omniture

Zoomlion: Bina Masa Depan Lestari dengan Pembuatan Hijau, Pintar

Zoomlion
2022-05-02 16:50 105

CHANGSHA, China, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), sebuah perusahaan pengeluaran peralatan berkualiti tinggi yang terkemuka, menyokong Hari Bumi 2022 dengan tindakan konkrit terhadap pembangunan hijau dalam industri jentera pembinaan. Sebagai respons kepada seruan terhadap tindakan yang berani, inovatif dan tersebar luas untuk planet ini, Zoomlion menjadi peneraju dalam mencipta produk mesra alam dan cekap tenaga serta membina kilang-kilang lestari demi membentuk masa depan yang lebih mesra alam buat semua.

Zoomlion revealed eight series of new energy products in November 2021
Zoomlion revealed eight series of new energy products in November 2021

Industri jentera pembinaan sedang merevolusikan struktur industrinya menerusi teknologi canggih bagi mencapai pembangunan hijau, pintar dan lestari. Sebagai perintis kelestarian, Zoomlion membangunkan dan menghasilkan portfolio komporehensif dengan produk tenaga baharu termasuk mesin pengorek, jentera konkrit dan platform kerja udara (AWP) dan dalam masa yang sama menyepadukan aplikasi tenaga baharu ke dalam produk.

"Transformasi hijau merupakan trend penting dalam jentera pembinaan apabila China berikrar untuk mencapat matlamat 'dwikarbonnya'. Zoomlion telah memulakan strategi pembangunan hijau yang menggunakan semua sumber untuk menghargai dan menggalakkan pembangunan buat semua dan dalam masa yang sama mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan kami telah merancang dan melaksanakan langkah-langkah hijau dan lestari dalam seluruh proses industri, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, operasi dan pengurusan," kata Fu Ling, ketua jurutera dan naib presiden Zoomlion.

Satu sorotan penting daripada barisan produk tenaga baharu Zoomlion ialah AWPnya. Dengan portfolio produk yang meliputi julat antara empat hingga enam puluh lapan meter, kini Zoomlion mempunyai barisan model AWP yang paling komprehensif di China. Zoomlion turut membangunkan AWP elektrik 40-meter, yang tertinggi di dunia.

AWP tenaga baharu Zoomlion memiliki kelebihan utama dari segi pemuliharaan alam sekitar dan pengurangan emisi karbon di samping menjamin keupayaan operasi dan keselamatan yang lebih tinggi. Pada tahun 2021, model tenaga baharu menyumbang sebanyak 60 peratus daripada jualan AWP dan telah terjual di 58 negara serta wilayah dengan kehadiran yang diiktiraf dalam 18 pasaran berkualiti tinggi. Zoomlion turut menubuhkan kilang AWP tenaga baharu pintar yang bertaraf duni demi kecekapan pengeluaran dan kebolehskalaan yang dipertingkat.

Selain itu, syarikat ini melancarkan empat platform kerja angkat gunting elektrik AC (AC, AC-Li, HA dan HA-Li) serta produk bum lurus paling tinggi di dunia yang kini dijual secara pesanan kelompok.

"Memandang ke hadapan, Zoomlion akan mempercepatkan strategi penyetempatan kami dalam pasaran antarabangsa dan bersungguh-sungguh dengan inovasi teknologi bagi memacu pembangunan hijau. Dengan berbuat demikian, kami akan dapat membantu dunia mencapai matlamat karbonnya menerusi produk yang cemerlang dari segi kualiti dan prestasi serta membina masa depan yang benar-benar lestari," tambah Fu Ling.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation