omniture

Huawei Adakan Forum mengenai Teknologi Penumpuan bagi Mudahkan Transformasi Digital dalam Industri-industri

Huawei
2022-05-02 15:27 171

SHENZHEN, China, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 April, semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei ke-19, Huawei mengadakan sebuah forum yang bertajuk "Menyelami Pendigitalan Industri, Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama" bagi menangani cabaran transformasi digital yang dihadapi oleh industri-industri yang berbeza seperti perlombongan, kuasa elektrik, pelabuhan dan lebuh raya. Huawei berbincang cara untuk menginovasi infrastruktur ICT dan menyepadukan teknologi digital dengan senario industri dan bekerjasama dengan rakan kongsi bagi mencipta nilai untuk pelanggan dan membina ekosistem yang sejahtera.

Chen Banghua, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucapan dasar dengan berkata, "Huawei menubuhkan pasukan bersepadu untuk menyelami industri-industri dan mencari teknologi untuk industri-industri, menyediakan produk ICT yang dapat beradaptasi kepada senario dan menumpukan pelbagai jenis teknologi bagi membangunkan portfolio dan penyelesaian produk untuk memudahkan transformasi digital dalam industri-industri."

Chen Banghua, Naib Presiden Huawei Enterprise BG, menyampaikan ucapan dasar
Chen Banghua, Naib Presiden Huawei Enterprise BG, menyampaikan ucapan dasar

Industri-industri telah memasuki tahap baharu dalam menyelami pendigitalan yang memerlukan infrastruktur digital menjadi amat selamat, andal dan berketentuan dengan aliran dan pengkomputeran data yang cekap. Bagi memudahkan lagi transformasi digital industri-industri dan memahami keperluan perniagaan pelanggan, Huawei terus melancarkan produk dan penyelesaian khusus-senario baharu melalui inovasi teknologi.

  • Perlombongan pintar: Huawei memperkenalkan secara inovatif teknologi rangkaian optik pasif kepada lombong arang batu. Pada lapisan pengagregatan, komponen optik pasif digunakan untuk menggantikan suis aktif, meminimumkan risiko percikan elektrik yang disebabkan oleh peranti rangkaian. Di sisi peranti, peranti optik selamat secara intrinsik yang pertama dalam industri dilancarkan untuk membangunkan rangkaian cincin optik industri yang selamat secara intrinsik, meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengukuhkan pengeluaran yang selamat dan menambah baik persekitaran kerja untuk pekerja.
  • Kereta api bandar berkelajuan tinggi: Huawei menyediakan penyelesaian komunikasi kereta api-ke-darat yang dikuasakan oleh produk siri Wi-Fi 6 yang amat andal. Casis bersepadu menjadikan penyelesaian ini lebih mudah dipasang. Ia menyediakan sehingga 1.4 Gbit/s lebar jalur dan 30 ms kependaman pada 160 km/j, mengupayakan angkut balik perkhidmatan waktu sebenar dan memastikan operasi kereta api bandar yang stabil.
  • Pengkomputeran pinggir besar-besaran: Penyelesaian Huawei turut membantu perusahaan memproses data dengan cepat pada waktu sebenar bagi memenuhi keperluan pengkomputeran yang semakin meningkat. Bilik peralatan tradsional di pinggir menggunakan semua jenis peranti perisian dan perkakasan daripada vendor berbeza, yang mengakibatkan pemasangan, konfigurasi dan O&M yang rumit. Bagi menangani hal ini, Huawei membina penyelesaian pusat data hiper-tertumpu dengan mengaplikasikan falsafah reka bentuk Semua-dalam-Satu. FusionModule menggunakan kabinet untuk menggantikan penukar kuasa tradisional, UPS, modul kawalan kuasa dan unit penyaman udara. FusionCube menggunakan modul di-luar-kotak, hiper-tertumpu untuk mengintegrasikan fungsi pengkomputeran, storan, rangkaian dan keselamatan yang berfungsi serta-merta selepas dihidupkan, lalu mencapai sinergi pinggir-awan.

Dalam masa yang sama, Huawei menumpukan pelbagai jenis teknologi bagi membangunkan portfolio produk yang inovatif seperti pusat data, rangkaian kampus, rangkaian kawasan luas dan tapak digital untuk beradaptasi dengan senario industri.

  • Pusat data berbilang-perkhidmatan: Dalam perbankan dalam talian, perdagangan saham dan transaksi data kritikal yang lain, sekiranya berlaku kegagalan sistem utama, penting untuk memastikan peralihan yang pantas kepada sistem sandaran tanpa mengganggu perkhidmatan. Bagi menangani hal ini, Huawei melancarkan penyelesaian Penyelarasan Sambungan Storan + Optik, yang membolehkan storan mengesan dengan pantas jiter rangkaian dan melaksanakan penyerahan I/O yang pantas antara sistem utama dan sandaran dalam masa 1 saat dan penukaran pantas pautan rangkaian dalam 5 ms. Ini memastikan transaksi gagal sifar dalam perkhidmatan kewangan dan meningkatkan dengan ketara pengalaman perkhidmatan.
  • Tapak digital untuk lebuh raya pintar: Dengan teknologi tanpa wayar 5G dan gelombang millimeter yang utama dalam industri, Huawei membangunkan secara inovatif radar berkejituan tinggi jarak amat jauh generasi seterusnya yang mengurangkan bilangan tapak tiang penderiaan berkelajuan tinggi sebanyak 50%. Di samping itu, Huawei menggunakan platform pengkomputeran pinggirnya yang berkuasa untuk membangunkan perisian enjin penderiaan berasaskan AI yang membentuk penyelesaian penderiaan trafik pintar yang inovatif iaitu "gabungan radar dan video." Ini memudahkan lagi penempatan radar, mencapai penentududukan dan pengoptimuman automatik sehingga 95% kejituan.

Di Sidang Kemuncak Penganalisis, Huawei berkongsi amalan industrinya untuk transformasi digital seperti Pasukan Lombong, Pasukan Pendigitalan Kuasa Elektrik, Pasukan Kastam & Pelabuhan serta Pasukan Jalan Raya Pintar. Huawei berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk menyelami industri-industri dengan lebih pantas dan lebih cekap, memberi tumpuan kepada senario industri bagi memudahkan transformasi digital pelanggan dan mencapai hasil yang saling menguntungkan.

Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei, sila kunjungi: https://www.huawei.com/en/events/has2022.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news