omniture

United Imaging Healthcare Memenangi Anugerah Healthcare Asia Medtech

United Imaging Healthcare Co., Ltd.
2022-05-03 15:11 160

SHANGHAI, 3 Mei 2022 /PRNewswire/ -- United Imaging Healthcare diiktiraf menerusi Anugerah Inovasi Produk Pengimejan Tahunan di Healthcare Asia Medtech Awards dengan tiga produk perintisnya: PET/CT Seluruh-badan uEXPLORER, 3.0T uMR Omega dan uRT-linac 506c. United Imaging Healthcare berada di barisan hadapan dalam teknologi perubatan dengan bekerjasama erat dengan hospital, universiti dan institusi penyelidikan di serata dunia.


Healthcare Asia Medtech Awards disampaikan oleh Healthcare Asia, memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat teknologi perubatan (Medtech) penting yang telah mengatasi halangan yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19. Para penerima dipuji kerana mendorong inovasi produk, penyelesaian dan inisiatif perintis yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna mereka dan dalam masa yang sama kekal teguh semasa krisis.

Sebagai peneraju global bagi pengimejan perubatan canggih, United Imaging Healthcare melancarkan PET/CT seluruh-badan yang pertama di dunia bernama uEXPLORER. Ia merupakan PET/CT digital beresolusi amat tinggi dengan AFOV 1.94m yang berupaya mengimbas seluruh badan pada posisi "1-Bed" dengan sepantas 30 saat yang dapat membantu mengurangkan pendedahan pesakit kepada radiasi dengan ketara. Hasil daripada kepantasan dan kepekaan uEXPLORER yang belum pernah terjadi sebelum ini, imej adalah lebih jelas dan boleh membantu terutamanya untuk pesakit pediatrik yang cenderung untuk bergerak semasa prosedur pengimejan. Dengan kemajuan ini, uEXPLORER berkeupayaan menjalankan pelbagai jenis aplikasi dan penyelidikan perubatan seperti kajian farmakokinetik seluruh-badan.

Satu lagi produk perintis dalam bidang peranti pengimejan perubatan ini ialah 3.0T uMR Omega UIH. uMR Omega menawarkan "Bore Magnet" bersaiz 75cm yang amat lebar dan ianya pertama di dunia—paling luas dalam pasaran. "Bore Magnet" amat luas yang berevolusi ini bukan sekadar menyediakan pengalaman pesakit yang unik, tetapi turut memberi manfaat kepada simulasi MRI untuk perancangan rawatan terapi radiasi, malah MRI intrabedah. Tambahan pula, uMR Omega mempunyai Kekuatan gradient 3.5 MW yang utama dalam industri dan kualiti imej yang sempurna yang disokong oleh magnet kehomogenan bertaraf dunianya. Diperkasa oleh uAIFI Technology Platform, potensi untuk uMR Omega lebih dinanti-nantikan dengan peningkatan prestasi yang ketara, keupayaan pengimejan yang lebih berkuasa, aliran kerja yang lebih baik dan pengalaman pengguna yang dipertingkat.

Kepakaran UIH dalam peralatan radioterapi dipaparkan sepenuhnya dengan peranti pemecut linear perubatan inovatif (LINAC), uRT-linac 506c. Ia menggabungkan pemecut linear canggih dengan pengimej CT diagnostik, menyediakan aliran kerja lancar daripada simulasi kepada rawatan, membantu memantau perubahan tumor dalam seluruh proses, menyesuaikan rancangan rawatan tepat pada masanya dan memastikan penyampaian radioterapi yang tepat. uRT-linac 506c membawakan Penyelesaian RT Sehenti (One-stop RT Solution) yang membentuk semula aliran kerja radioterapi, mengambil masa hanya beberapa minit daripada simulasi CT kepada penyampaian rawatan, membuka generasi radioterapi yang lebih jitu dan tepat.

Dr. Al Zhang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif United Imaging Healthcare, memuji pencalonan ini: "Kami berbesar hati melihat tiga produk sofistikated kami memenangi anugerah inovasi teknologi. Pencalonan ini merupakan testimoni hebat bagi laluan inovasi produk kami. Kami akan terus membawa semangat kami demi perubahan jenama dan komitmen kami terhadap inovasi teknologi, terus menyahut cabaran yang lebih sukar, membuat lebih banyak penemuan agar kami boleh menjadikan sumbangan kami dapat membantu transformasi rawatan kesihatan untuk masa hadapan."

Dr. Jusong Xia, Presiden Perniagaan Antarabangsa di United Imaging Healthcare, menambah, "Rantau Asia-Pasifik sentiasa memainkan peranan penting dalam pasaran pengimejan perubatan global. Kami berbangga inovasi kami kini menawarkan kemudahan kepada ramai doktor dan pesakit di rantau ini dan serata dunia. Setakat ini, kami telah menubuhkan pasukan tempatan kami di Malaysia, Thailand, Vietnam, Jepun, Korea, Australia dan sebagainya. Kami akan terus melabur lebih banyak sumber untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan serantau kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih ramai doktor dan pesakit. Kami percaya anugerah ini merupakan pengesahan kepada visi UIH dalam menerajui inovasi rawatan kesihatan dan akan mempercepatkan kami untuk memenuhi misi kami bagi membawa rawatan kesihatan yang sama rata kepada semua."

UIH terus mendorong ke arah inovasi dalam teknologi dan penyelidikan perubatan dengan bekerjasama bersama institusi penyelidikan klinikal dan saintifik yang ternama di dunia seperti Yale University, Washington University di St. Louis dan University of Texas, antaranya. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, UIH berkembang ke seluruh dunia dengan subsidiari-subsidiari dan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh China, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Korea, Emiriah Arab Bersatu, Poland dan sebagainya, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 8,700 institut perubatan dan penyelidikan di 44 negara seluruh dunia. Setakat ini, UIH telah melancarkan lebih 70 produk perintis dengan teknologi terasnya dibangunkan secara dalaman dan diiktiraf di peringkat global atau di peringkat kebangsaan atas prestasi yang terkemuka di dunia.

 

Source: United Imaging Healthcare Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Awards