omniture

Vertex S Trina Solar Menang Red Dot Product Design Award 2022

Trina Solar Co., Ltd
2022-05-09 10:33 156

CHANGZHOU, China, 9 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia PV dan penyelesaian keseluruhan tenaga pintar global yang terkemuka mengumumkan bahawa modul atas bumbung prestasi ultra tinggi siri Vertex S dipilih daripada hampir 10,000 penyertaan dari lebih 60 negara untuk konsep reka bentuk termajunya dan pengalaman pengguna yang cemerlang, memenangi Red Dot Design Award –-- anugerah reka bentuk industri antarabangsa yang paling berpengaruh, anugerah "Oscar" untuk reka bentuk produk, menjadikan Trina Solar sebagai pengeluar modul fotovolta (PV) solar yang pertama memenangi penghormatan ini di China. Modul-modul G12R yang dinaik taraf, Vertex S dan Vertex 580W, sebagai ahli dalam rangkaian G12 Trina Solar, akan dilancarkan secara rasmi di Intersolar Europe pada 11 Mei.


Hasil daripada reka bentuk termaju dan ketukangan yang cemerlang, Vertex S memenuhi dengan sempurna standard yang tinggi baik dari segi fungsi produk mahupun reka bentuk penampilan Red Dot Design Award yang diumumkan secara rasmi di Jerman baru-baru ini. Sebagai produk unggul daripada portfolio modul global Trina Solar untuk senario bukan utiliti, Vertex S menggabungkan kuasa yang tinggi, penjanaan kuasa yang tinggi dan keandalan yang tinggi. Ia digemari secara sebulat suara oleh pengedar dan pelanggan di serata dunia.

Vertex S: keindahan ketukangan moden

Modul siri Vertex S Trina Solar menampilkan prestasi produk yang cemerlang berserta nilai estetika yang inovatif dan diinspirasikan oleh reka bentuk, didatangkan dengan beberapa pilihan reka bentuk termasuk penampilan berwarna hitam sepenuhnya, untuk memadankan gaya seni bina dan senario aplikasi yang berbeza, sekali gus mengekalkan komitmen kepada perlindungan terhadap alam sekitar.

Untuk modul berwarna hitam sepenuhnya Vertex S, warna hitam dipilih sebagai warna dominan menurut kajian pasaran yang teliti. Modul tersebut menerima pakai sel berwarna hitam dengan busbar yang amat halus, berserta susun atur halus bingkai berwarna hitam dan helaian belakang, label hitam dan busbar rentetan, membawakan kesan estetika yang hebat kepada Vertex S dan menjadikannya menarik secara visual.

Reka bentuk semula yang sempurna dengan "Kecil Saiznya, Besar Kuasanya" 

Baru-baru ini, Trina Solar mengumumkan bahawa produk Vertex 210mm telah dinaik taraf sekali lagi melalui teknologi sel wafer segi empat tepat 210mm (G12R) yang inovatif dan reka bentuk modul yang terkini. Produk yang dinaik taraf ini termasuk siri Vertex S yang dan modul Vertex 550W tersedia ketika ini. Selepas penaiktarafan, terdapat peningkatan kuasa sehingga 30W bagi setiap modul dan kecekapan penukaran modul sehingga 21.5%. Kedua-dua produk baharu ini akan mula digunakan dalam senario bukan utiliti global yang turut memadankan dengan sempurna penyongsang arus perdana global.

Dua barisan produk Trina Solar yang dinaik taraf akan diperkenalkan di Intersolar Europe pada 11 Mei, membawakan nilai pelanggan yang lebih tinggi dan lebih signifikan berbanding produk yang serupa dalam pasaran, lalu memacu industri ini ke tahap yang baharu.

Helena Li, Presiden Perniagaan Sel dan Modul, Trina Solar mengulas: "Menjelang ulang tahun ke-25 penubuhannya ini, Trina Solar telah melangkaui 100GW dalam penghantaran modul globalnya. Ia merupakan pencapaian cemerlang Trina Solar untuk menonjol daripada kesemua jenama utama dan memenangi Red Dot Design Award lantaran inovasi yang berterusan dan orientasi nilai pelanggan. Pada masa akan datang, Trina Solar akan terus membuat penemuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi dan meneroka laluan yang lebih baik untuk inovasi dan pembangunan industri PV, seterusnya mencipta lebih banyak produk PV yang terkemuka untuk pelanggan global."

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Oil/Energy Utilities Awards