teknologi rantaian blok yang boleh diskala dengan mudah dan dengan overhed yang rendah kepada semua pembekal mereka dalam rantaian nilai berlian huluan dan pertengahan."

Source: Sarine Technologies Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Blockchain