omniture

Mouser Electronics Terokai Teknologi Imersif dalam Episod Kedua Empowering Innovation Together 2022

Mouser Electronics
2022-05-05 16:11 49

SHANGHAI, 5 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi paling luas bagi semikonduktor dan komponen elektronik, hari ni memperkenalkan bahagian seterusnya daripada siri Empowering Innovation Together™ yang memenangi anugerah. Bab kedua menyelami potensi sangat luas teknologi imersif dan realiti lanjutan (XR) yang menggabungkan elemen daripada realiti imbuhan (AR), realiti maya (VR) dan audio ruang 360°. Menyampaikan pelbagai kandungan eksklusif - termasuk video Then, Now and Next baharu, artikel, infografik dan episod baharu audio siar The Tech Between Us - Mouser memberi pandangan mengenai bagaimana teknologi lanjutan dan imersif mewujudkan pengalaman baharu dalam dunia fizikal kita.

Mouser Electronics Explores Immersive Technologies in Second Episode of 2022 Empowering Innovation Together
Mouser Electronics Explores Immersive Technologies in Second Episode of 2022 Empowering Innovation Together

"Dengan kemajuan IoT, peranti pintar dan 5G, dunia di sekeliling kita berkembang daripada hanya sekadar bentuk fizikal kepada keseimbangan realiti sebenar, imersif dan dilanjutkan," kata Glenn Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mouser Electronics. "Kami teruja untuk menonjolkan teknologi imersif dalam episod terkini siri EIT Mouser dan menumpukan perhatian dari segi bagaimana mereka memberi manfaat kepada begitu banyak industri, bermula daripada pengguna hingga perniagaan."

Dihoskan oleh Pengarah Kandungan Teknikal Mouser, Raymond Yin, episod baharu audio siar The Tech Between Us menampilkan Mark Sage, Pengarah Eksekutif Augmented Reality for Enterprise Alliance (AREA), dalam perbualan yang benar-benar mengasyikkan yang menekankan peranan yang semakin berkembang daripada teknologi ini serta masalah yang diselesaikan olehnya dalam sektor perniagaan global.

"Teknologi imersif sedang dalam proses untuk menjadi lebih arus perdana dan kelebihan yang ditawarkannya adalah menarik," kata Sage. "Saya gembira daripada menyertai Raymond untuk membincangkan mengenai teknologi yang mentransformasikan cara kita berinteraksi dengan persekitaran kita dan orang ramai di sekeliling kita."

Selain daripada episod audio siar, bahagian kedua daripada siri ini berkongsi analisis bernas mengenai landskap teknologi, memperincikan di mana ia bermula dan bagaimana rupanya pada masa depan. Kandungan teknologi yang imersif ditaja oleh pengeluar Mouser yang amat dihargai Amphenol Communications Solutions, Analog Devices, Intel®, Microchip Technology dan TDK.

Ditubuhkan pada tahun 2015, program Empowering Innovation Together Mouser ialah salah satu program komponen elektronik yang paling diiktiraf dalam industri ini. Topik-topik akan datang dalam siri EIT 2022 akan meneroka perancangan untuk keselamatan, sistem pemantauan pemandu, rangkaian 5G persendirian dan robot mudah alih berautonomi. Program ini akan mengetengahkan pembangunan produk yang tepat pada masanya dan teknologi yang diperlukan agar seiring dengan inovasi dalam pasaran. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/empowering-innovation.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Radio Semiconductors Telecommunications New products/services