GUANGZHOU, China, 5 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-131 , yang dianjurkan secara maya dari 15 hingga 24 April, memperluaskan lagi rangkaian jualan dan pemasaran globalnya untuk menggalakkan kerjasama perdagangan dengan jumlah yang memecahkan rekod sebanyak 536,000 pembeli luar negara dari 228 negara dan wilayah di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Pameran musim bunga, peningkatan 41.8 peratus daripada Pameran ke-130.
Siaran Berita Berbilang saluran di sini: https://www.multivu.com/players/English/9044851-131st-canton-fair-china/
Bertemakan "Pameran Canton, Perkongsian Global," Pameran Canton ke-131 telah mengoptimimkan sepenuhnya platform rasminya untuk menyediakan bahagian bagi pemadanan pembekal dan vendor, keluaran produk baharu, sambungan pempamer dan banyak lagi, menstrukturkan platform perdagangan yang sangat cekap, di mana-mana dan tanpa sempadan yang membolehkan penjual dan pembeli global menandatangani pesanan dari mana-mana sahaja di dunia.
Sebanyak 25,500 syarikat pameran telah mempersembahkan produk dan jenama mereka di Pameran Canton, mempamerkan lebih tiga juta item, satu pertiga daripadanya ialah keluaran produk baharu. Kedua-dua angka ini mewakili rekod baharu dalam sejarah Canton Fair.
"Sebilangan besar produk pintar, hijau dan rendah karbon dengan hak harta intelek bebas sedang muncul dan berkembang pesat, dengan pembangunan berterusan teknologi, proses dan model baharu. Pameran Canton ialah platform untuk menunjukkan kepada dunia pencapaian terkini bagi pembuatan, kreativiti, teknologi dan jenama termaju China, menunjukkan daya tahan kukuh perdagangan asing China," kata Xu Bing, jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar China.
Pameran Canton telah mengatur 147 syarikat terkemuka daripada 24 kumpulan perdagangan untuk menganjurkan 150 acara pelancaran produk baharu di bawah lima tema utama: teknologi canggih, pembuatan pintar, kehidupan yang lebih baik, produk rendah karbon & hijau serta perkhidmatan perdagangan.
Di samping itu, Pameran itu juga menampilkan 974 syarikat dalam zon Pemantapan Desa yang membawa 49,200 produk dan menandatangani pesanan untuk memajukan pembangunan berskala, berjenama dan khusus bagi industri tempatan.
Lebih banyak acara "Trade Bridge" telah dihoskan semasa Pameran Canton yang menjangkau 57 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan sejumlah 4,000 pembeli luar negara mengambil bahagian untuk berhubung dengan syarikat dan jenama China. Lapan episod acara penstriman langsung "Discover Canton Fair with Bee and Honey" memperoleh jumlah penonton sebanyak 1.48 juta.
Program perkongsian global juga telah dipromosikan di Pameran itu, dengan perjanjian kerjasama ditandatangani dengan institusi industri dan perdagangan dari 14 negara anggota RCEP. Pameran Canton kini mempunyai 170 rakan kongsi global, dan telah mengembangkan lagi rangkaian globalnya.
Untuk maklumat lanjut: https://www.cantonfair.org.cn/en-US