SHENZHEN, China, 2 May 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei (HAS) 2022, Huawei mencadangkan konsep "Hijau dan Karbon Rendah" untuk Penyelesaian Rangkaian Pusat Data (DCN) Hiper-Tertumpu CloudFabric 3.0 Huawei dengan tujuan untuk menggunakan rangkaian tak hilang bagi meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan mengurangkan jejak pengkomputeran. Dengan berbuat demikian, Huawei berharap dapat mendepani era pengkomputeran hijau bersama-sama industri ini.
Tatkala ekonomi digital memasuki era kuasa pengkomputeran dan inisiatif kuasa pengkomputeran global seperti projek "Pemindahan Sumber Pengkomputeran Timur-ke-Barat" China berjalan dengan rancak, skala pembinaan pusat data mengalami pertumbuhan yang amat pesat. Di samping itu, ketika kuasa pengkomputeran dan lebar jalur meningkat, penggunaan tenaga pusat data meningkat dengan pesat.
Menurut statistik yang terkini daripada China Academy of Information and Communications Technology (CAICT), menjelang penghujung tahun 2021, pusat data China mempunyai jumlah gabungan sebanyak lebih daripada 5 juta rak standard. Open Data Center Committee (ODCC), salah satu pertubuhan bukan untung terkemuka di China yang mengkhusus dalam penyelidikan pusat data, mendapati bahawa pusat data China menggunakan 9.39 bilion kWj tenaga dan mengeluarkan 64.64 juta tan karbon pada tahun 2020. Ini memberi tekanan yang besar ke atas matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon
Di HAS tahun ini, Guo Liang, Timbalan Ketua Jurutera Cloud Computing and Big Data Research Institute CAICT, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Tinjauan mengenai Status Quo dan Trend Pembangunan Industri Kuasa Pengkomputeran". En. Guo bermula dengan meringkaskan peluang dan cabaran yang dibawa oleh projek "Pemindahan Sumber Pengkomputeran Timur-ke-Barat" sebelum menyelami dengan lebih mendalam tentang perubahan ketara yang dibawa oleh pusat data kepada landskap industri, struktur kuasa pengkomputeran, inovasi teknologi, hijau dan karbon rendah serta pengupayaan kuasa pengkomputeran. ODCC Data Center Computing Power White Paper (2020) yang diterajui oleh CAICT menyatakan bahawa: Di bawah skala pelayan yang sama, meningkatkan keupayaan rangkaian dapat meningkatkan dengan ketara kuasa pengkomputeran pusat data bagi setiap unit penggunaan tenaga.
Dengan memanfaatkan rangkaian Eternet tak hilang, Penyelesaian DCN Hiper-Tertumpu CloudFabric 3.0 Huawei meningkatkan keupayaan rangkaian bagi memaksimumkan kecekapan pengkomputeran di samping mengurangkan penggunaan tenaga bagi setiap unit kuasa pengkomputeran, seterusnya mengupayakan rangkaian pusat daya hijau dengan kuasa pengkomputeran optimum.
Dalam ujian aplikasi hidrodinamik, rangkaian tradisional mengambil masa kurang daripada 375 saat manakala Eternet tak hilang menyelesaikan tugas yang sama hanya dalam masa 198 saat. Ini membolehkan Eternet tak hilang menggunakan 47% kurang tenaga bagi setiap unit kuasa pengkomputeran berbanding rangkaian tradisional.
"Penyelesaian DCN Hiper-Tertumpu CloudFabric 3.0 Huawei telah digunakan secara meluas dalam pusat pengkomputeran AI berkedudukan tinggi seperti yang terdapat di Wuhan dan Xi'an. Penyelesaian terbukti-lapangan ini membawakan kelebihan prestasi signifikan dalam storan teragih kilat sepenuhnya, HPC dan senario pengkomputeran AI," kata Luo Jianggan, Pengarah Pemasaran Domain Rangkaian Pusat Data Huawei. "Rangkaian tak hilang yang dikuasakan oleh penyelesaian kami ini memperbaiki kuasa pengkomputeran sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga, selaras sepenuhnya dengan trend pusat data dalam era kuasa pengkomputeran. Penyelesaian DCN Hiper-Tertumpu CloudFabric 3.0 Huawei akan terus berinovasi dan terus menyelami dengan lebih mendalam aspek digital bagi mengupayakan pembangunan hijau merentas industri-industri dan mencipta masa depan mesra alam bersama-sama semua pihak berkepentingan."